Simptom angin pasang bagi lelaki

Kes angin pasang bukan saja berlaku kepada orang dewasa, namun pada masa sama, ia turut berlaku kepada kanak-kanak.

Kes angin pasang kanak-kanak berlaku dengan kekerapan tiga hingga lima kes daripada setiap 100 kelahiran atau bersamaan tiga hingga lima peratus.

Ia lebih kerap berlaku kepada anak lelaki berbanding perempuan manakala 60 peratus daripadanya berlaku pada bahagian kanan inguinal berbanding bahagian kiri. Kira-kira 10 hingga 15 peratus kes membabitkan kedua-dua bahagian (bilateral).

Kes angin pasang lebih kerap berlaku kepada anak yang dilahirkan pramatang dengan kadar 40 hingga 55 peratus disebabkan proses perkembangan bayi yang masih belum sempurna.

Apakah penyebab penyakit ini?

Sewaktu janin terbentuk, untuk bayi lelaki, testis awalnya berada pada aras yang sama dengan ginjal dan organ testis akan bergerak ke arah kantung zakar mengikut panduan struktur gubernaculum, di bawah pengaruh beberapa hormon.

Pergerakan testis ini terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa abdomen dan fasa inguinal. Apabila struktur gubernaculum tiba di kawasan inguinal, ia akan melalui dan menarik selaput peritoneum yang kemudian dikenali sebagai selaput processus vaginalis.

Selaput processus vaginalis secara amnya akan mengecut dan tertutup dengan sendiri ketika usia bayi 36 hingga 40 minggu dalam kandungan. Kegagalan selaput ini untuk mengecut dan tertutup menyebabkan adanya saluran yang berhubung antara kawasan abdomen dan kantung zakar.

Jika lubang kepada saluran itu halus, maka hanya unsur seperti air yang boleh melaluinya dan keadaan ini dikenali sebagai hydrocoele.

Bagaimanapun, jika lubang pada selaput itu besar iaitu keadaan angin pasang atau inguinal hernia, struktur seperti usus, kilang ovari dan pundi kencing mempunyai potensi untuk masuk ke dalam selaput ini dan tersumbat.

Simptom awal 

– Kawasan ari-ari (inguinal) atau kantung zakar yang bengkak.

– Kawasan bengkak biasa berlaku ketika anak menangis, berlari atau meneran dan bengkak itu boleh kekal atau surut selepas aktiviti terbabit.

Simptom kronik

– Bengkak yang tidak surut disertai dengan keadaan anak tidak selesa dan kesakitan.

– Perut kembung disusuli muntah- muntah.

Kaedah rawatan

Menurut pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby, tiada rawatan alternatif yang boleh mengubati penyakit ini melainkan pembedahan yang di panggil herniotomy sekiranya si kecil anda sudah disahkan menghidapi angin pasang.

Keadaan ini berbeza sekiranya anak anda mempunyai penyakit hydrocoele kerana lubang pada selaput hydrocoele adalah kecil dan kandungan kawasan bengkak hanyalah air dan ia tidak membawa risiko bahaya kepada anak anda.

“Segeralah bawa anak anda bertemu pakar sekiranya mendapati mereka mempunyai tanda awal angin pasang bagi memastikan ia dapat dirawat segera.

Pada masa sama, perlu diingatkan tidak ada sebarang teknik urutan atau kaedah rawatan tradisional yang dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya dan kaedah rawatannya adalah menerusi pembedahan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Februari 2015 @ 1:07 PM

siti_nadirah@hmetro.com.my

https://assets-hmetro-com-my.cdn.ampproject.org/i/s/assets.hmetro.com.my/images/articles/angin01.transformed_0.jpg

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s