Setahun tak datang haid ?

Sumber artikel ini telah dipetik dari Harian Metro tentang permasalahan haid yang tidak datang dengan begitu lama sekali iaitu setahun ! Persoalan kepada masalah ini telah dijawab oleh seorang doktor pakar sakit puan. Admin berharap artikel ini dapat membantu bagi mereka yang menghadapi masalah ini….


SOALAN :

Saya belum didatangi haid sejak saya melahirkan anak pertama dan kini anak saya berusia setahun sebulan.

Untuk pengetahuan doktor, saya mengambil pil perancang Noriday sejak sembilan bulan lalu dan saya masih menyusukan anak.

Adakah normal sekiranya tidak didatangi haid dalam tempoh yang lama? Adakah sebarang kesan sampingan atau kesan jangka masa panjang pada masa akan datang?

Saya khuatir sekiranya hormon saya tidak normal dan saya sukar untuk hamil lagi.

SHAF,

Kuala Lumpur.

Setahun tak datang haid


JAWAPAAN :

Keadaan anda dinamakan amenorea sekunder. Jika anda mendapatkan pemeriksaan, doktor akan membuat pertanyaan lanjut serta pemeriksaan.

Ini untuk memastikan beberapa perkara atau penyakit termasuk kemungkinan anda hamil (terutama jika anda tidak mengambil pil terbabit setiap hari) serta penyakit yang juga boleh menyebabkan peningkatan hormon prolaktin.

Ujian darah prolaktin juga akan dilakukan.

Paras hormon prolaktin boleh meningkat bagi wanita yang menyusu badan (di samping dalam penyakit kelenjar pituitari).

Doktor juga akan melakukan imbasan ultra bunyi ke atas rahim anda untuk mengukur ketebalan lapisan endometrium yang membentuk haid.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/11

SUMBER : http://www.hmetro.com.my/articles/Setahuntakdatanghaid/Article

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

66 Responses to Setahun tak datang haid ?

  1. elliera says:

    salam..saya berusia 32thn dan sudah berkahwin selama 8thn tetapi tidak pernah mempunyai anak. sejak tahun 2010 bulan oct hingga sekarang saya tidak didatangi haid. saya telah membuat pemeriksaan doktor dan didapati ada cyst diluar ovari dan telah membuat pembedahan membuang cyst akan tetapi hingga skrg masih tidak didatangi haid seperti biasa. bolehkan saya tahu pakah penyebabnya dan apakah rawatan yang boleh dilakukan.

    terima kasih

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam,

      Elliera,

      Sebelum pembuangan cyst, ini adalah penyebab kepada masalah kitaran haid yang tidak menentu dan sukar untuk hamil. Jika masih tidak hamil juga setelah pembedahan dilakukan, ini ada 2 kemungkinan kepada permasalahan ini iaitu pertama, samada saraf tunjang anda terutamanya di ruas tulang belakang bahagian pelvik telah tersumbat dan menjadi punca kepada haid yang terhenti atau ketidakseimbangan hormon. Kedua, mungkin belum ada rezeki lagi untuk mendapat zuriat pada masa ini.

      Aspek-aspek kesihatan rohani, jasmani, jiwa dan raga harus diberi perhatian dalam kesihatan kehidupan kita seharian….

  2. Syahierah says:

    saya berumur 16 tahun tetapi saya sudah setahun tidak didatangi haid.. saya risau sangat.. harap doktor boleh bantu saya.. Syahierah..

    • zainura66 says:

      Assalamualaikum Syahierah,

      apa yang saya dapati ramai di antara remaja pada masa kini mengalami perubahan kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga yang agak ketara berbanding orang-orang lama. Aspek-aspek kesihatan terutamnya dari persekitaran yang mempengaruhi budaya hidup seperti diet pemakanan yang tidak saeimbang, emosi (tidak mampu mengawal diri) dan lain-lain yang memicu seseorang individu itu ke arah kehidupan yang tidak sihat.

  3. diana says:

    aslmkm,saya berumur 24thn telah bkahwin dlm tempoh 3thun pda tahun ptama sye haid sekitar 2 bulan ptama lancar selpas itu bulan 3 hingga setahun kmudian sye x pnah haid setlh bjumpa dktr sya hnya dbgi ubat melncarkn haid akan tetpi jika saye x mgambil ubat bkenan sye x haid…blh ka sya thu apakh pnyebb dan apakah rawatan yg perlu?? terima kasih

    • zainura66 says:

      Assalaamualaikum,

      Diana, apakah jenis ubat yang diberikan oleh doktor tersebut ? Jika ‘ubat’ yang diberikan oleh doktor tersebut ialah sejenis pil hormon, maka ia bertujuan untuk menstabilkan hormon anda yang tidak seimbang , tetapi jika bukan bukan pil hormon, besar kemungkinan ubat untuk mencairkan darah agar dapat melancarkan darah di bahagian rahim anda. Jika ini berlaku, bermakna terdapat sumbatan yang berkumpul di ruas tulang belakang di bahagian tulang pelvik yang menganggu kitaran haid anda.

      • diana says:

        wkmslm,ubat yg dberi dktr trsebut ubat untk mncairkn darah jika sya minum ubt trsebut dlm jngka 6 tau 7 hri sye period tpi sye ingin thu adakh sye perlu bgantung pda ubat trsebut atau ada rawatan yg perlu sya ikuti? apa ubat yg paling sesuai dgn situasi sye skrg? apakh saranan dktr ? trima kasih.

      • zainura66 says:

        Assalamualaikum Diana,

        setiap apa perkara yang berlaku disebakan oleh suatu tindakan akan mempunyai tindakbalasnya. Ubatan hanya dapat membantu tubuh badan untuk membuat kerja. Harus diingatkan bahawa penggantungan terhadap ubatan moden boleh membantu dalam jangkamasa pendek tetapi mungkin ia akan memudaratkan kesihatan anda bagi jangkamasa yang panjang kerana ia bukanlah benda yang sebenar yang boleh diterima oleh tubuh badan kita. Kenapa tidak mengamalkan pengambilan madu lebah asli sebab ia sudah ternyata tentang kemukjizatannya di dalam hadis dan al Quran.

        Tindakbalas kimia di dalam madu lebah asli mungkin bertindakbalas secara perlahan berbanding dengan ubatan secara moden, tetapi ia tidak dicemari oleh benda asing seperti dadah atau racun. Saranan saya agar anda lebih memahami aspek-aspek kesihatan kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga untuk membina kesihatan mencegah penyakit.

  4. miera says:

    Salam…
    Saya berumur 23thun…saya last datang bulan tahun lepas bulan 9….tapi sampai sekarang saya belum datang bulan…kenapa?keadaan saya sekarang perut saya menjadi buncit seperti orang mengandung…dan ada macam ketulan yang bergerak-gerak dalam perut saya…kenapa?saya sudah banyak makan ubat bermacam…tapi tetap sama…

    • zainura66 says:

      Assalamualaikum Miera,

      apa yang anda lalui sekarang ini disebut sakit puan. Jika ada rasa ketulan dalam rahim, ada kemungkinan itu adalah ketumbuhan (fibroid) atau pun kanser. Tapi admin tidak pasti samada ketumbuhan/ kanser rahim atau pintu serviks. Cuba buat pemeriksaan yang lebih terperinci dengan doktor pakar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang andaian. Anda haruslah lebih berhati-hati sebelum mengambil sebarang ubat agar penyakit tidak bertambah mudarat.

  5. anna says:

    salam..
    saya berumur 17 tahun dan tinggi 160 dan berat 81kg..saya sudah tidak datang haid untuk hmpir setahun..saya sudah pergi berjumpa doktor pada mula nya tetapi doktor tersebut berkata kemungkinan hanya berat badan saya sahaja..tetapi sejak sebulan lepas saya berasa tidak selesa di bhagian perut serta sering terasa seperti berlaku kekejangan di bhgian bwah perut sampaikan hendak berjalan pun terasa kekok dan sakit..saya telah pon membuat ujian air kencing,ujian darah serta ujian ultrasound..namun doktor hanya memberi ubat sahaja..tetapi tidak ada apa2 yang berubah..cuma saya lagi kerap sakit..saya sangat buntu dan takut,,,apa patut saya buat?

  6. anna says:

    salam..
    saya berumur 17 tahun ,tinggi 160 dan berat 81 kg..saya sudah tidak haid hampir 8 bulan..pada mulanya sudah berjumpa dgn doktor namun doktor mgatakan kemungkinan berat badan saya yang menjadi masalah..namun semenjak sebulan yg lepas..saya berasa tidak selesa di bahagian perut dan berasa sakit di bhgian bwah perut..saya sudah membuat ujian air kencing,ujian darah dan ujian ultrasound..tetapi doktor hanya memberi saya ubat..waktu sekarang juga saya masih berasa sakit..saya berasa amat takut dgn keadaan saya sekarang..adakah masalah saya ini akan bertambah serius…apakah yang patut saya buat?

    • zainura66 says:

      Assalamualaikum Anna,

      Jika kiraan BMI (Body Mass Index) = Berat (dalam kg) / Tinggi x Tinggi (dalam meter), anda adalah dalam kategori ‘kegemukan yang lebih’ kerana dalam range di antara 27.6 hingga 40. Ada benarnya kata doktor tersebut bahawa masalah anda adalah akibat kegemukan. Admin hanya dapat menasihatkan agar anda berhati-hati dalam diet pemakanan dan cuba beriadah agar berat badan dapat dikurangkan dan cuba ubah tabiat pemakanan kepada yang lebih sihat. Masalah yang anda hadapi sekarang sumbatan toksin yang serius di sepanjang ruas tulang belakang yang harus dihapuskan segera agar tidak memudaratkan kesihatan anda di masa hadapan nanti.

  7. diana says:

    assalamualaikum,saya nk tahu cara pngambilan madu lebah asli mcmana ya?

    • zainura66 says:

      Waalaaikumsalam Diana, madu lebah bukannya ubat sintetik tapi ia merupakan nutrisi lengkap dan penawar kepada segala penyakit. Ia boleh dimakan terus dengan menggunakan sudu plastik. Elakkan guna sudu besi kerana tindakbalas kimia akan berlaku. Jika tidak boleh makan secara terus, boleh campur madu tersebut dengan segelas air suam.

  8. diana says:

    sya ingin thu apa kah itu cyst? mcmna kita mgthui tanda2 pnyakit tersebut? terima ksh.

  9. ema says:

    assalamualaikum , saya ema , berumur 20 tahun .. saya ingin bertanya , saya selalu di datangi haid setahun sekali sejak saya didatangi haid yang pertama semasa berumur 14 tahun. adakah saya dikatakan normal . adakah saya akan menjadi mandul setelah berkahwin ?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Ema,

      haid yang teratur (normal) akan keluar dari tubuh badan seseorang wanita yang sihat pada setiap bulan untuk membersihkan kotoran (racun) tubuh badan. Jika setahun sekali adalah amat-amat mendukacitakan sebab ke manakah toksin anda disalurkan keluar bagi 11 bulan lagi? Samada mandul atau tidak bukanlah kita yang menentukan sebaliknya ia hanya ditentukan oleh Allah swt.

  10. Erasya Qistina says:

    Assalamualaikum, saya erasya, berumur 34 thn…saya ingin bertanya saya tidak datang haid 5 bulan…saya mempunyai seorang anak berumur 1 thn 10 bulan yang masih menyusu dada sepenuhnya…haid saya datang tak menentu apa sebabnya?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Erasya Qistina,

      Ada beberapa kemungkinan anda mengalami masalah ini di antaranya ialah ketidakseimbangan hormon (progesterone) atau menghadapi masalah raga (ketegangan urat saraf, kesumbatan ruas tulang belakang dan mengandungi banyak racun tubuh badan, masalah pernafasan yang tidak lancar serta tenaga tubuh badan yang tidak seimbang.

      • Erasya says:

        Bagaimana cara mengatasi masalah ini?

      • zainura66 says:

        Erasya, haid yang tidak teratur adalah akibat ketidakseimbangan di antara rohani, jasmani, jiwa dan raga. Anda perlu seimbangkan kesemua faktor-faktor tersebut bagi mengatasi masalah ini.

  11. feza says:

    Assalam… Sya kini sudah berumur 22thn dan bujang.Sya amt tkut kerana sye sukar skali untuk dtg haid yg normal.. Kitaran haid sya memang tidak normal. Lau dtg pun setahun sekali aje.. Seingat sye kali terakhir dtg 4.2.2013. N smpi sekarng xdtg2.. Sye x prnh jmpe doktor untk buat pemeriksan dan x pernah jgk mkn ubat untuk dtg bln
    ianya kerana tkut membahayakan diri sye nanti. Ape kah langkah2 yg harus sye lakukan untuk yg terbaik pada diri dan masa depan… Trima kasih.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Feza, kenapa anda mengambil masa begitu lama untuk bertindak ? Maafkan admin andainya soalan ini menyinggung perasaan anda. Ini bukan perkara yang boleh dipandang ringan sebab tidak didatangi haid selama setahun akan memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan anda seperti gejala awal kepada cyst, fibroid atau kanser. Walaubagaimanapun anda mempunyai pilihan samada ingin membuat rawatan secara konvensional atau pun kaedah rawatan alternatif dan komplementari.

  12. cindy percy says:

    maaf semua nya…sy maok tanya pendapat akak2x smua,klau kita tidak menyusukan bby lagi tpi kta msih makan pil noriday.agak2x ubat noriday tu msh berkesan atau tidak….???tolong bagi pendapat kat sy…

    • zainura66 says:

      Cindy Percy, apa yang saudari maksudkan “….masih berkesan atau tidak …?” . Pada pendapat admin, setiap pemakanan samada dalam bentuk ubat, vitamin, pil perancang atau sebagainya dalam bentuk sintetik (bukan alami) dapat membantu pada peringkat awal tetapi jika diamalkan berterusan akan menimbulkan kesan sampingan yang lain pula.

  13. sabariah says:

    Salam…sy nak tnye…sy umo25 thn…sy da 5 bln x period….berat bdn smakin naek…perot lak buncit….sy lom kawin lg…nape ek…sy risaw sgt

  14. mira says:

    salam . sya nak tnya tapi its too privte . bleh admin bgi email ?

  15. syaf says:

    Salam, sya bru berusia 18 taon dan sy dh stahun tidak dtg bulan. Sy mmg mmpunyai masalah berat bdan. Tpi rakan2 yg sme montel mcm sy period mereka normal. Sy sgt khuatir

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam syaf, cuba perhatikan diet pemakanan seharian anda samada sama dengan rakan2 yang sama montel dengan anda atau tidak ? Jika tidak, cuba ubah gaya hidup anda kepada lebih sihat seperti mengambil pemakanan yang seimbang setiap hari, beriadah secara berkala setiap hari walaupun 30 minit, ubah cara pemikirin agar sentiasa berfikiran positif selalu Dan berpendirian teguh.

  16. Hani Abd Razak says:

    Assalammualaikum . Doktor . Saya berumur 16 tahun dan sudah 3 bulan saya tidak datang haid . Ibu saya kata mungkin saya selalu minum air sejuk . Tetapi saya dah berhenti minum air sejuk dah 1 bulan tetapi saya tidak datang haid juga . Tambahan lagi , berat badan saya ialah 80 kg . Apa yang saya patut buat doktor ? Please reply🙂 *urgent

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Hani, anda mengalami masalah berat badan yang berlebihan dan tubuh badan yang banyak toksin.

      • Hani Abd Razak says:

        Bolehkah jika saya mengambil supplements dari kedai ubatan tradisional untuk menambahkan darah ?

      • zainura66 says:

        Adik Hani, masalah yang adik hadapi tidak datang haid sekarang bukanlah masalah kurang darah tetapi akibat daripada ketidakseimbangan hormon serta sumbatan toksin (racun tubuh badan) di saraf tunjang di bahagian sistem reproduksi sehingga menyekat aliran darah untuk mengeluarkan racun tubuh badan melalui darah haid.

      • Hani Abd Razak says:

        Oh begitu , terima kasih .

  17. seeqin says:

    Salam saya mengalami masalah datang bulan sejak
    Saya 17thn dan datang bulan saya yang kadang2 tu buat saya risau dan saya pernah ke hospital tapi jawapan nya normal. Bagi seusia saya. Selepas tu saya tidak datang bulan sehingga saya 30thn saya dah malas nak buat temujanji apa yang saya dapat soalan yang sama dan cara jalan yang sama . Ambil darah makan ubat hormon.. tapi sampai sekarang x ada jawapan.. disedih dan risau memang lah ada nak kata keturunan x pernah pulak terjali pada keluarga..

    • zainura66 says:

      Seeqin, pada pendapat peribadi saya, masalah kitaran haid yang tidak normal bukanlah penyakit keturunan sepertimana yang anda sangkakan. Jangkamasa yang diambil selama 13 tahun bagi mendapatkan jawapan dari doktor di hospital berkaitan masalah yang anda hadapi adalah satu jangkamasa yang terlalu lama bagi saya. Mengapa tidak terus membuat pemeriksaan terperinci dengan doktor pakar sakit puan agar mereka boleh buat pemeriksaan lebih lanjut lagi tentang masalah kesihatan anda. Saya harap anda tidak cepat berputus asa ya ..

  18. siti says:

    Assalamualaikum. Saya berumur 19 tahun. Dah 3 bulan tak datang period tapi mengalami sakit yg sama seperti senggugut. kenapa? -Aishah

  19. Hasyar hani says:

    Assalam.sya brumur 13 thun dan dah 5 bln x dtg haid.first haid sya pda tahn lps bln 12…kmudian start bln 3 sya x dtg hingga sekarang..apa masalah sya?tq

  20. Ida says:

    Assalamualaikum , saya berumur 17 . Tinggi saya adalah 160cm dan berat saya adalah 65kg . Saya mempunyai masalah haid yg bg saya agak serius . Kali pertama saya dtg haid adalah pada umur 14 tahun pada 1/12/2011 . Dan haid yg kedua adalah semasa saya menjalani peperiksaan PMR dimana 2 tahun yg lepas dan itu merupakan haid terakhir hingga lah ke hari ni . Mengikut kiraan saya , sudah 1 tahun lebih saya x datang haid . Saya risau berkemungkinan saya akan mengalami masalah kemandulan pada masa akan dtg atau apa apa masalah lain. Jd saya ingin meminta pendapat doktor tentang apa yg saya perlu buat untuk membetulkan kitaran haid saya semula ?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Ida,

      Saya bukanlah seorang doktor seperti yang anda anggapkan tetapi hanya seorang pengamal urut tradisional komplementari yang berpengalmanan lebih dari 15 tahun. Ida, jika mengikut BMI(Body Mass Index) anda adalah 25.4, dan ini merupakan berat anda terlebih. Normal indeks ialah di antara 18.5 – 24.9. Untuk mendapatkan kitaran haid yang normal, anda perlu mengubah gaya hidup seperti tabiat pemakanan, riadah, emosi dan keyakinan diri….

      • Ida says:

        Terima kasih atas nasihat . InsyaAllah saya akan berusaha untuk mengubah gaya hidup saya . Terima kasih banyak banyak .🙂

  21. auni says:

    saya berumur 16 dah 5 bulan tak datang bulan..berat saya 54kg.. tinggin saya 150cm.
    saya belajardan mengambil jurusan elektrik..bagai mana saya mahu mengembalikan kitaran haid saya supaya normal..saya tidakbejumpa dokter kerana sayauduk di asrama..

    • zainura66 says:

      Auni, mengikut kiraan BMI anda adalah 24.0 dan ia betul di tahap ‘border line’ dan menghampiri zon overweight (terlebih berat) maka berjaga-jagalah…
      BMI Categories:
      Underweight = <18.5
      Normal weight = 18.5–24.9
      Overweight = 25–29.9
      Obesity = BMI of 30 or greater

      Kitaran haid anda bermasalah di antaranya berpunca dari berat badan yang meningkat naik serta saraf di ruas tulang belakang ke sistem reproduksi mengalami sumbatan yang menghalang kelancaran aliran darah ke organ seperti rahim dan ovari. Adik mengalami kitaran haid yang tidak normal dan ini merupakan gejala awal kepada penyakit puan. Namun jika adik berjumpa dengan doktor pada peringkat ini belum boleh dipastikan lagi masalahnya walaupun menggunakan alat moden kerana sumbatan tersebut tidak boleh di scan melainkan adik mengalami masalah lebih kronik dan pemeriksaan yang terperinci dilakukan oleh doktor gyne.

  22. Rossa says:

    hi,,Sya berumur 28 tahun dan mengalami masalh tidak datang haid selama hampir 2 tahun,,selepas melahirkn ank yg ke3,,bulan Feb 2015 cukup 2,tahun,apekah punca dan adakah ia sesatu yag normal,,kerana sya masih memberi susu badan tetpi pd wktu malam shaja.
    Minta pandangn Pakar..terima kasih..

    • zainura66 says:

      Hi Rossa. Ada kemungkinan juga disebabkan oleh penyusuan yang masih berlangsung dan hormon yang tidak seimbang yang menyebabkan haid anda tidak hadir. Diantara sebab yang lain ialah mungkin anda mengalami sumbatan di saraf sistem reproduksi

      • wanie says:

        Saya pun mempunyai masalah yg sama dengan Rossa. Apa maksud doktor dengan “mengalami sumbatan di saraf sistem reproduksi”? Apa ubatnya? Saya dah makan mcm -mcm jamu tp masih belum period. Apakah cara utk menstabilkan hormon?

      • zainura66 says:

        Wanie, saya bukanlah seorang doktor tapi hanya pengamal urut terapi tradisional yang mempunyai pengalaman yang lebih dari 17 tahun dalam bidang ini serta berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan pesakit termasuklah masalah haid. Saraf tunjang di ruas tulang belakang adalah merupakan ‘ibusawat’ kepada semua sistem tubuh badan manusia. Sumbatan yang dimaksudkan ialah racun tubuh badan iaitu toksin yang bersarang di mana-mana pelusuk ruas tulang di badan kita yang menyebabkan aliran darah tersumbat hingga mengakibatkan terjadinya suatu penyakit.

  23. nur says:

    assalam sy nk tanya .
    sy umur 19 , tengah belajar
    sy x dtg haid 8bulan sudah ,
    masa ting 2 berat sy 49kg dn naik mndadak sampai skrg sehingga 73kg .
    tinggi sy 152 .
    sy sllau rasa sakit pinggang ,blkg ,mcm tnda 2 nk period . Tp x period Pon .
    sy x tahu sama ada nk pergi klinik atau tak sebab mak sy masih tak tahu pasal ni ,.minta pencerahan . nasihat atau cadangan
    kalau boleh boleh tinggalkn email utk sy pm lg .
    terima kasih

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Nur, anda mengalami tanda2 sakit puan. Lebih baik buat pemeriksaan terperinci dengan doktor pakar sakit puan secepat mungkin sebelum ia merebak lebih teruk lagi.

  24. fatin says:

    Assalam . Sya brumur 15 thun berat sya 50kg dan tinggi sya 154 cm . Thun lps first sya dtg period 1/11/2014 , bulan 12 dia dtg. Lpstu bulan 1-5 sya tk dtg . Kenapa eh ?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Fatin, jika mengikut kiraan BMI, berat dan ketinggian anda adalah seimbang, besar kemungkinan hormon anda tidak seimbang atau saraf ke sistem reproduksi anda tersumbat.

  25. rina sarina says:

    asskum saya berapa umur 40 thn tidak dtg selama 9 bln dulu haid saya ok je sekarang nie tak dtg haid

  26. Anizah binti ansubak says:

    Hello,nama saya Anizah.Umur sya 29 tahun mempunyai anak perampuan yang berumur 3 tahun 4 bulan.Dekat setahun saya tak datang haid.Sebelum ini saya ada makan ubat perancang selama 1 tahun 9 bulan..Bulan 2 tahun lalu saya berhenti makan ubat perancang.Bulan 3 sampai bulan 7 saya period.Dari bulan 8 sehingga lah sekarang saya belum period lagi.Sudah banyak kali saya test kehamilan tetap juga negatif..Dulu berat saya hanya 50kg sekarang 70kg.Apakah masalah saya ini.?

    • zainura66 says:

      Hello Anizah, ini besar kemungkinan masalah hormon anda yang tidak stabil serta pertambahan berat badan yang ketara. Cuba kurangkan berat badan anda …. Ada kemungkinan salah satu faktor yang menyebabkan ini berlaku adalah pil perancang yang telah anda ambil sebelum ini …. Wallahualam…

  27. khadijah mohamad says:

    Sya dh 9 bln tak dtg haid.sya mnyusukn anak.Apakah masalah saya&apa yg perlu sya lakukan?

    • zainura66 says:

      Khadijah, ini adalah normal jika anda masih menyusukan anak sebab ia ada kaitannya dengan ketidakseimbangan dengan hormon.

  28. Hanni says:

    Saya hanni..saya dah berkahwin 7bulan…bulan pertama hingga ke 4 period saya keluar sikit…then 2bulan xdatang period..check upt negative tapi bila bulan ke 6 perkahwinan..period saya hampir setiap hari..ada masalah ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s