Mastitis

Apa Itu Mastitis?

Tahukah anda apa itu mastitis? Atau apakah anda , terutama wanita yang baru melahirkan anak mengalami mastitis? Mastitis merupakan istilah dalam bidang perubatan untuk peradangan payudara pada perempuan yang biasanya baru saja melahirkan anak (bayi).

mastitis-1

Mastitis ini ditandai dengan adanya gejala membengkaknya payudara, timbulnya rasa sakit dan warna kemerahan di sekitar payudara. Mastitis terjadi kerana adanya sumbatan pada saluran susu hingga ke putingnya yang mengalami sumbatan. Kalau tidak di atasi dengan segera , maka boleh menyebabkan suhu tubuh badan meningkat secara mendadak sehingga mencapai 38 darjah celsius dan menimbulkan rasa kepenatan.

Mastitis ini biasanya diderita oleh perempuan yang baru melahirkan bayi di mana keadaannya boleh terjadi pada salah satu atau kedua-dua belah payudaranya sekaligus.

Haruslah diberi perhatian yang serius dalam masalah ini kerana terdapat satu penyelidikan yang menyebutkan bahawa 1 dari 20 perempuan yang sedang menyusui bayi mengalami mastitis.

Bahkan seorang perempuan boleh mengalami mastitis lebih dari satu kali. Dengan itu anda harus prihatin dalam menjaga kebersihan puting payudara saat menyusui dan menjaga keadaan tubuh badan yang biasanya menjadi penyebab kepada penyakit ini.

Jenis Mastitis

Mastitis ini terdiri dari dua jenis iaitu infektif dan non-infektif.

1) Mastitis infektif adalah disebabkan oleh adanya kuman yang masuk ke saluran susu melalui perantaraan mulut ataupun hidung bayi ketika menyusui.

2) Mastitis non-infektif pula terjadi kerana adanya saluran susu yang tersumbat atau juga kerana posisi menyusui yang salah. Tidak hairanlah, mastitis ini biasanya sering terjadi pada perempuan yang baru pertama kali menyusui bayi atau anaknya .

Gejala Mastitis dan Pencegahan Mastitis

Beberapa hal yang menjadi indikasi seorang perempuan yang terkena mastitis ialah sebagai berikut:

> Apabila disentuh, payudaranya terasa hangat.
> Terjadinya pembengkakan pada payudara.
> Timbulnya rasa nyeri atau panas terus-menerus saat menyusui.
> Kulit berwarna kemerahan.
> Terjadinya demam dengan suhu sehingga 38 darjah celsius atau bahkan lebih.

Sebagaimana jenis penyakit lainnya, mastitis juga boleh dilakukan pencegahan untuk mengurangkan penyakit ini bersarang di payudara anda. Berikut adalah perkara-perkara yang dapat dilakukan untuk mencegah mastitis.

1) Istirehat yang mencukupi kerana faktor keletihan boleh menjadi penyebab mastitis.

2) Menggunakan coli yang sesuai dengan ukuran payudara.

3) Sentiasa menjaga kebersihan payudara dengan cara membersihkannya dengan kapas dan air hangat sebelum ataupun sesudah menyusui.

4) Pastikan supaya payudara tetap dalam keadaan kering sekalipun telah menyusui.

5) Usahakan untuk menyusui bayi anda dengan posisi dan sikap yang benar/ betul.

Namun, bagaimana dengan anda yang sudah terlanjur mengalami mastitis? Mari kita perhatikan beberapa hal yang dilakukan untuk menangani mastitis.

Pengubatan Mastitis

Pengubatan mastitis yang disebabkan oleh bakteria boleh dilakukan dengan memberikan antibiotik. Sementara untuk bahagian payudara yang terasa nyeri dan keras, boleh diubati dengan cara demahan dengan tuala menggunakan air panas.

Kalau anda tidak tahan nyeri, maka boleh meminum ubat untuk menghilangkan rasa sakit atas nasihat doktor. Selain pengubatan dengan antibiotik dan lainnya, boleh juga memantaunya dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai tambahan vitamin dan nutrisi lainnya.

Dengan ini, apakah ada kelihatan negatifnya bagi bayi jika ibu mengalami mastitis ? Mastitis memang menimbulkan rasa yang sangat nyeri pada payudara si ibu, namun berita gembiranya ialah bayi tersebut ternyata tidak mendapat sebarang hal negatif dari mastitis ini.

Meski pun tidak menjejaskan pada bayi anda, sudah semestinyalah anda menjaga kesihatan tubuh badan supaya tidak diserangi oleh mastitis atau jika sudah terserang, kerana menyebabkan rasa nyeri pada payudara yang tentunya sangat mengganggu terutama ketika menyusui bayi anda, sebaiknya segerabuat pemeriksaan ke doktor untuk penanganan yang lebih tepat.

Informasi lengkapnya di: http://www.deherba.com/apa-itu-mastitis.html#ixzz2SIFej5yG

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s