Haid yang banyak amat merunsingkan wanita

Masalah haid banyak

Punca Haid yang keluar banyak

Antara sebab lain pendarahan yang banyak adalah :

1. adanya polyp (gumpalan tisu yang tumbuh membenjol seperti belon ditiup dan melekat pada dinding rahim. Polip Endometrial merupakan ketumbuhan bukan kanser yang menonjol kehadapan daripada lapisan dalam uterus. Penyebab polip endometrial adalah tidak jelas walaupun ia sering dikaitkan dengan estrogen berlebihan berikutan dengan rawatan hormon atau beberapa jenis tumor ovari.

2. Polip Serviks adalah ketumbuhan mudah pecah yang bermula sama ada dalam permukaan mucosal serviks, atau salur endocervical dan menonjol kehadapan melalui pembukaan serviks. Penyebab polip serviks tidak jelas. Namun begitu ia adalah akibat jangkitan dan berkaitan dengan tindak balas abnormal kepada penigkatan tahap estrogen atau kesesakan pembuluh darah yang terletak di dalam serviks.

3. ketidakseimbangan hormon. Ketidakseimbangan hormon semasa remaja atau menopaus adalah penyebab biasa pendarahan haid yang banyak. Selepas anak gadis mengalami haid pertamanya atau beberapa tahun sebelum menopause. Tahap hormon wanita menjadi tidak setabil dan ini kerap membawa kepada pendarahan uterus yang berlebihan semasa haid.

4. Kanser Endometrial – Ia muncul apabila sel-sel abnormal dalam uterus atau endometrium(lapisan dalam uterus) berganda tanpa kawalan dan merosakkan uterus dan organ-organ lain. Walaupun penyebab kanser endometrial tidak diketahui, namun dipercayai bahawa wanita yang didiagnosis dengan kanser jenis ini cenderung berusia lebih 50 tahun, kerap mengalami endometrial hyperplasia, atau banyak kali menggunakan terpi penggantian hormone (HRT)

5. masalah thyroid.

6. Memasang alat IUD – Atau alat interauterine digunakan untuk pencegahan kehamilan amat berpotensi menyebabkan menoragia. Wanita yang mengalami haid banyak atau berterusan sewaktu menggunakan IUD perlu mengeluarkan alat ini dan memilih kaedah pencegahan kehamilan yang lain atau lebih baik merancang secara semulajadi tanpa menggunakan sebarang alat atau ubatan.

7. Mengalami Tumor Fibroid – Tumor fibroid adalah penyebab biasa haid berlebihan. Adalah penting untuk memahami bahawa tumor fibroid selalunya tumor benign (bukan kanser) yang kerap muncul dalam uterus wanita usia 30-an atau 40-an. Walaupun penyebab tumor fibroid uterus tidak jelas, tetapi memang ia bergantung kepada estrogen.

8. Lupus – Ia adalah keradangan kronik, dan penyakit autoimun yang memberi kesan pada beberapa bahagian tubuh, terutamanya kulit, sendi, darah, dan buah pinggang. Penyebab lupus adalah tidak jelas.

9. Penyakit Keradangan Pelvik(PID) -Jangkitan pada satu organ atau lebih yang memberi kesan pada uterus, tiub falopio, serviks. PID selalunya adalah penyakit jangkitan hubungan kelamin. Namun begitu, ia kadangkala muncul berikutan kelahiran bayi, pengguguran atau prosedur ginekologi lain.

10.Kanser Serviks – Sejenis kanser yang muncul apabila sel-sel dalam serviks menjadi abnormal, berganda tanpa kawalan, dan kerosakan bahagian sihat pada tubuh. Human papillomavirus atau HPV adalah penyebab lebih daripada 90 peratus kanser serviks.

Sumber Asal: 9 Sebab Kenapa Pendarahan Haid Banyak – Julmazli Dot Com

Biasanya pakar sakit puan akan memberikan rawatan yang lebih definitif mengikut penyebab penyakit setelah pemeriksaan yang rapi dijalankan.

Kesan daripada haid yang keluar banyak :

1. menghadapi masalah kekurangan darah yang serius (tahap Hb 6.8. -kurang darah ; Bacaan normal bagi wanita sepatutnya di antara 12.1 ke 15.1 gm/dL).

2. mengalami masalah mudah menjadi letih, tidak berupaya melakukan aktiviti harian,

3. degupan jantung dan nadi menjadi laju dan senang pitam

4. boleh membawa kepada keadaan lemah jantung

Kaedah rawatan moden

Pakar sakit puan biasanya akan menjalankan pemeriksaan perut dan ultrasound pelvis untuk mencari punca penyakit. Penyakit seperti fibroid (ketumuhan bukan kanser yang tumbuh dari lapisan otot kawasan rahim ) dan adenomyosis (keadaan di mana lapisan dalaman rahim (yakni endometrium memecah masuk melalui dinding otot uterus itu; dipanggil myometrium) sering menjadi penyebab pendarahan yang banyak, tetapi kita perlu juga memastikan tiada penyakit yang lebih serius daripada itu seperti kanser rahim dan pangkal rahim.

Advertisements

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

27 Responses to Haid yang banyak amat merunsingkan wanita

  1. Yuzanita M.Yusof says:

    Puan….saya runsing haid saya tak henti sudah hampir 2 minggu.minggu pertama tidak banyak minggu kedua banyak dengan disertai darah yg berketul keluar.sebelum ni saya sudah berjumpa doktor.memang ada masalah haid yg berpanjangan.saya perasan selepas 2thn dia buat gal.dulu dia suspek fibrod.slps scan tak ada.yg lasi thn lps check dia kata saya ada cyis tp tak besar.apa ini puncanya??

    • zainura66 says:

      Yuzanita, adakah anda sudah berumahtangga ? Haid yang banyak serta berpanjangan bukan hanya merunsingkan, malah ia merupakan gejala awal kepada sakit puan seperti fibroid, cyst atau kanser rahim/ ovari.
      Kesemua penyakit sebegini adalah berpunca dari kekotoran atau racun tubuh badan yang banyak terdapat di dalam tubuh badan kita sehingga mengganggu kitar aliran darah mengalir secara sempurna. Bila ini berlaku, sumbatan inilah yang akan menjadi ketumbuhan tidak kira di mana jua bahagian tubuh badan kita. Dengan itu kaedah rawatan alternatif Dan komplementari juga dapat membantu mengurangkan kotoran tubuh badan melalui kaedah urut terapi.

  2. aki says:

    puan,saya belum berkahwin dan berumur 29 tahun.saya mengalami masalah haid yg berpanjangan.sy pernah 3 bulan tidak mengalami haid.selepas tu sy dtg haid selama sebulan.ia terhenti,namun selepas seminggu haid saya datang lagi.saya tidak pernah mengalami sakit perut atau sengugut sepanjang tempoh itu.adakah ianya penyakit atau ketidakseimbang hormon?

  3. anishusna says:

    Saya berusia 33 thn.saya mengalami pendarahan berketul ketul.tapi tidak mengeluarkan bau. Saya dah hantar k hospital dan diberi ubat untuk menahan pendarahan.tp masih berdarah berketul ketul sebesar ibu jari.mohon penjelasan dari puan

    • zainura66 says:

      anishusna, jangan biarkan hingga darah haid menjadi berbau baru nak bertindak serius. Sebenarnya darah yang keluar berketul-ketul di antara sebabnya adalah faktor diet pemakanan seharian yang diambil. Anda perlu pantau keadaan darah haid yang keluar agar tidak menjejaskan kualiti kesihatan seperti sehingga terjadinya amenia.

  4. Nur says:

    Salam puan saya remaja berumur 20 tahun xberkahwin lagi kitaran haid saya normal setiap bulan datang dan seminggu sahaja bagi setiap bulan. Tapi dalam masa seminggu tu darah haid saya keluar banyak macam hari pertama pun 2,3 jam dh kena tukar lain tuala wanita. Hari kedua,hari ketiga smpai hari kelima sama ja keluar banyak. Adakah jika sebegini normal puan ?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Nur, ia adalah normal selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan seperti tumpah darah atau kurang darah merah.

  5. syikin says:

    puan , saya berusia 20 tahun dan belum berkahwin .. kitaran haid saya selalu x menentu .. kadang-kadang 3 bulan sekali baru datang tu pun xlama dlam 4 hari ja dh habis .. lepas tu sebulan xdtg haid .. bila datang haid , sampai dua minggu dan darah xkurang kurang sebaliknya semakin banyak ..

  6. rosniza says:

    salam doktor… saya sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. umur saya 32 tahun.. kitaran haid sy selama ini normal sahaja. tp pada bulan ini kitaran haid sy sgt pjg dan mengeluarkan darah yang bnyk.. pada bulan 2 sy pernah keguguran dan scan doktor ckp dah ok. period kali sgt sakit dan mengeluar ketulan darah yg agar besar. sy dah pergi jumpa doktor dan diberi ubat tahan sakit..

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Rosniza. Maaf, saya bukanlah seorang doktor perubatan seperti yang puan sangkakan. Saya hanyalah seorang pengamal peubatan tradisional alamiah melalui urutan terapi yang berpengalaman lebih dari 15 tahun. Segala pengetahuan dan artkel yang berkaitan dalam weblog ini ada sedikit sebanyak berkaitan dengan kes-kes yang admin hadapi melalui tempoh dalam bidang ini. Adakah puan pernah mengambil sebarang ubatan atau alat pencegah hamil sebelum ini ? Adakalanya atas faktor2 ini juga boleh menyebabkan masalah ini terjadi.

  7. sha says:

    salam,saya mempunyai msalah haid y byak dan berpanjangan..sebelum nie pernah ambik evening primrose oil,,adakah saya mempunyai msalah sakit puan??

  8. Vina says:

    salam,doktor saya berusia 28 tahun sudah berumahtangga saya, sebelum saya mengandung untuk anak pertama haid saya normal sahaja tetepi selepas bersalin dan masa pantang 2 bulan masa pun haid saya ok jer dari bulan ke3 hingga 3 bulan xde haid bulan k4 keluar haid berketulan sehingga 3 minggu setiap setengah jam terpaksa tukar lampin,apa puncanya.

  9. yana says:

    Salam..sy pn.mgalami masalah menorrhagia. Hr ni dh dkt 2 bln haid sy dtg dgn byk..sy pergi klinik..doc bg ubat epo serta ubat utk hentikan pdrhn..tp masih lg blaku pdrhn.sy dh bkahwin dn brumur 29thun..apa2 rawatan perlu sy lakukan utk masalah sy ni..

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Yana. Pada kebiasaan kes sebegini adalah gejala awal kepada penyakit puan. Anda boleh juga mencuba cara kaedah urut terapi bagi menyingkirkan sumbatan yang berlaku di bahagian saraf sistem reproduksi.

      • yana says:

        Trm ksh atas respon yg diberikn..blh sy tau cara rawatan terapi puan tu..dan dimana rawatan tersebut dilakukn..adakah mslh sakit puan sy ni dpt diselesaikan dgn rawatan terapi tu…

  10. yana says:

    Trm ksh atas respon yg diberikn..blh sy tau cara rawatan terapi puan tu..dan dimana rawatan tersebut dilakukn..adakah mslh sakit puan sy ni dpt diselesaikan dgn rawatan terapi tu…

    • zainura66 says:

      Yana, cara rawatan kaedah kami ialah membersihkan darah dari kekotoran (detoksifikasi) dengan lulur dengan minyak terapi herba yang diadun sendiri bagi mengendurkan urat saraf yang ketegangan terutamanya di bahagian sistem reproduksi yang tersumbat , membetulkan kembali pernafasan yang telah sesak bagi mengimbangi tenaga tubuh badan agar kembali seperti sediakala melalui urutan terapi. Pusat terapi kami akan menyediakan perkhidmatan pada awal tahun depan setelah membaikpulih tempat ini selesai nanti insyaallah. Untuk keterangan lanjut sila klik sini.

  11. gee says:

    Salam..sy pn. mengalami mslh haid yg awal 9 hr dan yg byk iaitu hari ke 4 hingga hari ni iaitu hr ke 7..mslhnya bulan ni kitaran haid sy hnya 21 hr..penah tjadi selepas bulan puasa baru2 ni..haid sy awal 8 hr.hr ke 4 haid jd byk hingga hr ke 8..kdg2 sy nk solat pon susah..bila jumpa doctor, doc scan x de pape pd rahim.last year sy wat operate sbyk 3x sbb mslh apendik n nanah kt usus..doc kata normal sbb sy kena operate byk kali..doc kata hormon sy x stabil..sy pon mkn epo utk stabilkan hormone..

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Gee. Kitaran haid yang tidak normal merupakan gejala awal kepada penyakit puan. Masalah ini bukan sahaja disebabkan oleh keadaan hormon yang tidak stabil malah keadaan tenaga rohani dan jasmani haruslah seimbang bagi kesejahteraan hidup jiwa dan raga.

  12. Aqila says:

    Salam puan.. sya berumur 20thn sdh berkahwin sye mngalami haid yg bnyk dan brpanjangan diserta dgn sakit pinggul,peha,perut dan kepala. Sehingga doctr suruh mkn ubat berhenti drh. Bila check doc ckp xde pape.. knp eh? Ni sye kne pergi lg klinik amek ubat benri drh setiap bulan

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Aqila, anda mengalami gejala awal sakit puan. Tanda-tanda sakit yang anda hadapi sekarang menunjukkan anda mengalami gangguan di sistem reproduksi dan juga peranakan jatuh. Ubah gaya hidup lebih sihat agar penyakit ini tidak berlarutan…

  13. windy says:

    sya windy berusia 19thn saya mgalami kitaran haid yg tidak normal, datang bulan yg sikit spanjang bulan, tapi bila sya datang bulan yg banyak ia akan keluar ketulan darah yg agak banyak, dan saya kerap menukar pad sbb darah yg keluar banyk.. pernah ada bulan sya tak datang haid tapi bila sya dalam keadaan stress darah haid akan keluar scara tiba2.. apakh yg myebbknya terjadi

    • zainura66 says:

      Hi Wendy, anda boleh rujuk entry terbaru sebagai info tambahan dan seperti yang anda nyatakan di atas bahawa darah haid anda akan datang tiba-tiba bila anda stress; ini menunjukkan ketidakseimbangan hormon dan juga anda mengalami ‘peranakan jatuh’ (lower down reproduction system).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s