Tahukah anda Prana itu tenaga apa ?

prana

Prana adalah tenaga hayat yang membina kehidupan jasmani. Prana adalah dari perkataan sanskrit yang bermaksud hayat akan tetapi konsep mengenai hayat ini adalah universal. Di Jepun disebut “ki”, di China disebut “chi”, di Polinesia disebut “mana”, di Yunani disebut “pneuma”, di dalam bahasa Ibrani disebut “ruah” dan di Arab disebut “nur karomah” yang semua itu berarti hayat kehidupan. Prana terdapat pada setiap keujudan jasad samada pada alam benda seperti tanah, air, angin dan api serta jasad alam kehidupan seperti tumbuh tumbuhan, haiwan dan manusia. Prana adalah jangka hayat alam kehidupan dan keujudan alam benda.

Prana menghayati jiwa raga manusia walau pun kebanyakan mereka tidak menyedarinya. Latihan yang berterusan mengolah pernafasan boleh membina tenaga prana untuk menjiwai tubuh badan manusia. Selain daripada memilikinya prana boleh dipindahkan kepada orang lain seperti kita menyemaikan perasaan kasih, sayang, cinta dan kesejahteraan kepada orang lain. Prana ini kita perolehi daripada penghayatan dengan menyebut nama tuhan yang maha pengasih dan maha penyayang tuhan semesta alam. Banyak manusia yang menyebut kalimat ini tapi tidak menghayatinya.

Mengucapkan salam (kesejahteraan) dan berjabat tangan adalah cara untuk mengalirkan prana di antara satu sama lain sesama kita untuk menjalinkan perasaan kasih sayang di kalangan umat Islam yang merasakan mereka bersaudara. Ketika berjabat tangan cakra kecil di anggota tangan akan bergegar. Pemindahan prana kepada diri sendiri atau orang lain juga boleh dilakukan dengan menghayati doa yang sekurangnya bermula dengan menyebut nama Allah yang maha pengasih dan penyayang di sertai selawat dan salam. Ketika kita menyebut nama Allah saja maka turunlah rahmat Allah yang maha pengasih dan penyayang untuk membina kesihatan dan menyembuhkan penyakit rohani dan jasmani.

Prana dapat diperkuat dengan latihan pernafasan kerana nafas adalah talinya hayat. Semua makhluk hidup dapat hidup kerana bernafas. Putus nafas tamatlah riwayat. Kita perlu sedari bahawa ternyata di balik nafas ada tenaga prana. Prana bukanlah nafas tetapi tenaga jiwa yang mendasari semua makhluk hidup dan menghayati setiap tenaga cakra.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s