Perbezaan anatomi sistem kencing tak lawas antara lelaki dan wanita.

Pakar Perunding Urologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Lo Hwa Loon menjelaskan, UI merujuk kepada pembuangan air kecil secara tidak terkawal yang dua kali ganda berlaku lebih kerap di kalangan wanita berbanding lelaki disebabkan oleh perbezaan anatomi di kawasan pelvis.

”Hampir 30 peratus wanita Malaysia mengalami penyakit ini. Bagi kedua-dua jantina, UI mungkin disebabkan oleh faktor fizikal manakala bagi wanita pula, kehamilan, melahirkan dan menopaus adalah antara punca penyakit ini,” katanya.

UI adalah satu kebenaran yang pahit buat pesakitnya, oleh itu Persatuan Urologi Malaysia (MUA) sentiasa menerajui usaha untuk memberi kesedaran mengenai UI kepada orang ramai dalam usaha meningkatkan pengetahuan dan menekankan kepentingan bantuan perubatan bagi menguruskan penyakit itu dengan lebih berkesan.

Jelas Dr Lo, ada tiga jenis UI utama iaitu inkontinens tekanan, inkontinens desakan dan inkontinens campuran. Inkontinens tekanan ialah pembuangan air kecil secara tidak terkawal apabila tekanan dikenakan pada pundi kencing ketika ketawa, bersin atau batuk. Inkontinens desakan ialah desakan kuat untuk membuang air kecil yang berlaku secara tiba-tiba dan disusuli pembuangan air kecil secara tidak terkawal.

Kencing tak lawasGabungan inkontinens
”Dalam sesetengah kes, pesakit juga mengalami inkontinens campuran iaitu gabungan inkontinens tekanan dan inkontinens desakan,” katanya.

Walaupun UI bukanlah keadaan yang boleh membawa maut, ia mempunyai kesan fizikal dan psikologi kepada pesakit. Jangkitan bakteria biasanya berlaku dan turut menyebabkan kurang keyakinan diri akibat kehilangan kawalan pundi kencing. Jika ini berlaku, pesakit amat dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan profesional pengamal perubatan sekiranya mereka mengalami gejala UI seperti kebocoran kecil atau air kencing meleleh.

Bagi pesakit yang disyaki mengalami UI, langkah pertama ialah penilaian sejarah perubatan mereka untuk mendiagnosis jenis UI yang dialami. Kemudian, satu ujian fizikal akan dijalankan untuk mengesan tanda masalah kesihatan yang mungkin menyebabkan inkontinens.

Pengurusan penyakit

Rawatan tingkah laku ialah strategi pengurusan penyakit yang biasanya dijalankan ke atas pesakit. Rawatan ini membabitkan latihan otot pelvis, latihan semula pundi kencing, pengurangan berat badan, perubahan diet dan berhenti merokok.

Disebabkan jenis rawatan yang berkesan adalah berbeza mengikut individu, maka pilihan rawatan pesakit adalah bergantung kepada jenis dan betapa serius malah UI yang dialami serta gaya hidup dan pilihan pesakit.

Antara kaedah rawatan yang disediakan mengikut keperluan individu termasuk rawatan tingkah laku, ubatan, pembedahan, alat khas yang dimasukkan ke dalam vagina untuk mengurangkan tekanan dan lelehan, maklum balas bio (biofeedback), stimulasi saraf dan kateter (catheterization).

Rujukan : http://anizyn.blogspot.com/2012/11/rsiko-kencing-tak-lawas-tanda-tanda.html#ixzz2Qhv7tqx5

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s