Punca isteri tidak mahu disetubuhi.

Punca isteri tidak mahu disetubuhi

Keengganan isteri melayani suami tentu saja memiliki alasan. Sebab itulah seorang suami harus mengambil inisiatif untuk memahami alasan di sebalik penolakan isterinya. Secara umum, isteri kerap menolak ‘ajakan’ suami dalam keadaan seperti berikut:

1. Isteri Hamil
Postur tubuh isteri yang bertambah besar ditambah adanya janin yang membesar di dalam perut tentu agak menyulitkan melakukan senggama. Kerananya dalam keadaan hamil, hasrat seksual isteri cenderung menurun. Namun hubungan intim selama hamil dibenarkan agama.

Dalam Fatwa-fatwa Kontemporeri Tentang Problematika Wanita yang dikarang oleh Musa Shalih Syaraf, dibolehkan suami-isteri melakukan hubungan intim, kecuali jika ada pertimbangan kesihatan yang melarang sehingga menimbulkan beberapa bahaya bagi isteri. Yang demikian itu boleh saja dilakukan dengan meminta nasihat dari doktor pakar wanita (gyne) kerana masa-masa kehamilan itu dituntut mengikuti nasihat-nasihat medis.

2. Isteri Penat
Mengurus rumahtangga dan anak bukanlah perkara mudah yang boleh dilakukan dengan santai. Selain berkorban tenaga dan waktu, fikiran pun harus difokuskan penuh pada perkembangan anak. Mulai dari bangun tidur sampai kembali waktu tidur tiba. Tidak hairanlah jika tenaga atau energi isteri pun diperah habis habisan.

Apalagi isteri yang mempunyai peranan ‘berganda’. Selain sebagai ibu rumahtangga, isteri pun terlibat menampung ekonomi kehidupan keluarga.Tidak hairanlah jika ketika ada sedikit kesempatan istirehat, mereka lebih memilih rehat daripada mengurus diri sendiri, bahkan makan minum pakaian suami pun jarang diabaikan.

Maka sebagai suami bijak, sudah sepatutnya tidak terburu-buru menganggapi sikap isteri dengan amarah. Justru memahami kepayahan sang isteri boleh menjadi jalan terbukanya komunikasi yang baik. Pada akhirnya bahkan hubungan di atas ranjang pun tidak mudah terabai.

3.Isteri Sakit
Dalam masalah ibadah apa pun, sakit adalah uzur yang sangat mudah dimaklumi. Keadaan tubuh badan yang tidak ‘bersedia’ (fit) memang tidak memungkinkan seseorang itu beraktiviti cergas. Apalagi jika sakit itu sudah amat membahayakan. Sudah sepatutnya suami memahami keaadaan ini.

4. Isteri Haid
Bersenggama dalam keadaan isteri sedang haid adalah haram, sebagaimana al-Qur’an menyatakan, “Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, ‘Haid itu adalah suatu kotoran.’ Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid.” (QS. al-Baqarah: 222)

Alasan di sebalik pengharaman ini yang disebabkan darah haid itu memiliki bau yang tidak sedap dan dapat mendatangkan beberapa penyakit yang berbahaya bagi suami dan isteri. Namun, Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat, jika ada orang yang akhirnya melakukan senggama pada waktu haid, disunnahkan baginya bersedekah setengah atau satu dinar.
Hakikatnya hubungan seks bukanlah sekadar penyaluran syahwat. Hubungan seks antara suami-isteri juga merupakan ungkapan cinta kasih agar asas rumahtangga semakin kukuh.

Mengungkapkan rasa cinta tentu saja tidak boleh dengan bahasa kasar dan memaksa. Sebab itulah hadits berkaitan menggunakan lafaz da’aa (meminta, mengajak). Hal ini, bagi Lutfi, sekaligus menyanggah anggapan kalangan yang menyatakan bahawa perkosaan dalam rumahtangga itu ada. Adapun lafaz rajul (laki-laki, suami) sebagai subjek, tak lain merupakan ungkapan kebiasaan.

Jika hubungan seks telah sama-sama difahami sebagai keperluan bersama, akan sangat mudah merungkaikan segala halangan yang datang. Maka saat uzur syar’i seperti haid jadi halangan, tentu saja keduanya tetap boleh melakukan hubungan intim selama tidak memasuki wilayah yang dilarang (antara pusat-lutut).

Bahkan ketika salah satu pasangan tiada mood atau keinginan, boleh saja ghairah dibangkitkan selama keduanya sama-sama mahu terbuka membincangkannya. Perbincangan ringan dan santai bukan tidak mungkin melahirkan gurauan-gurauan mesra, yang pada akhirnya boleh membangkitkan ghairah untuk bercinta.

5. Dendam
Isteri yang pernah terluka apabila sang suami pernah curang terhadapnya. Terdapat juga lelaki yang masih fanatik dengan ungkapan “live begins at 40” secara ringkasnya suatu kehidupan yang ‘baru’ di mana kononnya dari sudut fisiologi hormon lebih aktif, personaliti lebih matang dan juga lebih disukai oleh wanita-wanita muda yang membuatkan mereka menjadi lebih nakal.

Maka, sikap terbuka dan berterus terang boleh membantu kedua pasangan merungkai segala permasalahan yang dihadapi.

Advertisements

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s