Paranoia (Paranoid)

Apa itu Paranoia ?

Paranoia merupakan penyakit ‘gila kebesaran’ atau ‘gila menuduh orang’. Di antara ciri-ciri penyakit ini adalah delusi iaitu satu fikiran salah yang menguasai orang yang diserangnya. Delusi ini berbeza bentuk dan macamnya sesuai dengan suasana dan kepribadian penderita, misalnya :

~ Penderita mempunyai satu pendapat (keyakinan) yang salah, segala perhatiannya ditujukan ke sana dan yang satu itu pula yang menjadi buah bicaranya, sehingga setiap orang yang ditemuinya akan diyakinkannya pula akan kebenarannya pendapatnya itu. Misalnya ada seorang suami yang menyangka bahwa istrinya berniat jahat meracuninya. Maka selalu menghindar makan di rumah, kerana takut akan terkena racun itu.

~ Penderita merasa bahawa ada orang yang jahat kepadanya dan selalu berusaha untuk menjatuhkannya atau menganiayanya.

~ Penderita merasa bahawa dirinya orang besar, hebat tidak ada bandingannya, meyakini dirinya adalah seorang pemimpin besar atau mungkin mengaku Nabi.

Delusi atau fikiran salah yang dirasakan oleh penderita sangat menguasainya dan tidak boleh hilang. Kecuali itu jalan fikirannya terlihat teratur dan tetap. Pada permulaan orang lain menyangka bahwa fikirannya itu logik (waras) dan benar., biasanya orang yang diserang paranoia ia cerdas, ingatannya kuat, emosinya kelihatan seimbang dan sesuai dengan fikirannya. Hanya saja ia mempunyai suatu kepercayaan salah, sehingga perhatiaan dan perkataannya selalu dikendalikan oleh fikirannya yang salah itu. Schizophrenia

Sebenarnya kita harus membezakan antara sakit jiwa paranoia yang sungguh-sungguh dengan kelakuan paranoid. Kelakuan paranoid yang juga abnormal juga diantaranya :

> Kelihatan jelas sekali dalam segala tindak tanduknya, bahawa ia sangat egois, keras kepala dan sangat keras pendirian dan pendapatnya.

> Tidak mahu mengakui kesalahan atau kekurangannya, selalu melempar kesalahan kepada orang lain, dan segala kegagalannya disangkannya akibat dari campur tangan orang lain.

> Ia berkeyakinan bahawa dia mempunyai kemampuan dan kecerdasan yang luar biasa. Ia berasal dari keturunan yang jauh lebih baik dari orang lain dan merasa bahawa setiap orang iri, dengki dan takut kepadanya.

> Dalam persaudaraan ia tidak setia, orang tadinya sangat dicintainya, akan dapat berubah menjadi orang yang sangat dibencinya oleh sebab-sebab yang remeh saja.

> Orang ini tidak dapat bekerja dan mempunyai kepatuhan pada pemimpin. Kerana ia suka membantah atau melawan dan mempunyai pendapat sendiri, tidak mahu menerima nasihat atau pandangan dari orang lain.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s