Awasi Tiroid boleh menjadi kanser dan ketahui tanda-tandanya

Tiroid boleh menjadi kanser

Tiroid ialah sejenis organ yang terletak di leher manusia dan ia berfungsi untuk mengawal pengeluaran metabolisme tubuh. Kebiasaannya kelenjar tiroid ini bertindak seperti penyaman udara iaitu ia menghasilkan hormon tiroid apabila tubuh memerlukan dan berhenti apabila ia sudah penuh di dalam darah. Penyakit tiroid terjadi apabila hormon yang dihasilkan terlebih ke dalam tubuh yang dipanggil hypertyroidism atau ia juga boleh terjadi akibat hormon dikeluarkan terlalu berkurang dan tidak mencukupi yang dikenali sebagai hypothyroidism.

Kelenjar tiroid ini boleh membengkak dan menjadi meraqh atau ia membentuk satu benjolan. Penyakit tiroid jenis hyperthyroidism adalah gejala yang kerap berlaku terutama di kalangan wanita berbanding lelaki. Oleh itu golongon yang kerap berisiko menghidapinya adalah WANITA !!!

a. Hyperthyroidism :

Ia berlaku apabila terlalu banyak hormon tiroid di dalam darah. Ia memberi kesan sepuluh kali tinggi terhadap wanita berbanding lelaki, ini boleh berlaku secara berterusan di dalam sesebuah keluarga. Tanda- tanda yang anda mungkin mengalami hyperthyroidism ialah :

*Denyutan jantung yang laju
*Sentiasa gelisah
*Timbulnya perasaan marah
*Penurunan berat badan
*Rambut gugur
*Sukar untuk tidur (insomnia)
*kurang daya tahan terhadap kepanasan
*Pusingan haid tidak teratur
*Mata menjadi besar
*Turun berat badan mendadak walau selera naik
*Cirit Birit
*Lemah tubuh badan
*Osteoporosis

b. Hypothyroidism :

Ia terjadi adalah kerana hormon tiroid terlalu sedikit di dalam darah, ini akan memperlahankan sistem tubuh badan dan selalu menyerang golongon berumur 40 tahun ke atas dan golongon yang berisiko adalah wanita. Penyebab hypothyroidism ini adalah kerana antibodi dan sel darah putih menyerang tiroid. Tanda-tanda penyakit ini ialah :

*Kurang tenaga
*Rasa sejuk
*Denyutan jantung perlahan
*Depresi
*Berat badan bertambah
*Kurang daya ingatan
*kulit kering
*Rambut gugur
*Sembelit
*beguk
*Nafsu seks turun
*Suara serak

c. Beguk

Ia adalah pembesaran atau pembengkakan kelenjar tiroid. Apabila ia berlaku menunjukkan ada masalah dengan tiroid. Kekurangan iodin boleh sebabkan beguk. Tanda-tanda beguk ialah :

*Rambut kering
*Bengkak di tengkuk
*kehilangan berat badan
*Perubahan haid
*jantung berdebar-debar
*cepat marah
*mata jadi besar
*perubahan kadar metabolisme

Dalam kes-kes teruk beguk boleh menyebabkan seseorang sukar bernafas dan menelan.

d. Kanser Tiroid :

Benjolan yang terdapat di tiroid. Lebih 90 peratus benjolan bukanlah kanser. Selalunya dapat dibuang melalui pembedahan samada dibuang semua atau sebahagian sahaja. Kanser tirid peringkat awal tidak menunjukkan sebarang kesan. Namun semasa kanser membesar, tanda-tanda kanser tiroid akan mula terasa seperti :

*benjol di bahagian depan leher
*Sukar untuk bercakap dalam suara yang normal
*Sukar menelan dan bernafas
*Rasa sakit di tekak dan leher

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

10 Responses to Awasi Tiroid boleh menjadi kanser dan ketahui tanda-tandanya

  1. yana says:

    Sy nk tnye klu terdpt benjolan kecik d bwah kiri rahang brdkatan dgn leher adkh itu kemungkinan tyroid??

  2. midori says:

    Assalamualaikum, sya nk tnye… Pnyakit tiroid ni biasenye utk golongn 20 ke ats, tpi sye bru 18, adkh itu prkara normal atau sebaliknya? Adkh pnyakit ini blh mragut nyawa?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam. penyakit tiroid bukannya menyerang pesakit mengikut umur tetapi ia adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon dan ia tidaklah meragut nyawa.

  3. shela94 says:

    Saya nak cara2 nk rawat penyakit ini.

  4. Anie says:

    Salam.. Sy Ani berusia 23thn, Sy nak tahu adakah pnyakit hyperthyroid ni akan sembuh ? Doktor yg merawat sy tuh mcm xde mulut nk bagi tahu hal sbenar psl penyakit tyroid ni, sbbnya dh beribu2 Pil ubat sy telan tpi still tiada perubahan ! Dah masok 2 tahun sy bertemankn pil ‘propranolol’ dan ‘thymazole’
    #saya mohon penjelesan, terima kasih

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Anie. Doktor tersebut hanya diam seribu bahasa kerana tiada kata-kata yang boleh diungkapkan lagi untuk menerangkan kepada anda. Anda sendiri pun sudah tentu berasa bosan memakan ubatan serta bertanyakan soalan yang sama kepada doktor kan ? Tiada penyakit yang tidak boleh diubati kecuali maut; menurut sabda baginda Rasulullah saw, “Sesungguhnya bagi setiap penyakit itu ada ubat. Maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah ‘azza wajalla.” (Riwayat Muslim dari hadis Abi Az Zubair dari jabir dari Rasulullah).

      Anda perlu memahami aspek-aspek kesihatan kehidupan yang 4 untuk menyembuhkan penyakit anda iaitu rohani, jasmani, jiwa dan raga.

  5. Anuzi says:

    Betul hypertyroid akan menyebabkan rasa sukar bernafas apabila melakukan kerja berlebihan? ..

    • zainura66 says:

      Anuzi, apa-apa perkerjaan atau perbuatan yang dibuat secara berlebihan yang melebihi dari kemampuan kita akan rasa sukar/sesak bernafas. Ini adalah akibat daripada keadaan pernafasan yang tidak seimbang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s