Kencing tak lawas bagi lelaki

Pernahkah anda mengalami titisan air kencing yang keluar secara tidak sengaja walaupun sudah kencing? Atau anda terasa mahu kencing walaupun sudah beberapa kali ke tandas dalam tempoh waktu yang terdekat? Sebenarnya hampir semua kaum lelaki, pernah mengalami situasi sedemikian. Situasi ini dipanggil sebagai kencing tak lawas.

Kencing tak lawasKencing tak lawas atau urinary incontinence merupakan situasi tanda penyakit yang dihadapi oleh kaum lelaki. Namun, kencing tak lawas ini bukanlah satu penyakit.

Jenis-jenis kencing tak lawas

1.Kencing tak lawas secara berterusan berlaku tanpa sebarang keinginan untuk membuang air kecil.

2. Kencing tak lawas atau menitis ketika meneran.

3. Kencing tak lawas dengan keinginan yang kuat untuk membuang air kecil.

4. Kencing tak lawas akibat terlalu banyak air kencing.

Punca-punca kencing tak lawas

Air kencing 1. Pembesaran kelenjar prostat

Kencing tak lawas boleh berlaku sekiranya seseorang lelaki itu mempunyai penyakit pembesaran kelenjar prostat ( Benign Prostatic Hyperplasia atau BPH ). Kebiasaannya berlaku kepada golongan lelaki yang usianya menjangkau 50 tahun.

Pembesaran kelenjar prostat merupakan satu penyakit yang menyerang golongan lelaki yang berumur 50 tahun dan ke atas dan ia bukanlah penyakit barah. Pembesaran kelenjar prostat akan menimbulkan masalah gejala urinari, mengganggu serta menjejaskan gaya hidup dan corak tidur. Komplikasi kerosakkan buah pinggang akan berlaku, sekiranya penyakit ini tidak dirawat.

Kencing tak lawas2. Barah pundi kencing

Barah pundi kencing turut menyebabkan berlakunya kencing tak lawas. Dalam situasi ini, pesakit biasanya menghidapi gejala seperti kencing tak lawas, kencing berdarah, kerap kencing, sakit ketika kencing, kencing malam dan juga mengalami sakit di bawah bahagian abdomen.

Kencing tak lawas3. Komplikasi Kencing manis ( diabetes )

Masalah kencing tak lawas merupakan komplikasi daripada penyakit kencing manis. Kencing manis yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kegagalan atau kerosakan pada sistem saraf autonomi. Manakala gejala yang biasanya berlaku adalah kencing tak lawas, sembelit atau cirit-birit, masalah seksual, tekanan darah rendah dan juga pitam.

Langkah-langkah pengawalan

1. Hadkan air minuman dalam sehari

Walaupun kita digalakkan untuk minum lapan gelas air sehari, tetapi sebenarnya lebih banyak anda minum lebih kerap anda perlu membuang air kecil. Oleh itu, bagi mereka yang menghidapi gejala kencing tak lawas, minum air hanya apabila anda haus.

2. Elakkan minuman keras

Ini penting kerana alkohol adalah stimulus yang kuat untuk menggalakkan anda membuang air kecil ( diuretik ). Selain itu, alkohol juga dapat mengganggu kesedaran anda apabila perlunya ke atas anda.

3. Elak pengambilan kopi

Elakkan pengambilan kopi kerana ia mengandungi kafein yang juga stimulus untuk kencing. Bertukar kepada teh atau kopi tanpa kafein juga dapat membantu. Tetapi terdapat bahan lain dalam minuman ini yang mengakibatkan iritasi kepada pundi kencing.

4. Elakkan pengambilan makanan atau minuman ytang menyebabkan pH air kencing lebih rendah berasid ( asidik ).

Antara makanan tersebut adalah buah-buahan sitrus seperti anggur, tomato, oren dan juga lemon. Minuman bergas juga perlu dielakkan kerana kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam minuman tersebut.

5. Hindari makanan yang mengandungi asid oxalik

Antara makanan yang mengandungi asid oxalik adalah sayur bayam, rhubarb, dan coklat. Selain itu, asid oxalik juga boleh ditemui dalam kandungan rokok. Jadi, ini merupakan alasan yang baik bagi lelaki yang ingin berhenti rokok.

6. Amalkan yogurt atau minuman yogurt

Pengambilan yogurt penting untuk menggalakkan pembiakan bakteria baik ( lactobaccilus acidophilus ) dalam sistem urinari manusia dan bertindak sebagai pertahanan yang baik untuk badan. Ini penting jika anda sedang mengambil antibiotik untuk rawatan jangkitan kuman kerana antibiotik biasanya membunuh bakteria termasuk bakteria yang baik untuk badan.

7. Amal teknik buang air kecil dua kali

Selain daripada pengawalan makanan, anda juga boleh mencuba untuk mengamalkan teknik buang air kecil dua kali. Setiap kali anda selesai membuang air kecil, berdiri dan duduk semula. Kemudian cuba untuk membuang air kecil sekali lagi. Teknik ini dipanggil sebagai ‘ double voiding’.

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen