Jenis-jenis gangguan kuku yang berkaitan dengan penyakit

gangguan kuku

1. Absent part : Anonychia congenita
2. Pitting : psoriasis
3. Cuticle invasion : lichen planus
4. Dark brown pigmentation,ridging : monilia
5. Distal onycholysis : Tinea
6. Spoon nails : Iron deficiency
7. Discoloured nails with inverted edges : Ectodermal dysplasia
8. Clubbing : toxins-malignancy-hypoxia
9. Short and overcut nails (biting) : anxiety
10. Splinter haemorrhage : infective endocarditis
11. Yellow nail : lymphoedema-bronchietasis-lymphoma
12. Half and half : hepatic cirrhosis
13. Ridging : Rheumatoid arthritis
14. Longitudinal Brown Lines : Addison’s disease-Breast cancer-Melanoma
15. White nails : anemia
16. Red nail : polycythemia-systemic lupus
17. Horizontal white and pink bands : Nephrotic syndrome
18. Brittle nail : detergents and water- hypothyrodism

Penyakit yang berkaitan dengan kuku (Rujukan : Wikipedia)

Perubahan pada kuku seperti perubahan warna, pengecutan, penebalan, kerapuhan, rekahan, keadaan seakan-akan tergores, titik putih kecil, lunula yang merosot, bentuk yang melengkung(cekung), rata dan menggelembung boleh membuktikan tahap kesihatan seseorang termasuk sakit di bahagian badan yang lain, kekurangan nutrisi, kesan dadah atau racun, atau mungkin juga kecederaan pada kuku itu sendiri. Kuku juga boleh menebal (onikogriposis/onychogryposis), menjadi longgar (onikolisis/onycholysis), dijangkiti fungus (onikomikosis/onychomycosis) atau menjadi lebih buruk (onikodistrofi/onychodystrophy).

Berikut merupakan beberapa perubahan pada kuku yang dapat membantu doktor mengesan sesuatu penyakit:

> Warna kebiruan pada pangkal kuku menandakan kitaran darah yang tidak lengkap dan merupakan gejala penyakit jantung.
> Apabila separuh bahagian di hujung kuku berwarna merah muda atau coklat sementara kutikel berwarna putih, itu merupakan gejala penyakit kerosakan ginjal yang kronik.
> Apabila timbul kerutan melintang dan kuku kelihatan kusam, itu menandakan kekurangan nutrisi atau gejala sesuatu penyakit seperti demam campak, cacar air, masalah jantung serta keadaan seperti sindrom Reynaud (kejang pada urat jari tangan dan kaki akibat sangat sejuk).
> Lapisan merah membujur pada kuku, menandakan pendarahan pada salur kapilari. Garisan-garisan berganda merupakan gejala penyakit darah tinggi.
> Apabila pertumbuhan kuku kelihatan lambat, tebal dan mengeras serta kekuning-kuningan, ia menandakan masalah sistem pencernaan yang kronik.
> Timbulnya bintik-bintik pada kuku, menandakan adanya penyakit psoriasis (penyakit kulit kronik).
> Apabila terdapat lengkungan berlebihan pada pangkal kuku dan sekitar hujung kuku, itu menandakan gejala penyakit emfisema (gangguan pada paru-paru), penyakit kardiovaskular atau hati.

Walau bagaimanapun, peningkatan usia juga menyebabkan strutur kuku berubah dan hal ini biasanya tidak mempunyai kaitan dengan masalah kesihatan. Dalam masa yang sama, perubahan yang tidak ketara pada kuku juga tidak perlu dirisaukan, kerana diagnosis melalui kuku belum diisytiharkan sah sepenuhnya oleh semua doktor di seluruh dunia. Jika seseorang mengalami masalah kesihatan, digalakkan supaya berjumpa dengan pakar kesihatan berbanding menganalisis sendiri perubahan pada kukunya.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s