Kanser Pundi Kencing

PUNDI KENCING
Pundi kencing ialah suatu organ yang berongga, berotot dan seperti belon yang menyimpan air kencing/urin. Ia terletak di bahagian bawah abdomen. Air kencing mengandungi air dan bahan buangan yang tidak diperlukan oleh badan kita. Pundi kencing dialasi suatu membran yang menghalang urin diserap kembali ke dalam tubuh. Sel-sel membran ini dipanggil sel-sel peralihan atau sel-sel urotelia, dan pengalas membran dipanggil urotelium.invasive-bladder-cancer

Ginjal atau buah pinggang menghasilkan urin yang dibawa ke pundi kencing melalui tiub-tiub yang dipanggil ureter. Pundi kencing kemudiannya menyimpan urin sehingga ianya penuh dan dapat dialir keluar melalui suatu tiub dipanggil uretra, yang mengalirkan keluar urin daripada tubuh. Pada wanita, uretra merupakan tiub yang pendek yang terletak betul-betul di hadapan vagina. Pada lelaki, tiub ini lebih panjang dan melalui kelenjar prostat dan penis.

ADAKAH BARAH PUNDI LAZIM DIALAMI?

Di Malaysia, lebih daripada 534 orang telah didiagnosis menghidap barah jenis ini setiap tahun. Barah pundi kencing lazimnya dihidapi oleh mereka yang berumur 55 tahun ke atas dan lebih dua kali ganda menyerang lelaki berbanding wanita.Barah pundi kencing jarang dijumpai pada lelaki dan wanita di bawah umur 40 tahun.

Gejala paling biasa ialah hematuria (darah di dalam kencing). Ini biasanya berlaku tiba-tiba dan tidak menyakitkan. Darah ini mungkin hadir pada suatu hari tetapi hilang keesokannya. Kadang-kala gumpalan-gumpalan darah boleh terbentuk. Dan ini mungkin menyebabkan kekejangan otot di dalam pundi kencing. Kadang kala darah hadir dalam jumlah yang mikroskopik (tidak dapat dilihat dengan mata kasar). barah pundi kencing selalunya dikesan “secara tidak sengaja” melalui ujian-ujian rutin. Sesetengah orang mungkin merasa pijar semasa mereka membuang air kecil dan perlu membuang air selalu.Jika gejala ini berterusan dan tidak hilang setelah mengambil antibiotik, ujian-ujian lanjut mungkin diperlukan. Jika anda melihat sebarang darah di dalam kencing, anda harus dapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

BARAH PUNDI KENCING
Hampir kesemua barah pundi kencing ditemui di urotelium (pengalas pundi kencing). Ia dipanggil barah sel peralihan. Mereka wujud dalam berbagai bentuk yang berbeza dan boleh bertindak dalam berbagai cara yang berbeza. Banyak barah sel peralihan membesar di bahagian dalam pengalas pundi kencing. Ini dipanggil kanse superfisial. Terdapat dua jenis tumor superfisial, iaitu:

1. Karsinoma in situ, yang leper dan bukan invasif, dan papilari yang mencacak keluar daripada pengalas seperti cendawan. Kadang-kala kanser sel peralihan merebak ke dalam dinding pundi kencing. Ini dipanggil barah-barah invasif.
2. Sel-sel skuama karsinoma dan adenokarsinoma adalah lebih jarang ditemui. Jenis-jenis ini biasanya merebak ke dalam lapisan pundi kencing yang lebih dalam.

PUNCA BARAH PUNDI KENCING

Beberapa faktor diketahui meningkatkan risiko mendapat barah pundi kencing.

Atara faktornya ialah:-
1. Merokok merupakan faktor yang paling mustahak. Beberapa bahan kimia yang ditemui di dalam rokok diketahui menjadi punca barah pundi kencing.
2. Pendedahan kepada beberapa bahan kimia tertentu di tempat kerja, contohnya bahan yang digunakan di dalam pewarnaan tekstil dan industri getah. barah pundi kencing mungkin mula membentuk setelah beberapa tahun selepas terdedahnya kepada bahan kimia tersebut.
3. Sistis (inflamasi pundi kencing) yang kerap berpunca daripada jangkitan bakteria yang berulang-ulang dan karang pundi kencing telah dikaitkan dengan barah pundi kencing tetapi ini tidak semestinya menyebabkan barah ini.

Sumber : http://kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com/

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s