7 Tanda-tanda Tubuh Kurang Tidur

7 Tanda-Tanda Tubuh Kurang Tidur

7 Tanda-Tanda Tubuh Kurang Tidur :-

Kesibukan yang menghimpit menjadikan tubuh bekerja lebih ekstra dari biasanya. Di saat itu tenaga (energi) yang dikeluarkan pun ekstra, hingga memaksa tubuh memerlukan istirehat lebih. Tubuh yang letih bereaksi dengan memerlukan tidur lebih banyak dari biasanya. Kebanyakan orang kurang menyedari akan hal ini, yang berakibat buruk pada keadaan kesihatan. Tidur yang berkualiti adalah hal yang di inginkan tubuh untuk kembali sihat dan segar. Bila tubuh letih, secara langsung tubuh yang memerlukan tidur lebih banyak dan mencukupi akan bereaksi dengan memberikan tanda-tanda bahawa tubuh perlu lebih banyak tidur berkualiti pada anda. Berikut ada tujuh tanda-tanda yang menunjukkan tubuh kita memerlukan tidur lebih banyak, seperti dinyatakan di laman Intisari-Online.com berikut ini:

1. Mudah Tersinggung (Cengeng).

Kurang tidur dan mudah tersinggung ? Apa hubungannya ya? Menurut sebuah penelitian yang dilakukan oleh para ahli dari UC-Berkeley, kurang tidur sebenarnya adalah berhubungkait dengan ketidakmampuan tubuh menerima berita buruk. Jadi, jika kita kurang tidur, akan lebih sukar bagi kita untuk menerima berita buruk atau sedih. Atau ketika menonton filem sedih dan kebetulan kurang tidur, maka kita akan lebih sulit menahan air mata keluar.

2. Tidak dapat fokus.

Prestasi otak harus di utamakan jika kita ingin melakukan tugas-tugas harian dengan baik. Akan tetapi, jelas rasa pening-pening lalat (drowsiness) pasti akan mempengaruhi prestasi otak untuk tetap fokus dan tetap waspada. Dengan itu, ketika kita mengalami kurang tidur, maka akan lebih sulit untuk memproses informasi baru. Oleh kerana itu, tubuh kita benar-benar memerlukan tidur yang cukup serta berkualiti.

3. Merasa tidak sihat

Kurangnya waktu yang kita berikan untuk waktu tidur juga akan melemahkan sistem kekebalan tubuh badan. Kerana sistem kekebalan tubuh lemah, secara otomatis kita pun akan selalu merasa tidak sedap badan. Jika keadaan ini terus berlanjutan, maka seiring berjalannya waktu kita pun akan mudah dihampiri penyakit, jika tidak segera tidur cukup.

4. Nafsu makan.

Pola makan akan menjadi kacau jika tubuh kurang tidur. Boleh jadi kita tidak mempunyai nafsu makan atau justeru terus-menerus merasa lapar. Kerana, kurang tidur mempengaruhi hormon lapar yang menyebabkan nafsu makan menjadi tidak seimbang sehingga prestasinya menjadi kacau bilau.

5. Kulit kering.

Waktu tidur adalah saat tubuh memperbaiki dirinya sendiri, termasuk memperbarui sel-sel kulit. Jika kulit terasa kering, itu bererti kita benar-benar perlu tidur lebih banyak dan mencukupi.

6. Jadi lebih cuai.(Careless)

Apakah kita akhir-akhir ini sering menumpahkan sesuatu atau menjatuhkan sesuatu? Mengantuk juga mempengaruhi sel-sel saraf dan membuat kita menjadi lebih cuai.

7. Pelupa.

Kalau kurang tidur, boleh menjadikan kita akan sering lupa janji atau kata-kata penting yang harus disampaikan. Kerana, kurang tidur membuat kemampuan memori jangka pendek menjadi terganggu.

Adakah tanda-tanda di atas menghampiri anda ? Alangkah lebih baik anda beristirehat dan tidur sekarang !

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s