Kanser Payudara

Kanser Payudara merupakan kanser paling biasa bagi wanita di seluruh dunia. Sekitar 1.15 juta kes direkodkan pada 2002, iaitu 23% daripada semua kanser yang membabitkan wanita (11% secara keseluruhan).

Kadar pemantauan kanser ini meningkat dengan proses perindustrian dan perbandaran, serta kemudahan untuk mengesannya lebih awal. Ia paling biasa di negara berpendapatan tinggi tetapi kini meningkat dengan cepat di negara berpendapatan sederhana dan rendah, Asia dan Amerika Latin.

Kanser payudara membunuh separuh daripada semua kes dan penyebab utama kematian akibat kanser bagi wanita (kelima secara keseluruhan) merupakan 14% daripada jumlah kematian akibat kanser di seluruh dunia.

Kanser payudara berkait dengan hormon dan faktor yang mengubah risiko kanser ini apabila didiagnosis sebelum dan selepas menopause adalah tidak sama.

Kanser payudaraPenyebab :
> Minuman beralkohol.
> Orang dewasa yang bertambah berat badan mungkin menghidap kanser payudara selepas menopause. Bukti bahawa lemak tubuh menjadi penyebab kanser payudara selepas menopause adalah meyakinkan dan perut yang buncit mungkin juga penyebabnya.
> Faktor yang membawa kepada berat sewaktu lahir lebih besar atau kesannya mungkin menyebabkan kanser payudara yang didiagnosis sebelum menopause.

Penawar :

Tempoh menyusukan bayi melindungi daripada kanser payudara pada semua peringkat. Aktiviti fizikal mungkin melindungi daripada kanser ini selepas menopause. Terdapat bukti terbatas yang menyarankan bahawa ia melindungi daripada kanser yang didiagnosis sebelum menopause. (Sumber : Panduan CAP)

Bagi ramai wanita, kanser payudara dikesan sebagai satu ketumbuhan yang tidak sakit. Walaubagaimanapun, terdapat tanda-tanda yang lain yang harus diketahui.

Untuk mereka yang dikesan pada tahap yang awal sekali, iaitu daripada pemeriksaan mammogram, tiada tanda ataupun simptom payudara.

Payudara

> Perubahan saiz dan rupa bentuk payudara tidak normal

> Lekuk pada kulit

> Ketulan atau penebalan

Kanser payudara_1Perhatikan bahawa payudara kanan (disebelah kiri dalam gambar ini ) kelihatan lebih besar daripada yang kiri, mempunyai rupa bentuk yang berbeza dan mengandungi satu ketumbuhan di bahagian atas payudara kanan. Puting kelihatan menurun jika dibanding dengan yang kiri.

Puting

> Puting berdarah (jarang berlaku)
> Ruam di puting dan di persekitaran kulit (jarang berlaku)
> Puting tertarik ke dalam
> Ketulan atau penebalan terutama jika terdapat juga cecair keluar daripada puting
> Penghasilan cecair daripada puting adalah biasa dan selalunya akibat masaalah payudara yang tidak mudarat. Keadaan boleh membimbangkan sekiranya puting berdarah.
> Penyakit Paget di payudara ada kaitan dengan kanser payudara
> Ruam di puting atau sekitaran puting boleh akibat daripada eczema. Sila jumpa doktor anda untuk mendapat kepastian
> Puting tertarik ke dalam adalah satu keadaan normal dan semula jadi pada setengah wanita. Walaubagaimanapun sekira keadaan ini baru berlaku dan tanpa sebab, anda harus berjumpa doktor anda.

Kanser payudara_2Payudara kiri (disebelah kanan gambar ini ) menunjukkan puting tertarik ke dalam jika dibandingkan dengan payudara kanan. Terdapat juga kemerahan kulit ditepi puting kiri.

Lengan

> Ketulan atau bengkak di atau sekitar ketiak

Rasa Sakit

Kesakitan di payudara atau mastalgia perlu diberi tumpuan khas kerana kesakitan adalah sebab utama wanita melakukan pemeriksaan sendiri payudara, menjadi cemas dan berjumpa dengan doktornya. Walaubagaimanapun, kesakitan dalam payudara selalunya bukanlah gejala kanser payudara. Ramai wanita merasakan payudaranya berketul dan sakit sebelum haid. Sakit juga biasanya disebabkan oleh perubahan fibrosistik yang tidak mudarat.

Sumber : http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/bm/maklumat/bagaimanatahu.htm

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Kanser Payudara

  1. nurul says:

    sy brasa ad bnjolan dkt buah dda sy..apbila d tkan trasa skit..ttp tdk brasa gtl2..atw sintom2 lain..sdah 7 bln bnjolan 2 ad..

    • zainura66 says:

      Nurul, benjolan atau kelenjar di buah dada tidak semestinya kanser. Namun anda harus memantaunya pada peringkat awal untuk mengelakkannya menjadi kanser nanti. Anda perlu pastikan kelenjar atau benjolan ini disingkirkan dari tubuh badan anda.

    • Xie Ann says:

      Hi Nurul,

      Benjolan yg dinyatakan adalah seperti “bisul” dan kebiasaannya ianya tidak sakit walaupun kemerahan.

      Sekiranya sedemikian, sila rujuk ke hospital atau mendapatkan rawatan dgn segera utk menangani masalah anda tersebut. Rawat sebelum terlambat dan merebak

      Tq

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s