Manfaat Biji Selasih untuk Kesihatan, Kesuburan & Kecantikan

Assalamualaikum dan selamat pagi. Dah lama admin tak update posting . Hari ni nak cerita tentang biji selasih pula.

Memanfaatkan biji-bijian untuk dijadikan makanan yang baik untuk kesihatan bukanlah suatu hal yang baru. Di katakan salah satu yang terkenal khasiatnya adalah biji selasih.

Biji yang ukurannya sangat kecil ini berasal dari tumbuhan basil. Walaupun ukurannya kecil, biji selasih memiliki banyak manfaat untuk kesihatan manusia, seperti memperkuat sistem kekebalan tubuh serta meningkatkan kesuburan wanita maupun lelaki.

Biji selasih yang kering (hitam) dan yang telah direndam dalam air.

Selama ini kita mengenal biji selasih hanya sebagai bahan pelengkap dalam sajian minuman sahaja . Dikatakan, selain menambah kesegaran minuman, ternyata ini manfaat biji selasih yang luar biasa.

Manfaat Biji Selasih untuk Kesihatan.

1. Turunkan Berat Badan

Biji selasih dikatakan boleh menjadi salah satu pilihan makanan kegemaran para wanita yang susah menurunkan berat badan. Biji selasih boleh menurunkan berat badan, kerana kandungan serat yang sangat tinggi, yang boleh membuatkan kita merasa kenyang lebih lama !

2. Tingkatkan Penglihatan

Kandungan vitamin A yang tinggi pada biji selasih dipercayai mampu meningkatkan kesihatan mata. Vitamin A pada biji selasih bertindak sebagai antioksidan kuat untuk retina mata yang dapat mencegah perkembangan katarak dan degenerasi makula.

3. Mencegah Kolesterol

Cara yang tepat untuk mengatasi kolesterol tinggi adalah dengan mengambil makanan berserat seperti oatmeal dan juga biji selasih. Dengan kombinasi keduanya-duanya kolesterol baik ; “high density lipoprotein (HDL) “ boleh meningkat dan kesihatan jantung terjaga.

4. Mengandungi Omega-3

Manfaat yang terdapat pada omega-3 tidak perlu diragukan lagi untuk kesihatan tubuh badan kita. Tidak hanya terdapat pada ikan saja, tapi kandungan omega-3 juga terdapat pada biji selasih !

Omega-3 adalah salah satu asid amino yang sangat bermanfaat untuk tubuh. Zat ini mampu bekerja untuk melindungi beberapa jenis organ seperti jantung dan juga otak.

5. Mengawal Asid Perut.

Ketika asid perut sedang meledak, pasti hal ini akan sangat mengganggu aktiviti harian kita. Dengan itu, kita boleh memakan biji selasih, kerana ia dapat menenangkan kerja perut kita serta membuang asid penyebab kembung.

6. Tingkatkan Kesihatan Tulang

Oleh kerana banyaknya kandungan vitamin di dalam biji selasih seperti Omega-3, Vitamin A, dan berbagai jenis vitamin lainnya termasuk berbagai mineral dalam biji selasih, zat besi, kalium, tembaga, kalsium, yang bermanfaat untuk meningkatkan kepadatan mineral tulang.

Hal ini akan menurunkan risiko osteoporosis, membuat seseorang merasa muda, dan kuat seiring bertambahnya usia.

7. Menghilangkan Stres

Tidak hanya boleh diambil untuk makan minum sahaja bahkan, biji bunga kemangi ini boleh juga dijadikan sebagai bahan aromaterapi, kerana biji selasih ini memiliki efek menenangkan dan dapat memperbaiki suasana hati.

Selain itu, biji selasih atau biji bunga kemangi dapat menyembuhkan keletihan , saraf tegang, migrain dan mengurangi depresi (tekanan). Cubalah !

8. Ubat Batuk dan Flu

Kerana memiliki kandungan antioksidan flavonoid berupa vicenin dan beta karoten yang berfungsi untuk daya tahan tubuh. Kandungan tersebut bermanfaat untuk mematikan berbagai jenis bakteria dan virus penyebab penyakit.

Bukan hanya itu saja, sifat antispasmodik pada biji selasih juga berfungsi untuk meredakan batuk yang lambat pulih !.

9. Mengatasi Insomnia

Gangguan susah tidur atau disebut ‘insomnia’ boleh terjadi pada sesiapa sahaja. Biasanya jika sukar tidur, kita akan mengambil ubat tidur, tapi perlu diketahui hal ini boleh menimbulkan kesan sampingan pada kesihatan buah pinggang (ginjal)

Untuk kamu yang susah tidur, boleh menggantikan kebiasaan meminum ubat dengan rutin pengambilan makanan dan minuman yang mengandung biji selasih, kerana memiliki manfaat untuk mengurangi rasa gelisah yang berlebihan atau susah tidur.

10. Menyembuhkan Sakit Kepala

Ketika sedang sakit kepala, pasti hal ini akan sangat mengganggu. Untuk yang sering pusing, kamu boleh mengambil 5 gram biji selasih yang sudah direbus dengan air panas dan tambahkan madu.

Manfaat Biji Selasih untuk Kesuburan

11. Meningkatkan Pertumbuhan Sel Sperma

Pengkaji merekodkan bahawa biji selasih boleh bermanfaat untuk meningkatkan kesuburan lelaki. Kerana biji ini mengandung zat afrosidiak yang berguna meningkatkan pertumbuhan sel sperma dan menambah masa hidupnya.

12. Menyihatkan Janin dalam Kandungan

Biji selasih mengandungi nutrisi yang diperlukan untuk perkembangan janin dalam kandungan. Seperti meningkatkan perkembangan organ-organ penting, pembentukan tulang, serta menurunkan risiko kecacatan ketika kelahiran bayi nanti, in shaa Allah.

Manfaat Biji Selasih untuk Kecantikan

13. Menjaga Kesihatan Rambut

Sudah menjadi impian semua orang untuk memiliki rambut yang kuat dan sehat. Nah, dengan konsumsi biji selasih secara teratur akan meningkatkan pembentukan kolagen di dalam tubuh yang akan melembabkan kulit rambut.

Tak hanya dikonsumsi saja, biji selasih juga bisa digunakan sebagai campuran minyak kelapa dan dapat memperkuat serta mempercepat pertumbuhan rambut.

14. Mencegah Munculnya Jerawat

Kerana memiliki kandungan anti antioksidan maka biji selasih mampu menghilangkan kotoran di dalam tubuh yang dapat memicu timbulnya jerawat.

15. Mengurangi Flek Hitam di Wajah

Kandungan antioksidan pada biji selasih juga memiliki manfaat untuk mengencangkan dan mengurangi flek-flek hitam pada wajah akibat paparan sinar matahari. Tak hanya untuk dimakan atau diminum, biji selasih juga boleh dijadikan sebagai masker.

Caranya, iaitu dengan menghaluskan biji selasih dengan blender, kemudian dicampurkan dengan madu. Setelah itu, sapukan secara merata pada kulit wajah, dan diamkan selama kurang lebih 15 minit. Basuh muka dengan bersih .

Semoga bermanafaat dan Selamat mencuba !

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Herba alami, Penyakit and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s