Manicdepressive

Apa itu penyakit Manicdepressive ?

Penderita ‘Manicdepressive’ mengalami rasa besar/ gembira yang kemudian menjadi sedih atau tertekan.

Gejalanya iaitu :

a.Mania, yang mempunyai tiga tahap iaitu ringan (hipo), berat (acute) dan sangat berat (hyper).

Dalam tindakannya orang yang diserang oleh mania ringan terlihat selalu aktif, tidak kenal susah payah, suka menguasai perbualan, pantang ditegur baik perkataan mahupun perbuatannya, tidak tahan mendengar kecaman terhadap dirinya. Biasanya orang ini suka mencampuri urusan orang lain.Schizophrenia

Dalam mania yang berat (acute), orang ini biasanya di serang oleh delusi-delusi pada waktu-waktu tertentu, sehingga sukar baginya untuk melakukan suatu pekerjaan dengan teratur. Penderita mengungkapkan rasa gembira dan bahagianya secara berlebihan. Kadang-kadang diserang lamunan yang dalam (teruk) sekali, sehingga tidak dapat membezakan tempat, waktu dan orang di sekelilingnya.

Dalam hal mania yang sangat berat (hyper) orang yang diserangnya kadang-kadang membahayakan dirinya sendiri dan mungkin membahayakan orang lain dalam sikap dan perbuatannya.

Penyakit ini dinamakan juga ‘gila kumat-kumatan’, kerana penderita berubah-ubah dari rasa gembira yang berlebihan, sudah itu tiba-tiba kembali atau menurun menjadi sedih, muram dan tak berdaya.

Dalam hal pertama penderita berteriak, mencai-maki, marah marah dan sebagainya, kemudian kembali pada ketenangan biasa dan bekerja seperti tidak ada apa-apa.

b.Melancholia

penderita kelihatan muram, sedih dan putus asa. Ia merasa diserang oleh berbagai macam penyakit yang tidak boleh sembuh,atau merasa berbuat dosa yang tak mungkin diampuni lagi. Kadang-kadang ia menyakiti dirinya sendiri.

Orang yang diserang penyakit melancholia ringan sering mengeluh nasibnya tidak baik dan merasa tidak ada harapan lagi. Dan bagi penderita melancholia berat menjauhkan dirinya dari masyarakat.

Demikianlah antara lain gejala-gejala gangguan dan penyakit jiwa yang membuktikan betapa besar akibat terganggunya kesihatan mental seseorang, yang akan menghilangkan kebahagiaan dan ketenangan hidupnya.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s