Perkahwinan

Kini tibalah masanya musim orangramai mengadakan majlis kenduri kahwin. Mungkin faktor jimatkan masa, wang ringgit, tenaga serta dengan tujuan mengikat silaturrahin di antara ahli keluarga, rakan taulan dan jiran tetangga. Bila sebut perkataan KAHWIN, ada yang masih kabur erti perkataan ini. Admin melihat pengetian bagi perkataan ini dengan skop yang amat luas. Allah swt menciptakan makhluk yang ‘istimewa’ yang disebut manusia ini dengan sempurna zahir batin dalam bentuk berpasangan lelaki dan perempuan bagi saling melengkapi di antara satu sama lain untuk mengimbangi jiwa raga dengan tujuan tujuan yang tertentu. Namun, admin cuba menyingkap persoalan bagi tajuk entri kali ini.

Perkahwinan

Sesetengah wanita hari ini yang tidak dapat merasakan ‘mahalnya’ sebuah perkahwinan. Malah semacam takut untuk berkahwin. Kurang yakin berkahwin itu syok, membahagiakan dan dapat beri ketenangan zahir dan batin. Lalu hati kecilnya bertanya, “Kahwin untuk apa?” Dr. Shafie Md Amin al-Hafiz mengulas kemelut ini. Kahwin dilihat banyak timbulkan masalah, menyebabkan ada wanita yang rela tidak berkahwin.

Erti perkahwinan

> Perkongsian hidup yang disahkan oleh agama dan perundangan negara
> Suatu amanah yang disertai dengan tanggungjawab

Kahwin itu untuk apa ? Tujuan KAHWIN :

1) Memenuhi tuntutan agama; Mengikut Sunnah Rasulullah saw

Dalam hidup ini, kita tidak boleh menggunakan akal semata-mata. Perkahwinan itu sunnah Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah bersabda, ‘Siapa yang tidak mengikut sunnahku, bukanlah ia dari golonganku.’ Dengan mengikut sunnah Rasulullah dalam berumah tangga, ia akan melahirkan ketenangan jiwa dan raga. Kita lihat dari sudut positif dan jangan melihat dari sudut negatif. Bukanlah perkahwinan itu yang menyebabkan masalah tapi cara melaksanakannya.

Sebenarnya tak kahwin itu menyebabkan tidak tenang. Kalau Allah swt kata dengan berkahwin dapat ketenangan, Allah swt akan beri. Apa yang wanita selalu takut bila hendak kahwin? Takut risiko tidak dapat suami yang baik. Sebenarnya itu risiko kedua. Risiko pertama, celik mata saja kita tidak dapat berhubung, tidak dapat mengingati Allah swt.

Bila kita berhubung dengan Allah swt sepanjang masa, hati kita dipegang oleh hidayah Allah swt. Jadi, apa saja yang kita buat akan jadi amal soleh. Lalu Allah swt akan beri kehidupan yang baik (termasuk kehidupan berumah tangga). Kalau tak berhubung dengan Allah swt , syaitan akan berhubung dengan kita. Itu risiko kehidupan yang pertama.

Bila tak dapat buat amal soleh, datang risiko kedua – musibah. Atau Allah swt datangkan istidraj… kadang-kadang Allah swt beri badan yang sihat, harta yang banyak, diberi rezeki secara fizikal tapi tidak dapat rezeki dalam bentuk ketenangan. Ketenangan akan jatuh pada hati orang yang yakin pada Allah swt. Ini formula yang tidak boleh dilanggar.

Ada wanita yang belum kahwin-kahwin sebab “Belum ada jodoh” atau “Susah nak cari calon, maklumlah kita ni orang perempuan.” Apa jalan keluarnya?

Saya kata, you pinanglah orang lelaki! Perkara ini tidak salah. Siti Khadijah dulu pun pinang Rasulullah. Buatlah dengan cara yang betul, seperti melalui orang ketiga. Soalnya, macam mana usaha yang dibuat untuk dapat jodoh itu?

Usaha ada dua aspek iaitu :

a) Hablumminallah.
Kita baik dengan Allah swt dulu. Kenal pasti apa yang Allah swt suka. Lepas menyerahkan diri dengan Allah swt iaitu mengucap dua kalimah syahadah, kita dirikan solat. Solat biar yang betul-betul diterima Allah swt.
Betul rukun fi’li, rukun qauli dan rukun qalbinya. Kalau hendak tahu sama ada Allah swt terima atau tidak solat kita, lihat tindak-tanduk kita. Kita pun boleh rasa solat kita lalai atau tidak. Bila kita baik dengan Allah swt, kita minta pun dengan Allah swt . Allah swt akan pandu dalam usaha kita. Allah swt beri panduan Allah swt tidak akan menganiayai kita. “Sesungguhnya Allah swt tidak menganiaya kamu tetapi kamulah yang menganiaya dirimu sendiri,” maksud firman Allah swt .
Jadi usaha mesti dengan Allah swt dulu. Barulah kita boleh lakukan perubahan dalam hidup kita. Kita kena muhasabah. Kalau berlaku sesuatu pada diri kita, semak dulu macam mana diri kita dengan Allah swt.

Dalam membuat keputusan, kita susah hendak nilai. Kita terlalu lemah. Kadang-kadang kita ikut luaran saja, sebab itu tersalah pilih pasangan. Dalam soal ini, Allah swt kata, ‘Kau perlukan Aku’. Buatlah istikharah supaya dapat calon pilihan yang terbaik, yang boleh melahirkan kehidupan dan zuriat yang baik.
Ada wanita yang rasa rendah diri dan putus asa untuk kahwin sebab pernah dianiaya. “Dulu orang buat saya, orang sihir saya,” luahnya…

Kita jangan risau sangat apa yang orang hendak kenakan pada kita. Kalau kita baik dengan Allah swt , Allah swt tidak akan aniaya kita. Sebab itu asas tauhid sangat penting. Asas tauhid adalah asas untuk kenal siapa Allah swt – Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kaya… segala perbendaraan berada di tangan-Nya.
Maknanya, segala jodoh yang baik ada di tangan Allah swt . Allah swt juga maha pemurah. Jadi kalau kita ‘kawan’ baik dengan Allah swt , apa yang kita hendak bimbangkan? Sebab Yang Paling Kuat ada di sisi kita. Kita tak perlu takut dan bimbang. Mintalah supaya Allah swt pandu kita. Allah swt hanya akan memandu orang yang beriman.

b) Hablumminannas

Akhlaqul karimah dibangun di atas kerangka hubungan dengan Allah swt melalui perjanjian yang diatur dalam syari’atNya berkenaan dengan kewajiban menunaikan hak-hak Allah Ta’ala dan juga kerangka hubungan dengan sesama manusia melalui kewajiban menunaikan hak-hak sesama manusia baik yang muslim maupun yang kafir. Dari kerangka inilah kemudian diuraikan kriteria akhlaqul karimah . Hak-hak Allah swt itu ialah mentauhidkanNya dan tidak menyekutukanNya dengan yang lainNya. Yakni menunaikan tauhidullah dan menjauhi syirik , mentaati RasulNya dan menjauhi bid’ah (iaitu penyimpangan dari ajarannya). Dan inilah sesungguhnya prinsip utama bagi akhlaqul karimah , yang kemudian dari prinsip ini akhlaq Rasulullah saw dipuji dan disanjung oleh Allah Ta’ala dalam firman-Nya:“Dan sesungguhnya engkau (hai Muhammad) di atas akhlaq yang agung.” ( Al-Qalam : 4)Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah menerangkan tentang ayat ini:“Dan adapun akhlaq yang agung yang Allah swt terangkan bahwa iaitu ada pada Muhammad saw , pengertiannya adalah pengamalan segenap ajaran agama ini, iaitu segenap apa yang Allah swt perintahkan dengan mutlak.” ( Majmu’ Fatawa Ibnu Taimiyah jilid ke 10 halaman 658).Dalam pengertian yang demikian inilah akhlaq Rasulullah saw sebagai penafsiran yang sah bagi ajaran Allah swt yang ada di dalam Al-Qur’an, sebagaimana hal ini dinyatakan oleh Aisyah Ummul Mu’minin ra :“Akhlaq Rasulullah itu adalah Al-Qur’an.” (HR. Muslim ).Al-Imam Abi Abdillah Muhammad bin Muflih Al-Maqdisi rahimahullah dalam kitabnya Al-Aadaab Asy-Syar’iyyah menerangkan tentang pengertian daripada pernyataan A’isyah ini sebagai berikut:“Maksudnya ialah, bahwa beliau berpegang dengan adab-adab yang diajarkan oleh Al-Qur’an, dan segenap perintah yang ada padanya dan juga segenap larangannya, juga berpegang dengan apa yang dikandunginya dari kemuliaan akhlaq dan kebaikan perangai serta kelembutan.” ( Al-Aadaab Asy-Syar’iyyah , jilid ke dua hal. 194).

Bila hendak pilih jodoh, kita perlu merisik. Apa yang hendak dirisik?

Perkara pertama untuk kenal calon pasangan,

Kenali dan Fahami rohani, jasmani, jiwa dan raga calon pasangan.

~ rohani
Amalan kehidupan menurut ugama Islam yang mengikut empat rukun agama iaitu syariat, hakikat, tauhid dan makrifat.

~ jasmani
Tenaga jasmani yang terdiri dari makan minum daripada samada sumber halal, haram, sunat dan makhruh. Perkara yang halal dilakukan adalah amalan untuk membina kesihatan. Perkara haram ialah amalan membina penyakit. Perkara sunat adalah amalan menjaga kebersihan dan perkara makhruh pula adalah amalan membina kekotoran.

~ jiwa

يَٰۤأَ يَّتُهَا ﭐلنَّفْسُ ﭐلْمُطْمَئِنَّةُ (٢٧) ﭐرْجِعِىۤ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً

[Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Robb-mu dengan hati yang puas lagi diridhoi-NYA (Q.S. Al – Fajr (89): 27-28)]

Perkataan nafsu dalam ayat al Quran di atas sering diterjemahkan sebagai jiwa. oleh itu jiwa itu bolehlah di sebut sebagai nafsu. Jiwa itu adalah terbit dari tenaga raga yang dinyatakan oleh kehidupan jasmani yang menghayati kehidupan rohani.

~ raga

Keseimbangan raga boleh dilihat dengan parasrupa, gerakgeri dan tingkahlakunya.

Perkara kedua untuk kenal keluarga calon pasangan,

Jika inginkan rumahtangga yang sejahtera di dunia dan akhirat, faktor ini perlu diambil kira. Kita bukan hanya berkahwin dengan pasangan kita sahaja bahkan dengan keluarganya sekali !

2. Sebagai tanda komitmen terhadap pasangan, Pembentukan keluarga, melanjutkan zuriat dan keturunan.

Tanpa berkawin secara sah boleh menimbulkan pelbagai masalah kehidupan termasuklah dari segi agama, sosial, ekonomi, adat resam dan sebagainya.

3. Kesihatan untuk jiwa dan raga & Memenuhi keperluan biologi

Bila berkahwin, sudah tentunya ada hubungan fizikal untuk bersatu atau disebut bersetubuh. Ini merupakan satu riadah bagi tubuh badan untuk sihat di mana ia akan menguatkan jantung bagi kedua-dua pasangan suami isteri semasa aktiviti ini dilakukan. Terdapat beberapa faedah bagi kesihatan jika suatu persetubuhan itu dilakukan mengikut niat, adab dan kaedah yang betul.

4. Mencegah perbuatan maksiat atau zina.

Maksiat atau zina merupakan perbuatan yang boleh mendatangkan penyakit rohani, jasmani, jiwa dan raga.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s