Apa itu penyakit kencing tak lawas ?

Ramai beranggapan Inkontinens Urinari (UI) atau kencing tidak lawas adalah masalah yang lazim di alami golongan lebih berusia, hakikatnya sesiapa saja pernah mengalami pengalaman ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup tidak kira berapa pun usia mereka.

Kencing tidak lawas atau kerap kencing juga dikenali sebagai Inkontinens Urinari (UI- urinary incontinence). Ia adalah dianggap normal bagi sesetengah orang oleh kerana mereka beranggapan ini bukanlah merupakan suatu penyakit. Memang benar, ia bukanlah suatu penyakit, tetapi ia merupakan tanda-tanda awal kepada suatu penyakit jika dibiarkan berlanjutan dan akan terus mengganggu gugat kesihatan dan kehidupan seseorang di kemudian hari nanti.

Kencing tak lawas

Tanda-tanda penyakit kencing tak lawas

> Sakit di kemaluan bila hendak buang air kecil.

> Kerap terasa nak kencing tapi rasa tak puas kencing

> Air kencing terasa panas dan berasa pedih bila keluar

> Tak dapat tahan kencing. Tapi bila dah kencing rasa nak kencing lagi.

Kesan daripada penyakit kencing tak lawas

1. Sakit di kemaluan bila hendak buang air kecil.

2. Kerap terasa nak kencing tapi rasa tak puas kencing dan menjadi letih untuk berulang alik ke bilik air melebihi 10 kali sehari.

3. Terganggu untuk tidur dan berehat

4. Rasa tertekan kerana segala aktiviti akan terganggu akibat dari rasa nak terkencing

5. Menghadapi masalah buah pinggang.

6. Akan berasa was-was bila melakukan ibadah solat.

7. Sakit di bahagian ari-ari.

8. Akan mengakibatkan batu karang di kemudian hari.

9. Kadangkala mengakibatkan kencing berdarah.

10. Demam.

11. Akan mengakibatkan kebocoran kencing jika tertahan terlalu lama.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s