Amalan bertungku selepas melahirkan anak

Bertungku

Bertungku merupakan satu proses merawat tubuh badan dengan menggunakan suatu alat yang digunakan untuk memanaskan tubuh badan seperti batu, besi atau bantal berisi gel bagi tujuan-tujuan tertentu. Batu atau besi tungku perlu dipanaskan di atas api dan kemudian dibalutkan dengan daun-daun herba serta kain dan diikat kemas supaya mudah dipegang semasa proses bertungku dijalankan .

bertungku

1) Batu tungku

Batu tungku ialah sebiji batu sungai dengan bentuk, saiz , struktur dan berat yang tertentu yang dipanaskan di atas api lebih kurang 15 minit dengan api yang sederhana (mengikut saiz batu) dan kemudiannya dibungkus dengan daun herba seperti daun mengkudu, kantan, lengkuas dan sebagainya serta sehelai kain atau tuala bagi mudah dipegang semasa proses bertungku dijalankan.

2) Besi tungku

Besi tungku biasanya boleh di beli di kedai yang biasanya berbentuk lonjong panjang dan mempunyai tangkai.

Siapa yang menggunakan batu tungku ?

1) Adalah menjadi amalan dalam budaya orang Melayu, bertungku amat penting bagi wanita-wanita selepas melahirkan anak atau ketika berpantang bagi merawat serta memulihkan tubuh badannya setelah lebih 9 bulan berkerja keras sewaktu kehamilan .

2) Ia juga digunakan oleh warga tua untuk mengurangkan rasa sengal sengal badan.

Berat lebih kurang 2 kilogram dan bentuk yang paling sesuai bagi ibu lepas bersalin ialah bujur seperti bentuk telur ayam.

Amalan bertungku merupakan satu amalan yang terpenting dan perlu diamalkan oleh setiap ibu bersalin. Ia mempercepat proses penyembuhan luka diperanakan. Mereka yang bertungku akan dapat merasakan kesan positif kerana apabila sedang bertungku darah nifas akan keluar lebih banyak dari biasa dan ini akan mempercepatkan kering darah nifas serta membantu agar darah kotor tidak tertinggal di dalam rahim. Amalan ini memerlukan kesungguhan dan sebaik-baiknya dijalankan selama tidak kurang dari 45 minit pagi dan petang selama tempuh berpantang empat puluh empat hari atau lebih.

Tidak hairanlah ia kerap ditinggalkan oleh ibu-ibu bersalin kerana mudah berasa jemu kerana memerlukan kerajianan usaha ibu itu sendiri. Secara peribadi sekiranya ibu-ibu tiada kemampuan untuk berpantang makan, amalan bertungku ini tidak boleh tidak jangan ditinggalkan. Ia merupakan awet muda dan mengekalkan keharmonian dan kebahagian rumahtangga seterusnya, Insyaallah.

Pada peringkat awal pantang ibu bersalin perlu mendapat bantuan orang lain untuk menyediakan tungku ( membakar dan membalut tungku).

Bertungku dijalankan dua kali sehari setiap pagi dan petang sehingga lepas pantang. Batu tungku biasanya dari batu sungai pejal dan aagak bergerutu bersaiz sederhana besar (2 kg) dan berbentuk bujur telur . Sesetengah tempat dibuat dari besi tuang (cast iron) berbentuk botol pipih. Sebelum dibalut dengan sepuluh lapis kain kapas elok dilapik disebelah dalam dengan beberapa lapis susunan daun mengkudu, ini mengelakan kain dari hangus dan wap panas dari daun mengkudu juga dikatakan ada kesan baik. Sebaik-baiknya gunakan lapisan daun kantan.

Amalan bertungku pada asasnya ialah untuk memanas seluruh anggota badan (menurut ulama 6,666 urat dalam anggota badan bengkak dan merasa sakit semasa melahirkan anak) menjadi sakit dan perlu di pulihkan perlahan semasa tempuh pantang. Kesan panas dari batu tungku membantu proses pemulihan ini. Bertungku perut dibuat sambil berbaring.

Anggota badan yang perlu diberi tumpuan ialah bahagian abdomen (perut dan ari-ari). Seluruh bahagian perut ditungku dengan menekan batu tungku dan di tolak ke atas. Mulakan dari bawah pusat sehingga seluruh perut. Diperingkat ahkir bertungku anggota lain seperti punggung, peha, labu betis dan tapak kaki.

Antara kebaikan lain bertungku ialah ;

(1) Cepat mengecutkan sistem peranakan wanita (rahim).
(2) Elak buasir.
(3) Memecah lemak badan.
(4) Menyegarkan badan.
(5) Membaikpulih sistem urat saraf.
(6) Penting – tapak kaki – disitulah segalanya punca urat saraf seluruh badan.

Elok diamalkan untuk isteri-isteri semasa berpantang.

Adakah wanita yang bersalin memlaui pembedahan (ceaserean) boleh menggunakan batu tungku ?

Jawapannya boleh, asalkan tidak meletakkan batu tungku di bahagian abdomen (perut) dan ari-ari. Bahagian-bahagian lain seperti pelvis, belakang badan, bahagian kaki hingga paha boleh ditungkukan.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Amalan bertungku selepas melahirkan anak

  1. zubainishah says:

    tahun lepas saya bertungku dan menyebabkan saya tumpah darah. Tahun ini, saya tidak bertungku kerana takut berlaku tumpah darah. kebiasaan, saya bertungku dibahagian perut dan ari2. ada tak cara lain @ bahagian lain yang kita boleh bertungku untuk elakkan tumpah darah?

    • zainura66 says:

      zubainishah,

      selepas bertungku mengalami tumpah darah mungkin secara kebetulan sahaja. Tujuan bertungku adalah untuk mengeluarkan darah kotor yang masih tertinggal di dalam rahim akan keluar untuk membersihkan rahim jika bertungku dengan cara yang betul. Selain memberi tumpuan di bahgaian rahim, bahagian yang penting yang harus ditungkukan ialah bahagian pelvik, Peha bahagian belakang dan depan serta bahagian perut atas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s