Nafkah batin bukan sekadar seks

Nafkah batin bukan sekadar seks

Nafkah batin ialah hak bersetubuh bagi isteri. Ianya merupakan salah satu tanggungjawab seorang suami terhadap isterinya apabila beliau melangsungkan perkahwinan. Itulah asas kepada pengertiannya. Secara perincinya, nafkah batin itu, meliputi sedekah pada hati, perasaan dalam hati, sedekah pada jiwa bukan hanya pada tubuh, malah melebihi daripada itu.. Antara perkara yang termasuk dalam pengertian nafkah batin ini, meliputi mengauli isteri dengan baik dengan penuh mesra, bergurau senda, saling hormat menghormati antara satu sama lain, berbincang, dan saling menasihati antara suami dan isteri. Ianya menjadi santapan jiwa dan ianya telah dilakukan oleh Rasulullah saw dalam rumahtangga baginda sebagai contoh kepada umatnya…

Namun begitu, dalam sesebuah rumahtangga, terkadang timbulnya beberapa permasalahan yang kadang-kadang boleh menjejaskan kerukunan rumahtangga yang dibina… Suami terlalu cepat orgasme ( cepat klimaks) berbanding si isteri selalu memberi tekanan kepada isteri.

wanita malaysiaDalam Kosmo tahun 2009, ada memaparkan tajuk di muka depan, “wanita di Malaysia tak puas seks”. Itulah menggambarkan betapa permasalahan ini jika tidak di atasi pasti akan memberi masalah yang sangat besar. Kadar perceraian pasti akan meningkat dan lain-lain maslah sosial juga pasti akan berlaku.. spt “isteri makan luar” kecurangan ini berkait rapat ketidakpuasan dalam orgasme..

Apakah itu Orgasme?
Orgasme atau klimaks yang berlaku dalam hubungan seks suami dan isteri, hanya singkat saja berlaku tidak lebih daripada 6 saat. Tetapi sensasinya boleh sampai ke beberapa minit, bahkan beberapa jam. Sebab itulah hubungan seksual yang berkualiti, orgasme adalah sesuatu yang menenagkan perasaan dan jiwa seseorang sehingga tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Tapi tahukah anda beberapa teknik orgasme boleh dipanjangkan?

Masyarakat Perancis telah mendefinisikan orgasme sebagai “kematian kecil”. Asal perkataan orgasme ini ialah “orgamus” iaitu istilah daripada bahasa Yunani yang bererti “masak”, “membengkak” “berghairah” dan juga nembawa maksud ” orang yang bererti kuat..

Pakar-pakar dan ahli seks mengungkapkan bahawa orgasme merupakan rangsangan seksual 3 serangkai. iaitu, ghairah, rangsangan dan resolusi. Ketika orgasme berlaku, tekanan darah dan kadar denyutan jantung, sama ada lelaki dan perempuan meningkat sehingga mencapai titik yang tertinggi pada fasa orgasme. Perubahan fizikal juga terjadi seperti warna areoia payudara bagi wanita dan organ genital yang berubah menjadi warna kegelap-gelapan Oleh itu, ramai di kalangan lelaki berusaha untuk melambatkan orgasme dan mempecepatkan respons wanita selain berusaha untuk memperkuatkan orgasme pada kedua-dua jenis kelamin tersebut.

Seseorang suami yang bijak, pandai memainkan peranan, si isteri boleh orgasme berulang-ulang kali, melebihi 3 kali dalam satu-satu proses hubungan kelamin.. Menurut kajian yang dijalankan oleh beberapa pakar, banyak alasan yang membuatkan orgasme itu sangat dititikberatkan dalam hubungan seksual, iaitu dari segi menafaat terhadap kesihatan. Orgasme yang berkualiti meningkatkan tahap kardiovaskular, membuat kulit bercahaya, dan mempengaruhi tubuh secara keseluruhannya. Seorang suami yang bijak perlu mengetahui tanda-tanda si isterinya ghairah, demi menghasilkan kerukunan rumahtangga, sesebuah rumahtangga diharapkan kekal bahagia hingga ke syurga, jesteru itu..suami perlu pandai mainkan peranan…
LAKUKANLAH SENAMAN-SENAMAN, ( SENAMAN HARIMAU..)

Senaman Harimau adalah salah satu teknik untuk memberi menafaat pada suami dalam memenuhi tanggungjawab terhadap isteri. Isteri pasti suka dan tersenyum apabila melihat si suaminya melakukan teknik-teknik yang pasti akan membahagiakan isteri. Senaman Harimau menpunyai konsep pernafsan. Nafas ditarik dengan panjang bagi mengurut jantung. Nafas ditahan semasa melakukan senaman agar tenaga maksima dapat disalurkan ke anggota-anggota tertentu, seperti anggota zakar di dalam aktiviti senaman. Nafas dihembus sehingga tandus apabila selesai pergerakan dan nafas itu membawa bersama udara-udara beracun/toksid yang terperangkap di dalam anggota badan.. Akhirnya pasti membersihkan darah. Keberkesanan senaman ini dapat dikenalpasti secara terus apabila perlakuan sendawa atau membuang angin setelah selesai melakukan senaman. Daya sedar akan meningkat, muka menjadi lebih berseri. Dada menjadi lebih bidang dan otot-otot badan yang lain nya nampak lebih sasa dan mantap..

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s