Gaya Hidup Menentukan Kualiti Hidup Dan Kesihatan Tubuh Kita

Jika anda menjalani pola hidup yang sihat, maka kesihatan anda akan tetap terpelihara hingga usia tua. Namun jika anda mempunyai gaya hidup yang tidak sihat dan anda tidak segera mengubahnya, maka bukanlah hal yang mustahil jika serangan penyakit boleh datang secara tiba-tiba, tidak menunggu usia anda menjadi tua.

Gaya hidup yang anda jalani saat ini turut menentukan kualiti hidup dan kesihatan tubuh anda, berikut adalah gaya hidup berbahaya bagi kesihatan tubuh yang sayangnya seringkali tidak anda sedari sehingga anda tidak merubahnya.

1. Telefon bimbit (handphone) dan bantal
BAHAYA TIDUR DENGAN TELEFON BIMBIT
Menurut sebuah penelitian kesihatan, dilaporkan bahawa 8 dari 10 orang tidur dengan meletakkan telefon bimbit di samping atau bawah bantal. Mereka tidak menyedari akan bahaya kesihatan yang terjadi di baliknya. Salah satu contohnya adalah pancaran ‘light blue’ dari layar telefon bimbit. Sinar ini boleh merosakkan kesihatan mata serta otak. Penelitian telah membuktikan bahawa ‘light blue’ yang mengenai otak akan menekan sekresi hormon melatonin di malam hari yang boleh mengganggu kualiti tidur anda.

Untuk menghindari hal ini, jangan letakkan telefon bimbit di bawah bantal atau di sisi anda ketika tidur. Letakkan minimal 20cm dari bantal anda untuk mengurangi radiasi sebesar 98%. Selain cara tersebut, sebenarnya mematikan telefon bimbit adalah cara yang terbaik.

2. Kitaran Haid Bulanan
Kebanyakan wanita cenderung mengabaikan penangguhan atau kitaran haid yang tidak menentu yang terjadi dalam kitaran haid bulanan mereka. Penyimpangan tersebut termasuk kitaran haid yang tidak teratur, nyeri berlebihan (senggugut) dan serangkaian gejala lainnya. Padahal hal tersebut boleh menjadi gejala awal bagi penyakit puan seperti mioma (Miom adalah pertumbuhan di dalam atau di sekitar uterus (rahim) yang tidak bersifat kanser atau ganas. Miom dikenal juga dengan nama mioma, uteri fibroid atau leiomioma. Miom berasal dari sel otot rahim yang mulai tumbuh secara abnormal. Pertumbuhan inilah yang akhirnya membentuk tumor jinak), tumor (ketumbuhan)bahkan kanser.Kitaran haid tidak menentu atau senggugut

“Selalu catat kitaran haid bulanan anda. Sehingga anda boleh memantau apakah jadual bulanan anda teratur atau tidak. Dan ketika anda menemukan ada yang tidak betul, segera kunjungi ginekologi untuk mendapatkan nasihat pakar sakit puan atau terapis urut tradisional yang berpengalaman bagi sengkak peranakan.

3.Duduk terlalu lama

Duduk terlalu lama
Tanpa disedari bahawa duduk terlalu lama boleh juga mengundang munculnya berbagai macam penyakit kronik. Salah satunya adalah sakit punggung. Bahkan sekitar 7 dari 10 orang harus mengunjungi klinik fisioterapi untuk mengubati kelainan tulang belakang mereka yang disebabkan kerana duduk terlalu lama.

Selain merosak bentuk tubuh, duduk terlalu lama mampu memicu kegemukan yang menjadi gejala awal penyakit kronik. Oleh kerana itu, jika pekerjaan anda mengharuskan anda untuk duduk terlalu lama, selalu luangkan masa aktiviti raga(fizikal) seperti berjalan kaki untuk menjaga kesihatan tubuh anda.

4.Kesihatan kulitJaga Kesihatan kulit
Sebahagian besar dari anda mungkin merasa bahawa kulit tidak perlu diberi perhatian dan tidak penting sama sekali. Padahal anda tidak tahu bahawa sinar matahari yang terik mampu menimbulkan tompokam di kulit yang berujung dengan munculnya kanser kulit. Oleh sebab itu, cuba prihatin kepada diet dan faktor makan minum anda agar mendapat kulit yang sihat serta selalu prihatin untuk mencuci kulit bagi membersihkan darah daging untuk membina kesihatan mencegah penyakit.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s