Apa itu kanser ?

Kanser

Kanser atau Barah ialah sekumpulan lebih 100 penyakit (terdapat lebih 200 jenis kanser yang berbeza) dengan ciri-ciri pertumbuhan sel yang tidak terkawal akibat perubahan dalam maklumat sel. Oleh itu kanser adalah penyakit yang bermula dalam sel-sel kita. Ia berlaku apabila sel dalam badan tidak dapat dikawal. Biasanya, sel dalam badan akan bertambah mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan.

Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal dan sekiranya tidak dirawat, selnya boleh merebak ke bahagian tubuh badan terdekat. Kadangkala sel kanser yang terpisah dari tempat asal ketumbuhan boleh merebak ke organ lain.

Penjelasan mengenai kanser

1. Terdapat berbillion sel dalam tubuh setiap manusia, berkumpul bersama untuk membentuk tisu dan organ seperti otot dan tulang, paru-paru, hati dan lain-lainnya. Gen di dalam setiap sel mengarahkannya untuk membesar dan berkerja, menghasilkan sel semula dan mati.

Biasanya, sel tubuh kita mematuhi arahan ini dan kita kekal sihat. Namun adakalanya arahan itu bercampur, menyebabkan sel membentuk ketulan atau tumor; atau merebak melalui saluran darah dan sistem limfa ke bahagian tubuh yang lain.

Kanser berlaku apabila sel-sel yang tidak normal berkembang dan merebak dengan cepat. Sel-sel normal dalam tubuh membiak dan membahagi dan mengetahui bila perlu berhenti membiak. Lama kelamaan ia juga akan mati. Tidak seperti sel-sel normal, sel-sel kanser terus membiak dan membahagi hingga tidak terkawal dan tidak mati. Sel-sel kanser biasanya berkumpul atau berkelompok lalu membentuk tumor.

Tumor yang sedang berkembang menjadi benjolan sel-sel kanser yang boleh memusnahkan sel-sel normal di sekitar tumor dan memusnahkan tisu-tisu tubuh yang sihat. Ini membuatkan seseorang itu jatuh sakit.

Kadang kala sel-sel kanser memecah daripada tumor asal dan bergerak ke bahagian lain tubuh, di mana ia terus membiak dan membentuk tumor baru. Beginilah caranya kanser merebak.

Sebenarnya, tumor boleh menjadi samada benigna (bukan kanser) atau malignan (kanser) . Sel tumor benigna berada dalam satu tempat di dalam tubuh dan biasanya tidak mengancam nyawa. Sel tumor malignan mampu untuk menyerang tisu berdekatan dan merebak ke bahagian tubuh yang lain.

Tanda pertama tumor malignan telah merebak (metastasis) ialah apabila sering berlakunya bengkak berhampiran nodus limfa (lymph nodes) tetapi kanser boleh merebak ke hampir mana-mana bahagian tubuh. Adalah penting untuk mengesan tumor malignan seawal mungkin.

Perebakan tumor ke tempat baru dalam tubuh dikenali sebagai metastasis.

Kanser dinamakan mengikut bahagian tubuh di mana ia bermula. Contohnya , kanser bermula di pundi tetapi merebak ke paru-paru di panggil kanser pundi dengan metastasis paru-paru. (Info : Persatuan Kanser Kanada)

2. Manusia dewasa dikatakan terdiri daripada sekitar 10,000,000,000,000 sel yang sentiasa diperbaharui dan diganti. Kira-kira 5-10 % kanser berlaku secara langsung daripada warisan gen yang dikaitkan dengan kanser. Tetapi majoriti kes melibatkan perubahan atau kerosakan yang terjadi dalam beberapa tempoh masa terhadap bahan genetik dalam sel.

Penyebab kerosakan adalah faktor dalaman dan luaran (alam sekitar). Makanan, pemakanan dan aktiviti fizikal adalah faktor alam sekitar yang penting dalam perkembangan kanser.

Kanser juga boleh dilihat sebagai kumpulan penyakit yang menjejaskan banyak tisu dan jenis sel yang berbeza dan boleh dijelaskan berdasarkan tisu asalnya. Dianggarkan 85% kanser dewasa berkembang daripada sel epithelial daripada lapisan dalam dan luar tubuh dan dipanggil carsinoma.

Kanser tisu glandular seperti payudara dipanggil adenocarsinoma , kanser daripada tulang dan otot berpunca daripada sel mesoderm (sel embrio yang membesar untuk membentuk otot, darah, tulang, dan tisu rawan), dipanggil sarcoma.

Setiap jenis kanser mempunyai sifat yang berbeza tetapi satu ciri daripada semua penyakit ini adalah pertumbuhan sel tidak terkawal dan/ atau sel mati.

Selain daripada kanser haematologi seperti leukemia, ini mengakibatkan tumor atau ketulan, dan sel kanser sering menyerang tisu sekitar. Sel kanser yang merebak daripada tapak awal ke bahagian lain tubuh dipanggil metastasis.

Tumor benigna tidak menyerang atau memetastasis. Tumor malignan tidak kekal setempat tetapi boleh menyerang dan/atau memestasis. ā€“ Dana Penyelidikan Kanser Dunia dan Institut Penyelidikan Kanser Amerika.

Penghidap kanser ada kalanya berasa sakit tetapi masih mampu melakukan perkara-perkara yang biasa dilakukan. Kecuali mereka terasa amat sakit.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s