Penyakit jantung tanpa gejala ?

Pernah dengar orang sakit jantung tapi tiada gejala atau penyakit kronik?
.
Anda pun tahu, kalau kurang bersenam dan diet yang tidak baik boleh menyebabkan sakit jantung. Rupanya banyak lagi perkara yang kita tidak tahu yang boleh menyebabkan sakit jantung.
.
Berikut adalah beberapa punca yang telah dikaji ada kaitan dengan penyakit jantung:

๐Ÿ“Œ Masalah dental
Waahhโ€ฆ.
.
Tak sangka masalah dental boleh menyebabkan penyakit jantung. Bagaimana tu? Perkaitannya masih dalam kajian.
.
Ada hipotesis menyatakan bahawa gusi yang penuh bakteria, masuk ke dalam darah dan menjadikan salur darah kita rosak akibat radang termasuk jantung! Jadi setiap 6 bulan jumpa doktor gigi atau untuk periksa gigi.

๐Ÿ“Œ Kerja shift
Menurut kajian daripada Western Univeristy di Canada, kerja pada waktu malam atau waktu yang tidak tetap ini boleh meningkatkan risiko sakit jantung.
.
Pengkaji menyatakan kerja shift ni memberikan impak negatif pada ritma sirkardian yang mungkin boleh menyebabkan masalah jantung.
.
Jika anda tidak bekerja pada waktu biasa, pastikan anda ambil langkah pencegahan seperti tidur mencukupi, rehat, diet yang baik dan bersenam.

๐Ÿ“Œ Trafik jam
Bila dah masuk fasa PKPP (pemulihan) ini, mula lah jalan raya jam balik tak. Ianya kondisi yang sangat stress! Kajian menunjukkan jika kita berada dalam trafik selama sejam, ianya meningkatkan risiko untuk dapat sakit jantung.
.
Bunyi bising di atas jalan juga dikaitkan dengan sakit jantung. Kalau boleh, ambillah flexi hour, jangan bergegas pada waktu puncak dan dengar musik radio yang menenangkan. Kalau ada kawan di sebelah, ajaklah berbual.

๐Ÿ“Œ Menopaus awal
Anda seorang wanita, dan menopaus sebelum umur 46, anda berisiko untuk mendapat sakit jantung dua kali lebih tinggi berbanding yang menopaus selepas 46.
.
Estrogen memainkan peranan penting dalam risiko jantung. Bolehlah lakukan pemeriksaan seperti kolesterol, gula, darah tinggi di klinik kesihatan setiap tahun.

๐Ÿ“Œ Berdengkur
Jika pasangan anda kata anda kuat berdengkur, anda mungkin kerap mengalami masalah bernafas sewaktu tidur. Ini dipanggil apnea tidur. Ianya terjadi jika salur pernafasan anda menguncup disebabkan otot lidah dan tengkuk menghempap saluran udara tersebut.
.
Keadaan ini dikaitkan dengan penyakit darah tinggi, berdebar-debar, jantung berdegup tidak sekata, strok, dan lemah jantung. Merawat apnea tidur boleh mengurangkan risiko dan merawat darah tinggi.

๐Ÿ“Œ Hepatitis C
Jika anda ada penyakit hepatitis C, anda mungkin mengalami kolesterol rendah dan tekanan darah yang rendah. Walaupun rendah, anda mempynyai risiko yang lebih tinggi untuk jantung.
.
Mengapa? Kajian menyatakan virus ini boleh menyebabkan radang hati, dan juga di tempat lain seperti jantung! Berbincang dengan doktor anda tentang perkara ini ya.

๐Ÿ“Œ Tidur tak berkualiti
Jika anda dengan kerap tidur kurang dari 6 jam, anda mempunyai risiko penyakit darah tinggi dan kolesterol. Ianya juga meningkatkan risiko anda untuk mendapat diabetes dan obes.
.
Keadaan ini semuanya boleh memberikan kesan kepada jantung! Namun ini tidak bermakna anda perlu tidur secara berlebihan. Kajian juga menunjukkan jika anda tidur melebih 9 jam secara terlentang, ianya akan meningkatkan risiko untuk anda mendapat diabetes dan strok.
.
Jadi untuk menjaga jantung, badan dan otak, anda tidur selama 7-9 jam ye.

๐Ÿ“Œ Perkahwinan yang tak bahagia
Pasangan yang sepadan dan hidup bahagia adalah sangat baik untuk jantung. Kajian menunjukkan kalau anda tak bahagia, anda terdedah dengan stress.
.
Bila stress, anda tidak jaga diet, anda tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Hormon stress yang berlebihan pun boleh menyebabkan masalah jantung. Jadi kalau ada masalah pasangan, bawa-bawalah berbincang dengan kaunselor atau terapis.

๐Ÿ“Œ Kesunyian
Jika anda menghabiskan masa dengan orang tersayang, ianya akan mengurangkan stress. Kesunyian menyebabkan anda lebih tinggi untuk dapat sakit jantung.
.
Jika anda dekat dengan keluarga atau kawan rapat, cubalah berhubung dengan mereka. Atau pelihara kucing. Pemilik haiwan memiliki kesihatan jantung yang lebih baik dan hidup lebih lama juga.

๐Ÿ“Œ Terlalu lama menonton TV
Individu yang asik menonton TV tidak bergerak dan sangat berisiko untuk mendapat sakit jantung. Setiap jam anda melihat TV, meningkatkan risiko setinggi 20%. Jadi bawa-bawalah berdiri setiap jam, berhenti seketika TV, regangkan otot selama 5-10 minit.

๐Ÿ“Œ Terlalu banyak senaman sekaligus
Senaman bagus untuk kesihatan. Tapi kalau anda baru nak bermula sebab nak dapatkan berat ideal dan jaga kesihatan, mula secara perlahan.
.
Mula perlahan dan tingkatkan senaman secara berperingkat. Jangan sekaligus. Jika anda senam terlalu lama dan terlalu sukar, dikhuatiri ianya boleh menyebabkan masalah jantung. Jadi, mulakan dengan berjalan perlahan dahulu ye.

Jadi anda sudah tahu pelbagai keadaan lain yang boleh menyebabkan masalah jantung kan?
.
Kongsikan info ini pada kawan anda agar mereka juga tahu. Semoga ianya bermanfaat.

Sumber : Public Health Malaysia

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s