Wanita perlu prihatin gejala penyakit yang sering melanda

Wanita perlu prihatin gejala penyakit

Sebagai wanita kita seringkali terdedah kepada risiko penyakit. Umur muda juga tidak terkecuali berisiko terhadap penyakit-penyakit yang seringkali menghantui kaum wanita. Oleh itu, amat penting semua yang bergelar WANITA melakukan beberapa pemeriksaan kesihatan dengan doktor sekurang-kurangnya setahun sekali atau dua tahun sekali mengikut usia anda. Bagi mereka yang kurang mampu boleh juga membuat pemeriksaan sendiri dengan mengetahui gejala-gejala awal penyakit yang dialami :

Di antara jenis-jenis pemeriksaan kesihatan yang sering dilakukan oleh kaum wanita:

1) Pemeriksaan Payudara

Secara Moden
a) Pemeriksaan payudara adalah pemeriksaan yang sering dilakukan oleh doktor untuk mengetahui adanya perubahan atau kelainan pada payudara dari segi saiz, rupabentuk dan warna kulit. Menurut American Cancer Society, Susan G setiap wanita wajib menjalani pemeriksaan ini. Bagi wanita usia 20 -39 tahun sebaik-baiknya menjalani pemeriksaan secara klinikal payudara sekurang-kurangnya tiga tahun sekali dan bagi wanita berusia 40 tahun ke atas, pemeriksaan payudara harus dilakukan sekurang-kurangnya 1 tahun sekali.(pemakaian baju dalam atau bra yang sesuai dapat membantu anda menjalani hidup yang lebih selesa sepanjang hari).

b) Mamografi
Mamografi adalah pemeriksaan payudara menggunakan sinar X yang dapat mengesan kelainan pada payudara dengan tepat. Wanita di atas usia 40 dan yang mempunyai sejarah barah payudara dalam keluarga wajib melakukan ujian mamografi sekurang-kurangnya sekali dalam satu atau dua tahun. (* untuk pemeriksaan mamografi anda boleh mengambil borang untuk pemeriksaan secara percuma di hospital berdekatan dengan anda atau anda juga boleh bertanya kepada doktor anda berkenaan perkara ini)

Secara Tradisonal
Pemeriksaan payudara boleh juga dilakukan sendiri di rumah jika nampak kelainan pada saiz, bentuk dan warna kulit. Sila ikuti cara urutannya. Suami juga boleh membantu si isteri membuat pemeriksaan payudara sebelum penyakit menular menjadi kanser. Kedua-dua pasangan suami isteri juga perlu prihatin akan masalah payudara. Cara yang paling kuno untuk memeriksa payudara sendiri samada terdapat ketumbuhan atau tidak ialah dengan menekan puting secara menegak dengan jari telunjuk semaasa berbaring. Jika sakit bila ditekan, ini bermakna telah terdapat kelenjar di payudara tersebut dan harus dipantau kesihatannya agar tidak merebak menjadi barah.

2) Pemeriksaan Kadar Kolestrol

Untuk mencegah penyakit jantung dan penyakit kronik yang lain, penting bagi wanita untuk melakukan pemeriksaan kadar kolestrol. Pemeriksaan kadar kolestrol boleh dilakukan dari usia 20-an, sebaiknya dilakukan lima tahun sekali. Pemeriksaan kadar kolestrol dapat dilakukan secara berperingkat iaitu dengan pemeriksaan darah. Paras ideal adalah 200mg / dL (miligram per desiliter).

a)Pemeriksaan Tekanan Darah

Secara Moden
Pemeriksaan tekanan darah perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua tahun sekali. Tekanan darah tinggi sering disebut sebagai ‘silent killer’, jika jarang diperiksa ianya mungkin akan menjadi penyebabkan kepada serangan jantung dan stroke. Anda juga boleh membuat pemeriksaan tekanan darah ini di rumah kerana sudah banyak farmasi yang menjual mesin pengukur tekanan darah. (tetapi amatlah digalakkan agar anda membuat pemeriksaan tekanan darah ini dengan pemantauan dari doktor terlatih)

Secara Tradisional
Anda boleh merasai kepala mula pening dan adakalanya hampir pitam. Jika dilulur bahagian tangan, ia akan mengeluarkan cairan yang pekat melalui liang roma. Ini adalah gejala awal tubuh badan tinggi kolesterol.

3) Pemeriksaan Gula dalam Darah

Secara Moden
Wanita wajib melakukan pemeriksaan gula dalam darah setiap tiga tahun sekali dan bagi yang lebih berumur adalah lebih kerap . Bagi yang mempunyai masalah diabetes diwajibkan melakukan pemeriksaan sebelum mencecah 45 tahun. Jika hasilnya 100 mg/ dL atau lebih maka boleh dikatakan anda terkena diabetes atau masalah diabetes.

Secara Tradisional
Gejala kencing manis atau diabetes mudah diketahui akan gejala awalnya seperti cepat merasa letih, bibir cepat kering serta sering merasa kehausan, mudah mengantuk terutamanya selepas makan, masalah kulit yang lambat pulih. Oleh kerana diabetes adalah disebabkan masalah perut, maka kesihatan perut perlu diambil kira. Terdapat hadis yang menyatakan ‘perut’ adalah rumah penyakit. Maksudnya setiap penyakit itu berpunca dari masalah perut.

4) Body Mass Index (BMI)

Body Mass Index (BMI) adalah sebuah ukuran berat terhadap tinggi badan. Nilai BMI mengklasifikasikan tubuh Anda termasuk dalam kategori kurang berat badan, normal, berat berlebih atau obesiti. Berat badan berlebihan dan obesiti membuat anda mudah terkena penyakit jantung, diabetes termasuk stroke.

Gejala awal ialah apabila anda dapati nafas yang singkat dan tercungap-cungap bila melakukan sebarang aktiviti dengan pantas. Caranya anda harus melakukan senaman dengan berkala atau melakukan ibadah solat dengan cara yang betul. Kesihatan kehidupan adalah keadaan yang seimbang di antara rohani, jasmani, jiwa dan raga untuk kesejahteraan kehidupan dunia dan akhirat.

5) Pemeriksaan Kulit

Barah kulit adalah penyakit yang paling sering terjadi di antara penyakit barah lainnya. Menurut American Cancer Society, lebih dari 2 juta orang Amerika dikesan menderita barah kulit setiap tahun. Untuk hindari hal tersebut, jangan lupa membuat pemeriksaan kulit sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengalami masalah pada kulit.

Secara zahirnya penyakit ini mudah dilihat dengan mata kasar. Kita mempunyai pelbagai tumbuhan herba yang dapat membantu menangani masalah ini.

6) Pap Smear

Pemeriksaan ini dilakukan untuk mengesan barah serviks (barah pada pangkal rahim). Ujian pap smear dilakukan setelah tiga tahun aktif berhubungan seksual

atau pada usia 21 tahun. Bagi wanita yang mempunyai anggota keluarga yang terkena penyakit HPV atau barah rahim harus mengikuti arahan doktor mengenai pemeriksaan selanjutnya.

Secara alami, masalah ini boleh dikesan dengan memantau kitaran haid setiap bulan. Kitaran haid yang tidak normal merupakan gejala kepada penyakit puan seperti ketumbuhan atau barah rahim dan ovari.

7) Kolonoskopi

Menurut National Cancer Institute, sebahagian besar wanita mengidap penyakit barah usus. Barah usus (barah kolon) menduduki ranking keempat setelah barah kulit, payudara dan paru-paru. Kolonoskopi merupakan pemeriksaan menggunakan kamera untuk melihat keadaan usus besar adakah barah atau polip. Pemeriksaan ini wajib dilakukan setahun sekali dan sangat dianjurkan bagi wanita yang berumur 50 tahun atau lebih tua, kerana penyakit ini sering terjadi di usia tua.

Gejala awal bagi mengesan masalah ini ialah pembuangan air besar yang tidak teratur, sembelit dan sebagainya.

8) Tiroid Test

Tiroid Test juga amat penting bagi wanita untuk melakukan pemeriksaan secara teratur untuk memantau paras hormon yang dihasil tiroid. Pemeriksaan ini berguna mengukur paras hormon yang dihasilkan tiroid.
Menutur American Thyroid Association, 88 % wanita di Amerika didiagnosa mengidap penyakit ‘graves’ (merupakan bentuk dari hipertiroid). Sementara 95% wanita di Amerika mengidap penyakit ‘Hashimoto thyroiditis (bentuk dari hipertiroid). Menurut ahli tiroid, Mary Shomon, penyakit tiroid biasa menyerang wanita berusia 60 tahun.

Amat mudah sekali untuk mengetahui samada keadaan hormon seimbang atau tidak. Lihat sahaja kepada perubahan kitaran haid yang tidak normal !!!

9) Bone Mineral Density (BMD) Test

Osteoporosis adalah di mana keadaan tulang menjadi lemah dan mudah pecah. Ini disebabkan ‘loss bone’ yang terjadi pada wanita setelah menopause. BMD test atau pemeriksaan tulang dilakukan menggunakan sinar X yang mampu mengukur mineral pada tulang dan mengesan osteoporosis. Pemeriksaaan disarankan bagi yang berusia 60 tahun dan keatas.

Masalah ini berlaku kepada wanita yang putus haid. Anda harus pastikan haid anda tidak putus !

10) Dental Checkup

Menjaga kebersihan gigi dari bakteria membuat senyum anda kelihat lebih menarik dan dapat mencegah terkena penyakit jantung. Bakteria di dalam gusi dan gigi dapat meningkatkan tompokan plak yang dapat menyebabkan serangan jantung atau stroke. Rajin memberus gigi dan berjumpa doktor gigi dapat membantu memastikan adanya gejala barah mulut dan tenggorokan.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s