PENYAKIT PUAN : Kanser Serviks

penyakit puan
Kanser Serviks

Kanser serviks atau lebih dikenali sebagai kanser pangkal rahim merupakan kanser kedua tertinggi menyerang kaum wanita selepas kanser payudara.

Pertubuhan Kesihatan Seduni (WHO) telah melaporkan bahawa setiap tahun lebih 700 wanita di Malaysia meninggal disebabkan kanser serviks.

Punca Kanser Serviks

Berpunca daripada timbunan kotoran/ racun tubuh badan yang mencemari darah serta menyumbati aliran darah ke bahagian sistem reproduksi hingga terjadinya barah manakala;

– Masih menjadi misteri
Kajian saintis – Human Papilloma Virus ( HPV )
`~ Merupakan penyebab terjadinya prakanser dan kanser servik
~ Lebih dari 100 jenis HPV dan 99.7% daripada kes-kes kanser serviks mempunyai kaitan secara langsung dengan virus HPV jenis 16 dan 18 sementara jenis 6 dan 11 pula dikaitkan dengan ketuat kelamin.
~ Jangkitan HPV berlaku tanpa disedari. Ia tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala klinikal dan akan sembuh dalam tempoh 9 hingga 12 bulan.
~ Dianggarkan 20 peratus dari mereka yang dijangkiti akan mendapat jangkitan kronik HPV yang berlarutan melebihi tempoh 18 bulan.

Kanser servik mengambil masa yang agak lama untuk membentuk dari bermula jangkitan sehingga menjadi prakanser adalah dianggarkan melebihi 5 tahun dan dari prakanser kepada kanser serviks akan mengambil masa sehingga 10 tahun atau lebih.

Punca

Virus HPV boleh berjangkit melalui :

> Hubungan seksual
~ Hubungan seksual berlaku di awal remaja
~ Mempunyai pasangan seks yang ramai

> Sentuhan antara kulit di kawasan genital
~ Pernah dijangkiti penyakit-penyakit kelamin (STD)
> Merokok
> Kerap hamil
> Jangkitan HIV akibat sistem imuniti yang rendah

Siapa yang Berisiko?

> Wanita dalam usia 40-an & 50-an

Gejala-gejala yang Perlu Diawasi

> Apabila mengalami perdarahan yang luar biasa dari vagina (bukan haid)
> Berlaku perdarahan yang banyak dan yang berpanjangan
> Berlaku perdarahan di antara 2 haid
> Terdapat kehadiran darah beku
> Mengalami perdarahan selepas hubungan seksual
> Sakit semasa melakukan hubungan seksual
> Perdarahan dari vagina selepas putus haid
> Keluar cecair yang luar biasa dari vagina
> Berbau atau bercampur darah

Tidak semua gejala di atas adalah tanda-tanda kanser serviks namun masih perlu diawasi

Pencegahan

1. Menjalani ujian saringan pap smear
2. Mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti senaman dan pemakanan seimbang.
3. Pengambilan buah-buahan dan sayuran mengandungi banyak antioksida – Boleh membantu mencegah kanser
4. Menjauhi tabiat merokok.
5. Setia kepada pasangan
~ Mengamalkan hubungan seks yang sah dan sihat.
~ Jauhkan dari melakukan seks secara rambang atau dengan ramai pasangan
6. Menjauhi amalan-amalan yang tidak sihat
7. Kaedah pelalian dengan pengambilan vaksin HPV – Vaksin Gardasil dan Cervarix
~ Supaya untuk mencegah jangkitan terhadap virus HPV.
~ Telah diluluskan oleh FDA
~ Perlu diberi sebanyak 3 kali dalam masa 6 bulan kepada wanita seawal usia 9-26 tahun.
~ Meransang sistem pertahanan badan untuk menghasilkan antibodi terhadap virus HPV yang terkandung dalam vaksin tersebut.
~ Menghalang kemasukan atau jangkitan virus HPV ke atas wanita tersebut.
~ Kesan maksima daripada vaksin ini cuma akan diperolehi oleh wanita yang belum terdedah kepada hubungan seks.
~ Cuma mencegah 70% daripada kanser serviks

Cara Mengesan Kanser

1. Pap Smear
~ Untuk mengesan sel-sel serviks yang abnormal atau berkanser
~ Berjaya mengurangkan kematian akibat kanser serviks dengan banyaknya sejak ia digunakan secara meluas pada dekad 1950-an
~ Kadangkala, ia tidak dapat mengesan keabnormalan serviks

Rawatan

~ Pembedahan
~ Rawatan Radioterapi
~ Rawatan Kemoterapi

Mencegah lebih baik dari merawat.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s