Ketulan di ketiak (Armpit Lump)

Apa itu ketulan di ketiak (Armpit Lump) ?

Suatu ketulan atau ‘biji’ di ketiak adalah merujuk kepada pembesaran saiz sekurang-kurangnya salah satu daripada nod-nod limfa (Lymph nodes) yang berada di bawah ketiak. Nod-nod limfa bersaiz kecil; kelenjar yang berbentuk oval yang terdapat di tubuh badan manusia pada tempat-tempat yang tertentu dan memainkan peranan yang sangat penting dalam sistem kekebalan/ imun manusia.

Ketulan ketiakKetulan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau wanita tanpa mengira usia dan status. (bujang atau berkawin)

Ketulan tersebut mungkin dirasakan kecil, atau jelas kelihatan bagi sesetengah kes. Ketulan di ketiak terjadi mungkin disebabkan oleh sista (cyst), jangkitan kuman atau luka akibat semasa bercukur atau pun penggunaan penyahbau ketiak (antiperspirants). Walau bagaimana pun, ketulan-ketulan ini juga merupakan gejala awal keadaan penyakit yang lebih serius.

Sebab-sebab terjadinya ketulan di ketiak

Kebanyakan ketulan-ketulan yang terjadi adalah tidak membahayakan dan biasanya ia adalah dari pertumbuhan tisu yang tidak normal. Walau bagaimanapun, ketulan di ketiak ini berhubung kait dengan penyakit yang lebih berbahaya kepada kesihatan.

Penyebab yang biasa terjadinya ketulan di ketiak ialah :

> Jangkitan bakteria
> Tumbuhnya tisu lemak yang tidak berbahaya (lipomas)
> Reaksi terhadap alahan
> Reaksi negatif terhadap vaksin
> Jangkitan virus
> Pertumbuhan jaringan tisu bukan kanser (fibroadenoma)
> Kanser payudara
> Kanser sistem limfatik (lymphoma)
> Kanser darah di tulang sumsum (leukemia)

Ketulan di ketiak pada wanita

Seperti yang telah dikatakan awal tadi bahawa ketulan ini boleh terjadi kepada lelaki dan juga wanita tanpa mengira usia. Bagaimanapun, ini kebanyakannya bagai memberi amaran kepada kaum hawa sebab ini merupakan gejala kanser payudara.

Ketulan ketiak

Setiap wanita perlu prihatin terhadap kesihatan payudara masing-masing di mana perubahan hormon akan berlaku semasa kitaran haid dan dan payudara mungkin cenderung merasa lebih lembut atau kental ketika ini. Ini adalah perkara biasa. Untuk mendapat hasil yang lebih tepat, buatlah pemeriksaan payudara sendiri kira-kira satu minggu selepas haid bermula.

Mendiagnosis ketulan di ketiak

Satu pemeriksaan menyeluruh merupakan langkah pertama yang harus dilakukan dalam mendiagnos ketulan di ketiak. Biasanya doktor perubatan akan bertanyakan soalan samada terdapat apa-apa perubahan, jika terdapat kesakitan pada zon ketulan tersebut,. Rabaan, tekanan atau urutan, digunakan untuk mengukur ketekalan dan tekstur ketulan tersebut sekaligus . Kaedah ini dilakukan dengan tangan, cara yang lembut bagi memeriksa nod-nod limfa.

Dalam sesetengah kes, pemeriksaan menyeluruh ini mungkin hanya boleh memastikan bahawa ketulan ini tidak berbahaya. Contohnya, bagi mereka yang mempunyai ketulan benigna (benign lumps) seperti lipoma, tidak memerlukan rawatan tambahan.

Tetapi jika ketulan ini amat mengganggu si penderita, maka, doktor akan mencadangkan agar ketulan itu dibedah untuk membuangkannya.

Berdasarkan keputusan pemeriksaan fizikal anda, doktor boleh mengarahkan anda supaya lakukan ujian lanjut untuk menyingkirkan jangkitan, tindak balas alahan, atau perubahan kanser. Doktor anda mungkin arahkan untuk menggabung ujian diagnosis termasuklah :

~ kiraan darah yang lengkap untuk mengira bilangan sel-sel darah merah dan putih dalam sistem dada atau X-ray payudara

~ (mammogram) : ujian pengimejan ketulan yang akan membolehkan doktor untuk melihat dengan lebih baik.

~biopsi (mengambil tisu-tisu kecil daripada ketulan tersebut bagi ujian yang akan dibuat.

~ Ujian alahan

Merawat ketulan di ketiak cara moden

Cara rawatan dan cadangan doktor bergantung kepada penyebab ketulan yang anda hadapi. Jangkitan bakteria biasanya dirawat dengan pengambilan pil antibiotik.
Setelah beberapa hari, ketulan di ketiak akan mula hilang bila sistem badan anda melawan jangkitan tersebut. Jika ketulan anda adalah disebabkan oleh alahan, anda dinasihatkan agar menghindari perkara-perkara yang berhubungkait dengan alahan .
Dalam kebanyakan kes ini, penderita ketulan di ketiak tidak memerlukan sebarang rawatan.

Rawatan di rumah seperti tuaman dengan batu atau air panas dan urutan terapi boleh digunakan untuk meringankan sakit atau ketidakselesaan.

Ketulan yang tidak memerlukan sebarang rawatan termasuklah :
– Lipoma
– Jangkitan virus
– fibroadenoma (ketulan payudara bukan kanser)

Sumber : http://www.healthline.com

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s