Apa itu PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome) ?

Apa itu PCOS?

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) atau Sindrom Ovari Polisistik adalah penyakit hormon yang melibatkan sistem reproduktif wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka. Apabila wanita yang mengalami masalah hormon, kemungkinan besar mereka berisiko untuk mengalami PCOS.

PCOS merupakan gangguan hormon yang paling tinggi di kalangan wanita yang berada pada peringkat subur dan menjadi salah satu faktor ketidaksuburan (infertiliti) dalam kalangan wanita. Gejala sindrom ini berbeza antara wanita yang menghidapinya. Namun, punca berlakunya sindrom ini masih belum diketahui secara jelas. Gejala PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain. Antara gejala yang mungkin berlaku termasuklah kedatangan haid yang sedikit dan tidak teratur atau mengalami oligomenorea dan kadangkala amenorea (ketiadaan haid), bulu roma yang berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), masalah jerawat yang teruk dan kronik, masalah obesiti, masalah keguguran berulang, masalah kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan), dan juga masalah kebotakan menyerupai lelaki (male baldness).

Bagaimana nak kesan PCOS?

1.hyperandrogenism (lebihan hormone lelaki)
2.oligo dan/ atau anovulation (kitaran haid yang tidak menentu dan tiada ovulasi)
3.pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovary mempunyai banyak folikel cyst (lebih dari sepuluh) tetapi saiznya kecil kurang dari 10mm.

Bagaimana merawat dan mencegah PCOS?

Satu kajian yang dilakukan menunjukkan penggunaan suplemen yang mengandungi phytoestrogens untuk wanita yang mengalami PCOS ini membantu mereka membaiki masalah hormon yang mereka alami.

BIDASARI mengandungi PHYTOESTROGEN yang tinggi bagi membantu wanita untuk ‘melawan’ PCOS.

Dalam satu jornal, Journal of Research Medical Science, terbitan 2011, wanita yang mengalami PCOS dirawat antara 3-6 bulan dengan phytoestrogen dapat menstabilkan kitaran hormon mereka.

Secara kesimpulan kajian itu menyebut suplemen yang kaya dengan phytoestrogen memberikan kebaikan kepada pesakit PCOS dan meningkatkan kesuburan dan mengurangkan kemplikasi diabetes dan sakit jantung.

Apa itu PCOSGAMBAR: menunjukkan cyst pada ovari yang dibuang dari seorang wanita.

Apabila hormon TIDAK STABIL, pelbagai masalah akan melanda wanita seperti period tidak teratur, keputihan, sukar hamil, PCOS, Endometriosis dan tekanan (stress).

Sumber : https://www.facebook.com/InfoPenyakitWanita

Advertisements

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s