KANSER MULUT, FARINKS DAN LARINKS

KanserKanser mulut, farinks dan larinks merupakan jenis kanser ketujuh paling umum di seluruh dunia. Kanser ini tiga kali lebih biasa menyerang kaum lelaki berbanding wanita.

Lebih 550,000 kes direkodkan pada tahun 2002, merupakan sekitar 5% daripada keseluruhan kes kanser.

Pada umumnya, kadar kanser ini semakin menurun tetapi cenderung untuk berlaku semula. Kadar jangka hayat pesakit pula adalah berbeza, di mana puratanya sekitar 50% selama 5 tahun.

Kanser mulut, farinks dan larinks merupakan jenis kanser ketujuh paling biasa menyebabkan kematian akibat kanser.

Penyebab

Minuman beralkohol. Risikonya berganda apabila peminum alkohol menghisap tembakau. Penyebab utamanya ialah menghisap tembakau.

Penawar

Makanan dan pemakanan. Sayuran tidak berkanji dan makanan dengan carotenoid mungkin melindungi daripada kanser ini. Dianggarkan separuh daripada kanser ini boleh dicegah melalui diet yang teratur dan faktor yang berkaitan. (Sumber Panduan CAP)

Satu kajian telah dijalankan dan hasilnya adalah seperti berikut :

Seramai 102 orang pesakit yang telah pulih dari kanser mulut , larinks dan farinks telah di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama terdiri dari 65 orang yang masih meneruskan menghisap rokok dan kumpulan kedua pula 37 orang yang terus berhenti merokok.

Kira-kira selepas 6 tahun, 21 orang dari kumpulan pertama tadi yang menghisap rokok semula telah mengalami kanser buat kali kedua manakala hanya 2 orang sahaja dari kumpulan kedua mendapat kanser semula. Ini menunjukkan hasil dari menghisap tembakau mudah untuk mendapat kanser mulut berbanding bagi mereka yang berhenti dari menghisap tembakau.

Advertisements

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s