Berbengkung bagi ibu selepas bersalin

Bengkung

Bengkung yang baik adalah biasanya diperbuat daripada kain belacu atau kain kapas agar dapat menyerap peluh. Pada era tahun 60an, wanita yang baru lepas melahirkan anak akan mengenakan bengkung sepanjang 10 meter dan lebarnya 12 inci, akan dililitkan dengan kemas bermula dari bahagian pinggul hinggalah ke bahagian bawah buah dada.

Zaman berubah dan gaya ikatan bengkung juga turut diubah selaras dengan penggunaannya untuk menjimatkan masa dan lebih mudah dipakai. Bengkung pada zaman moden ini dijahit rapi mengikut kesesuaian tubuh badan serta menggunakan tali untuk kemaskan ikatan bengkung tersebut.

Selepas melahirkan anak, wanita dalam tempoh berpantang disyorkan mengikuti langkah-langkah rawatan mengembalikan kesegaran tubuh cara tradisi yang diwarisi sejak zaman nenek moyang. Rawatan membantu wanita mengembalikan kelangsingan tubuh itu penting kerana selama sembilan bulan hamil, perut berubah bentuk dan wanita mengalami pertambahan berat badan. Sekirannya rawatan tidak dilakukan, tubuh akan lesu tidak bermaya, muka pucat dan tidak berseri malah tubuh akan mengeleber dan tidak pejal.

berbengkung

Dengan itu, salah satu cara untuk merampingkan tubuh badan selepas bersalin ialah dengan memakai bengkung. Ada sesetengah daripada mereka menggunakan bahan-bahan yang digunakan untuk membantu perawatan diperbuat daripada tumbuhan semulajadi termasuk rempah ratus yang dikenali untuk memanaskan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Bahan-bahan semulajadi tidak mempunyai kesan sampingan yang merbahaya sebaliknya membantu menghaluskan kulit dan mengembalikan semula keanjalannya. Bahagian perut wajar diberi perhatian serius kerana perut yang tidak dijaga sepanjang tempoh pantang akan mengeleber. Selepas sapuan rempah ratus atau menggunakan daunan herba seperti daun mengkudu, tubuh akan dibalut barut dan dipakaikan bengkung untuk mengembalikan bentuk tubuh asal yang ramping selama 44 hari iaitu selama dalam tempoh berpantang.

Pemakaian bengkung dilakukan 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Pada waktu petang, bersihkan dan pakai semula bengkung. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih. Pakai sepanjang malam.

Ibu yang berpantang digalakan memakai bengkung selama 44 hari bagi memberi kesan yang terbaik. Bengkung biasanya dipakai selepas rawatan bertungku, bertangas atau pilis.

Bolehkah wanita yang bersalin secara pembedahan menggunakan bengkung ?
Bagi yang bersalin secara pembedahan, adalah digalakkan untuk menunggu dalam masa 2 minggu – 1 bulan sebelum memakai bengkung kecuali bengkung moden yang disediakan khas untuk ibu yang bersalin secara pembedahan.

Faedah berbengkung selepas bersalin :

~ membantu mengempiskan perut dengan cepat dan mengelakkan perut buncit (bersalin normal)
~ membantu mengembalikan kedudukan peranakan (rahim)
~ membantu menyokong tulang belakang
~ membantu merapatkan tulang punggung
~ mengelakkan perut daripada ‘masuk angin’.
~ menyokong rahim yang masih lemah ketika dalam pantang
~ untuk memperoleh badan yang sihat dan langsing
~ mengelakkan penggumpulan lemak dibahagian-bahagian tertentu terutamanya perut, pinggang dan paha.
~ membantu mengawal selera makan
~ Mengencangkan kembali otot-otot perut

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s