Seni Silat Lintau untuk kesihatan jiwa dan raga

Seni Silat Lintau_Wannura“Buku ini saya terbitkan adalah hasil kajian saya bersama Wannura mengenai seni silat khususnya Silat Lintau sebagai amalan terapi untuk membina kesihatan Rohani jasmani jiwa dan raga.”

Pada zahirnya seni silat itu adalah meransang tenaga raga iaitu mencuci darah daging, melembut urat saraf, melegakan pernafasan dan membina tenaga tubuh badan.

Batinnya pula seni silat itu adalah untuk membina kesedaran jiwa, mengingati diri, membina pendirian untuk menyembah tuhan.

Pergerakan jasmani pencak silat itu mengimbangi tenaga zahir dan batin yang dinyatakan oleh pergerakan silat dalam bentuk rupa, gerak, laku dan bahasa persilatan.

Akhinya silat itu adalah menyembah kudrat iradat ilmu dan hayatNya dengan kasih, sayang , cinta dan kesejahteraan kehidupan untuk membina kesihatan rohani.

Untuk menjiwai ilmu persilatan Lintau zahir dan batin saya dan Wannura telah mewarisinya dari Tok Ayahanda Paduka Zainudin bin Tah yang diwarisinya dari Tuan Mahyudin yang mewarisinya dari Tuan Haji Muluk Sutan Idham. Di samping itu saya dan Wannura telah berguru juga dengan murid Tuan Haji Muluk seperti Tuan Abdul Manaf, Pak Teh, Pak Salim dan lain lain.

Semoga buku yang saya susun ini boleh menjadi panduan dan atau kenangan untuk generasi yang akan datang.

Sifuli.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s