Apa Itu Strok Haba Dan Cara Pencegahannya

Apa Itu Strok Haba Dan Cara Pencegahannya

Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks dua kali setiap tahun pada bulan Mac dan September. Pada ketika itu matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa dengan suhu paling panas terutama pada pukul 12 tengah hari sehingga 3 petang.

Rentetan dari keadaan suhu yang tinggi, kita boleh terdedah pada strok haba atau ‘heat stroke’ iaitu paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius. Suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celcius.

Apabila kepanasan dirasai badan, kita akan alami proses berpeluh bagi menyejukkan badan kita. Ia adalah satu proses yang normal tetapi jika berterusan ia akan menyebabkan kandungan air dalam badan berkurangan yang sekaligus akan berpotensi menyebabkan dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak dan organ dalam badan, koma dan seterusnya kematian.

Strok haba ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan juga haiwan peliharaan. Hipertermia ialah keadaan seseorang mengalami penyakit yang dikaitkan dengan kepanasan. Risiko hipertermia lebih tinggi buat warga tua, pesakit diabetes, orang obese dan pesakit yang menghidap hipertiroidisme. Maka, penting untuk ambil tahu tanda-tanda awal strok haba, cara rawat mangsa strok haba dan cara pencegahan strok haba.

Tanda awal strok haba:

> Sakit kepala berdenyut
> Mual
> Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
> Denyutan nadi yang pantas
> Otot lemah dan kejang
> Muntah/rasa hendak muntah
> Kulit kering dan kemerahan
> Sawan
> Pitam
> Tangan dan kaki menjadi sejuk

Cara rawat mangsa strok haba:

1) Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
2) Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
3) Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
4) Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
5) Mangsa ditempatkan di bawah kipas
6) Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
7) Rendam mangsa di dalam kolam air
8) Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
9) Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Cara pencegahan strok haba:

~ Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
~ Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
~ Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
~ Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
~ Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen

Sumber : http://www.thevocket.com/

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s