Merancang untuk mendapatkan zuriat ?

Bermula dari berkawan hingga menjalin kasih sayang, diikuti pula bernikah kawin bagi menghalalkan perhubungan di antara lelaki dan perempuan untuk bersatu atau bersetubuh dan seterusnya jika telah bersedia untuk menerima ‘orang baru’ serta bagi melengkapi sebuah keluarga, maka bermulalah pula proses persenyawaan bagi melahirkan bibit cinta atau zuriat di antara suami isteri.

Merancang untuk mendapatkan zuriat

Merancang untuk mengandung?

Keputusan untuk mengandung adalah suatu keputusan yang penting dan memerlukan perancangan yang rapi. Sesetengah daripada wanita hari ini selalu menganggap ianya mudah dan lebih bersikap berharap dan berserah.

Wanita perlu tahu masa serta keadaan yang sesuai untuk dia hamil agar – dirinya mampu menghadapi sebarang tekanan atau perubahan dari segi mental, fizikal atau lebih tepat lagi persediaan rohani, jasmani, jiwa dan raga; malahan ia juga memerlukan ekonomi rumahtangga yang stabil untuk persediaan ke arah kekeluargaan yang sejahtera.

Secara normalnya tempoh kesuburan seseorang wanita akan berlangsung sehingga berumur 48 tahun iaitu apabila putus haid. Oleh itu wanita hanya boleh hamil untuk jangka masa 36 tahun (dari 12- 48 tahun sahaja).

Malah wanita perlu tahu yang terdapat beberapa risiko lain yang akan berlaku sekiranya anda hamil pada usia yang agak lanjut untuk hamil iaitu antara 35-48 tahun terutamanya jika mereka mengalami penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

Selain itu, untuk hamil wanita mestilah subur dan berkeupayaan mengeluarkan telur atau benihnya (ovulating). Benih wanita hanya keluar sekali dalam satu pusingan haid dan pada waktu yang tertentu sahaja.

Ini kerana waktu pengeluaran benih ini digelar waktu subur atau ‘ <em>fertile period ‘. Untuk itu persetubuhan dengan suami perlu dilakukan pada waktu subur bagi menjayakan kehamilan atau menjauhkan diri waktu ini untuk mengelak kehamilan.

Jadi setiap pasangan suami isteri perlulah merancang bilakah masa terbaik untuk hamil.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s