Masalah Keputihan Di Kalangan Wanita, Normal Atau Penyakit?

Masalah keluaran lendir daripada faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan, suatu yang lazim dialami wanita. Bagaimanapun, proses normal itu masih dianggap memalukan golongan itu. Jangan anggap remeh, sebaliknya ia petanda kepada jangkitan kuman seperti syphils dan gonorrhea.

Apa itu keputihan

Lebih parah lagi jika tidak dikawal dan dirawat sebaiknya tidak mustahil boleh menyebabkan kanser pada bahagian peranakan seperti kanser servik dan sebagainya.

Statistik menganggarkan 75 peratus wanita sudah berkahwin mengalami masalah keputihan disebabkan aktiviti seksual. Penggunaan produk intim bertoksik seperti sabun, syampu dan gel mandian turut menyumbang kepada gangguan flora bakteria sedia ada di dalam faraj wanita.

Keputihan adalah proses perubahan hormon dan pembersihan sel mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj. Secara biologi keputihan akan berlaku pada sekitarnya sebelum haid bagi setiap wanita.

Ia juga boleh berlaku dalam kalangan remaja tetapi agak jarang melainkan mereka mengambil ubat tertentu atau perubahan hormon.

Proses Semula jadi

Lendir pada faraj mempunyai tujuan tertentu termasuk melindungi sel daripada kerosakan dan kekeringan. Pengeluarannya tidak semestinya menandakan masalah atau penyakit merbahaya seperti dibayangkan wanita.
Dikeluarkan oleh sel dan kilang khas pengeluar lendir, keputihan dipengaruhi paras hormon iaitu estrogen dan progestron dalam darah wanita.

Statistik menunjukkan wanita hamil paling berisiko mengalami masalah keputihan disebabkan perubahan hormon dan menyebabkan jangkitan kulat kerana tempoh ini hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen.

Hormon estrogen juga akan menyebabkan kulat lebih senang melekat pada dinding faraj.
Dianggarkan hampir 80 peratus wanita hamil mungkin mengalami masalah keputihan.

Keadaan fisiologi atau biasa itu juga boleh berlaku ketika wanita melakukan persetubuhan dan ketika naik nafsu syahwat. Dalam keadaan itu, lendir terhasil daripada kilang lendir terletak pada bibir faraj.

Ia boleh berlaku akibat gangguan jiwa seperti marah atau sedih dan keletihan yang amat sangat. Tidak kurangnya, wanita bekerja yang lebih tenaga juga tidak terkecuali berhadapan keputihan.

Implikasi keputihan

Pada kebiasaannya, lendir dikeluarkan daripada faraj tidak berbau, jernih dan tidak gatal. Jika keadaan sebaliknya berlaku, keputihan juga boleh menandakan penyakit pada faraj dan sistem peranakan.

Dalam keadaan itu, lazimnya lendir terhasil berwarna putih pekat seperti bernanah, busuk dan sering gatal pada sekeliling faraj.

Penghasilan lendir seperti keju, kekuningan dan coklat bercampur darah juga tanda perlu diawasi kerana ada kemungkinan jangkitan kuman berlaku seperti jangkitan kulat candidiasi, kuman tricomona, chlamydi dan gardneralla dan bacterial vaginosis.

Setiap satu jangkitan masing-masing mempunyai tanda berbeza dan bau tertentu, antara rasa gatal pada kawasan sulit, keputihan berbau, tidak selesa bersama suami dan perlu mengenakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendir dan radang pada kemaluan.

Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan keputihan cuma lendir biasa dan bukan disebabkan jangkitan.

Faraj mengandungi bakteria semula jadi iaitu bacillus asidofilus menghasilkan asid lactat bertujuan melindungi faraj daripada kemasukan atau serangan kulat dan kuman.

Kadangkala pembiakan kuman asidofilus meningkat hingga mengakibatkan pengeluaran cecair putih kekuningan dan berbau masam. Bau tidak menyenangkan juga boleh berlaku akibat tindak balas bakteria terhadap peluh pada bahagian kemaluan.

Biarpun masalah lendir itu tidak memberi kesan pada kesuburan wanita tetapi implikasinya hubungan seksual antara suami isteri pasti terjejas apabila masalah keputihan teruk dan berbau hingga mengurangkan keinginan hubungan intim.

Sehubungan itu, radang pada kawasan sulit juga membuatkan pasangan terasa sakit dan tidak selesa ketika bersama. Walaupun keputihan tidak dikategorikan sebagai penyakit kelamin menular, tapi masalah itu boleh mengakibatkan kesan jangkitan pada suami termasuk kesakitan ketika hendak membuang air kecil dan sebagainya.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah itu wanita boleh mengambil langkah pencegahan seperti mengamalkan makan sayur-sayuran hijau dan dadih yang mengandungi lactobasillus.

Untuk masalah radang pula digalakkan kerap menukar seluar dalam dan pilih kualiti diperbuat daripada kain kapas dan sedikit longgar.

INFO

* Keputihan atau lelehan lendir yang keluar daripada faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara wanita.

* Biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan.

* Jika keputihan tidak berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

* Pangkal uterus juga mengeluarkan lendir dengan tujuan mencantumkan benih lelaki (sperma) dan perempuan (ovum) dalam proses persenyawaan.

* Lendir dikeluarkan menghasilkan tenaga dan makanan kepada sperma bagi tempoh persenyawaan berlaku.

* Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, perlu jalani ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.

* Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon dan perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.

* Keputihan dianggap bermasalah seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk, hanyir dan menyebabkan bahagian sulit berasa gatal atau radang.

Sumber : http://www.mummynemo.com

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

22 Responses to Masalah Keputihan Di Kalangan Wanita, Normal Atau Penyakit?

  1. gadis biasa says:

    saya nak tanya, adakah ia dikira keputihan jika warna hitam bercampur dengan darah tetapi baunya amat berbeza dari haid yang saya pernah alami?

  2. lila says:

    saya seorg remaja biasa dan setiap hari saya mengalami keputihan.adakah ia nya normal?

    • zainura66 says:

      lila,

      jika keputihan terlalu banyak adalah tidak normal, lebih-lebih lagi jika ia berbau, berwarna hijau kekuningan dan menyebabkan kemaluan gatal.

  3. adriana says:

    Hi, saya rasa saya mengalami keputihan tetapi ianya berwarna putih, tidak terlalu banyak, tetapi menyebabkan kemaluan saya mengalami kegatalan. Adakah ianya termasuk dlm kategori tidak normal walupun tak mengalami perubahan warna ke kuning atau kehijaun?

  4. nurdia hamid says:

    Hi Zainura..saya mengalami kegatalan di bahagian V dan keluar lendir berwarna putih yang berlebihan.tetapi lendir yang keluar tidak berbau.soalanya…adakah tanda tanda itu penyakit atau perkara normal.

    • zainura66 says:

      Hi Nurdia, kegatalan di bahagian sulit adakalanya memberi signal kepada anda bahawa tubuh badan anda mempunyai banyak toksin terutamanya di bahagian sulit anda. Perlu ingat bahawa bahagian ini adalah sangat sensitif kepada kekotoran samada lelaki atau pun perempuan. Maka prihatinlah kebersihan kerana ia mudah terdekat kepada jangkitan kuman/ virus/ bakteria serta kulat.

  5. syakira says:

    di daerah V saya kadang suka keluar coklat tua sepeti keputihan tapi coklat tuanya keluar bersama seperti air bening , itu kenapa yah

    • zainura66 says:

      Syakira, jika lendiran bersama air bening Ada kemungkinan anda sedang berada dalam zon kesuburan.

  6. sarah says:

    Hi, nak tanya… Setiap hari v saya mengeluarkan lendir. Saya tahu tu keputihan tapi saya tak pasti sama ada ia hanyalah lendir yg dikeluarkan utk melembabkan v atau lendir yg keluar bila saya melakukan aktiviti berat. Kerana hukumnya berbeza. Bagaimana cara nak kenalpasti?

    • zainura66 says:

      Hi Sarah. Boleh bezakan di antara keputihan normal atau disebabkan penyakit dengan melihat tahap kepekatan lendir keputihan, warna dan bau serta terdapat rasa gatal pada v. Adalah normal jika keputihan yang keluar setelah berkerja sehingga terlalu penat atau jiwa kacau. Tapi jika keputihan bertukar ke warna kuning kehijauan, mempunyai bau yang agak kuat serta terasa gatal pada miss v, maka berbuatlah sesuatu.

  7. ain syakirah says:

    hi. saya ingin bertanyakan, adakah penyakit sifilis boleh berjangkit jika tidak melalukan persetubuhan? malah tidak jugak pernah melakukan ciuma, dan perkara perkara yang melibatkan jangkitan. tetapi saya sudah tidak gadis kerana terlalu kerap… harap anda faham

    • zainura66 says:

      Hi, Ain Syakirah. Tidak ada manusia di muka bumi ini bersifat maksum melainkan Nabi Muhammad saw. Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali maut. Anda boleh baca pautan ini mengenai siflis ; ini bukanlah tujuan admin untuk menakutkan anda tetapi pendapat atau penemuaan melalui kajian yang telah dibuat sebelum ini. Namun yang pastinya samada berjangkit atau tidak adalah dalam pengetahuanNya. Yang paling penting sekali jika ketahanan tubuh badan pasangan anda adalah kuat, saya rasa sukar virus tersebut akan menjangkitinya.

      • Ain Syakirah says:

        Admin ada email personal? saya ingin menanyakan sesuatu tapi malu untuk bertanyakan disini.

  8. fatin says:

    hi,nk tnya ni.saya mengalami keputihan dimasa saya nak datang period.keputihan itu datang tidak melekit,tidak cair dan tidak berbau.selang 2 hari keluar keputihan berwarna merah pekat.disebabkan itu priod sy xkeluar lagi.adakah keputihan saya ini normal @ tidak???saya ada membaca jika kitaran priod normal antara 29-35 hari.jika hari yang ke 35 tu xkluar jugak?

    • zainura66 says:

      Hi Fatin, jika selepas 35 hari tak keluar juga menunjukkan kitaran haid anda telah tidak normal dan harus prihatin terhadapnya. Jika faktor terlalu kepenatan dan tertekan juga akan mengalami keputihan…

  9. Anna says:

    saya nak tanya sekarang saya masih remaja berumur 18 tahun. beberapa hari sebelum haid saya datang, keputihan saya akan keluar dengan banyak tetapi tidak berbau dan masih lagi berwarna putih. dan kemudian keputihan saya akan stop sebelum haid saya datang. adakah keadaan ini normal atau sebaliknya?

    • zainura66 says:

      Anna, adakalanya kehadiran keputihan selain dari ‘signal’ hadirnya haid, ia juga menandakan badan keletihan akibat kerja yang banyak serta tekanan yang dihadapi dalam hidup. Jika keputihan ini tidak berbau dan gatal, maka tidak perlu risau….

  10. syaz says:

    Hi babe! saya nak tanya keputihan yg sy alami lendir berwarna putih tak gatal tapi berbau masam dan saya rasa tidak selesa, kerap basah dan saya kerap menukar seluar dlm

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s