Kanser Paru-paru

Kanser Paru-paruKanser paru-paru yang kerap terjadi adalah kanser bronkial dan ia merupakan jenis kanser yang kerap ditemui sekarang. Kadar kematian yang berlaku akibat kanser ini agak stabil di kalangan lelaki tetapi semakin meningkat di kalangan wanita.

Kanser paru-paru merupakan salah satu daripada kanser yang digeruni kerana kebiasaannya kanser ini dikesan apabila telah menjangkau tahap bahaya (tahap 4) dan telah merebak ke organ lain. Oleh itu, kemungkinan untuk sembuh agak tipis.

Justeru, tanda amaran awal kanser paru-paru perlu diketahui supaya ia dapat dikesan lebih awal. Ini terutamanya perlu bagi mereka yang mempunyai risiko tinggi mengidap penyakit ini seperti perokok, ahli keluarga perokok, ahli keluarga pernah menghidapi kanser ini, pernah terdedah kepada radiasi, selalu stres, dan lain-lain penyebab. Orang lelaki lebih terdedah kepada kanser paru-paru ini berbanding dengan orang perempuan, kerana kebanyakan perokok adalah kaum lelaki.

Rokok merupakan satu-satunya punca yang sering dikaitkan dengan kanser ini. Tetapi, bagi perokok pasif (menghidu asap rokok) kemungkinan untuk mendapat kanser ini adalah 1.5 lebih tinggi. Kanser ini juga dikaitkan dengan pendedahan kepada asbestos seperti kilang kuari dan pada arsenik, kromium, bahan petroleum dan radiasi. Baca seterusnya di sini

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s