Sel KANSER ada dalam tubuh anda ?

Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing-masing. Sel ini tidak dapat dikesan dalam ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah beberapa ribu juta. Ianya hanya akan dikesan apabila telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan.
Metastasis-1 Foto ini menunjukkan perebakan sel-sel kanser yang disebut metastasis.

Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah pencegahan:

1. Seseorang akan mendapat sel kanser sebanyak 6 hingga 10 kali didalam hayatnya.

2. Sistem imun yang sihat akan memusnah dan menghalang sel kanser dari membiak dan membentuk tumor.

3. Kanser mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan, alam sekitar yang tercemar, gaya hidup, pemakanan dan genetik.

4. Perubahan diet dan mengambil pemakanan tambahan semulajadi yang sesuai boleh mengekalkan kesihatan sistem imun.

5. Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yang sama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat. Begitu juga dengan rawatan radiasi.

6. Untuk membiak, sel kanser memerlukan makanan yang diperolehi melalui:

a. Pengambilan gula; dengan mengurangkan pengambilan gula, ianya dapat memutuskan bekalan makanan kepada sel kanser. Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli.

b. Garam halus; bahan kimia digunakan untuk membuat ia kelihatan putih, baik untuk sel kanser. Bertukar kepada garam laut atau garam bukit.

c. Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.

d. Sel kanser subur dalam persekitaran berasid. Makanan berasaskan daging adalah berasid. Lebih baik untuk memakan ikan atau sedikit ayam. Daging juga mengandungi antibiotik, hormon pembiakan dan parasit yang membahayakan terutamanya kepada pesakit kanser.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s