Kanser Perut

Kanser perut merupakan jenis kanser yang ke 4 paling umum di seluruh dunia. Hampir 1 juta kes direkodkan pada 2002 di mana dua daripada tiga kes membabitkan lelaki.

Pada keseluruhannya, ia semakin cepat menurun di negara berpendapatan tinggi tetapi kekal biasa di tempat lain. Ia biasanya membunuh dan merupakan penyebab kematian yang kedua paling biasa akibat kanser.

Penyebab : Garam dan makanan yang diawet dengan garam

Penawar : Makanan dan pemakanan. Sayuran tidak berkanji, termasuk sayuran allium serta buahan mungkin melindungi daripada kanser perut. (sumber : PAnduan CAP)

Kanser PerutDari segi perubatan, barah perut (juga dikenali sebagai barah gastrik) boleh terbentuk pada sebarang bahagian perut dan boleh merebak keseluruh perut dan organ lain. Barah perut boleh tumbuh sepanjang dinding perut ke esofagus atau usus kecil.

Ia juga boleh menjalar sepanjang dinding perut dan merebak ke nod limfa berhampiran dan kepada organ seperti hati, pankreas, dan kolon. Barah perut juga mampu merebak ke organ jauh, seperti paru-paru, nod lymph atas tulang selangka (collar bone), dan ovari.Apabila barah merebak kebahagian lain tubuh, tumur baru yang mempunyai sel tidak normal yang sama dan nama yang sama dengan tumor utama. Sebagai contoh, jika barah perut merebak kepada hati, sel barah di hati adalah sel barah perut dan penyakit ini dikenali sebagai barah perut metastatik, bukannya barah hati.

Masalah utama barah perut adalah apabila ia merebak kepada ovari; tumor dalam ovari dikenali sebagai tumor Krukenberg. Tumor ini, dinamakan sempena nama doktor pertama yang menggambarkannya, bukanlah penyakit, ia adalah barah perut metastatik – sel barah di tumor Krukenberg adalah sel barah perut, sama seperti sel barah dalam tumor utama.

Gejala

Barah perut boleh jadi sukar dikesan. Selalunya tidak terdapat tanda pada tahap awal dan, dalam kebanyakan kes, barah tersebut telah merebak sebelum ia disedari. Apabila gejala berlaku, ia begitu kabur sehinggakan pesakit tidak mengindahkannya. Barah perut boleh menyebabkan yang berikut:

Ketidakhadaman atau perasaan terbakar (pedih ulu hati (heartburn));
Tidak selesa atau sakit di bahagian perut;
Mual dan muntah;
Cirit-beret (Diarrhea) atau sembelit;
Kembung perut selepas makan;
Hilang selera makan;
Lemah dan letih; dan
Pendarahan (muntah atau berak berdarah).

Sebarang simptom ini mungkin disebabkan oleh barah atau masalah kesihatan yang kurang serius lain, seperti virus perut atau ulser. Hanya doktor mampu menentukan punca sebenar. Mereka yang mempunyai gejala sebegini perlu berjumpa doktor. Mereka mungkin dirujuk kepada gastroenterologist, doktor yang pakar dalam mendiagnosis dan merawat masalah penghadaman. Pakar ini kadang kala dikenali sebagai pakar gastrointestinal (atau GI).

Sumber : http://ms.wikipedia.org

Advertisements

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s