Bibir alat pengesan pelbagai penyakit

Bibir indah dan menawan merupakan dambaan setiap wanita. Berbagai cara dilakukan untuk memperindah bentuk dan tampilan bibir. Dari cara tradisional mahu pun moden semua dilakukan oleh wanita. Tahukah anda, berbagai fungsi dan makna boleh tercermin dari bibir seseorang itu ? Apabila bibir atas seseorang lebih tebal maka kemungkinan dia adalah jenis orang yang suka dirayu, apabila bibir bawah lebih tebal dia merupakan jenis orang yang selalu bercakap secara terus terang atau ‘straight to the point’, apabila bibir berbentuk seperti perahu dia merupakan seseorang yang berbahagia dan apabila berbentuk perahu terbalik pula merupakan pengkritik dan jenis orang yang tidak pernah puas. Ada juga berpendapat bahawa jika bibir isteri tidak boleh lebih tebal dari suami, dikatakan boleh memberi kesan terhadap bahagia atau tidak rumah tangganya. Batas pinggir bibir yang menjadi pembentuk bibir juga tidak boleh luka atau cacat , menurut pendapat kalau hal ini terjadi, ini petanda orang tersebut mulutnya bocor atau tukang gosip dan tidak boleh dipercayai. Kemungkinan ini boleh saja terjadi. Namun, semua ini bergantung terhadap kepercayaan masing-masing.

Dari bibir kita juga boleh membaca berbagai bentuk perasaan atau emosi seseorang. Biasanya kita lihat apabila otot pipi menarik bibir hingga bibir menjadi tersenyum, apabila seseorang mengatupkan bibir rapat, petanda seseorang sedang cemas atau gugup atau pun tanda tidak setuju. Sedangkan tertawa lebar menandakan  seseorang itu sedang bergembira. Perlu juga dilihat perbandingan di antara tertawa formal atau tertawa sindiran. Teruskan membaca

Posted in Penyakit | Tagged , | 2 Komen

Fungsi Ciuman Bukan Sekadar Bibir Bertemu Bibir

“The famous kiss from The Buckingham Palace” sebanyak dua kali ala Putera William dan Kate Middleton masih kerap menjadi bahan bualan banyak pihak. Kemesraan yang mereka tonjolkan melalui cara ciuman itu.

Berciuman memang menimbulkan perasaan menggairahkan dan intim. Tapi tahukah anda bahwa berciuman bukan sekadar bertemunya bibir dengan bibir. Berciuman juga melibatkan berbagai otot wajah, hormon dan gerakan tubuh lainnya.

Para peneliti dari Lafayette College, Pennsylvania menyebutkan, berciuman akan meningkatkan hormon tertentu di otak. Pengeluaran hormon-hormon tersebut merupakan hasil dari kombinasi antara perasaan cinta, ghairah dan perasaan rileks. Berpegangan tangan, kontak mata dan berpelukan sambil berciuman juga diketahui akan mengurangi kadar hormon stres, kortisol.

Kunci berciuman memang ada di bibir. Namun ketika anda melakukan ciuman yang hangat dan dalam, ada 34 otot wajah yang ikut bergerak. Sementara itu kucupan sederhana yang kita lakukan hanya menggunakan dua otot wajah saja.

Berciuman juga melibatkan air liur. Namun menurut penelitian ternyata lelaki lebih “basah” dibanding perempuan. “Ada bukti bahwa di dalam air ludah lelaki mengandungi testosteron yang akan meningkatkan dorongan seksual. Kerana itu ketika berciuman, lelaki cenderung lebih banyak menghasilkan saliva (air liur), salah satu fungsinya untuk memindahkan testosteron bagi meningkatkan hasrat seksual wanita,” kata Helen Fisher, antropologi dari Rutgers University.

Di luar hal-hal ilmiah tersebut, ciuman yang sempurna juga harus memiliki irama, perlahan tapi lama, ringan dan lembut, kemudian semakin cepat, memanas dan mengghairahkan.

Satu penyelidikan yang telah dibuat juga menyebutkan 66 % perempuan dan 59 % lelaki mengatakan kualiti ciuman pertama akan mengeratkan lagi perhubungan kasih sayang dan cinta. Dalam erti kata lain cara anda berciuman boleh membuat kekasih semakin rapat dengan anda atau sebaliknya, dicampakkan begitu saja !!!

Sumber : http://www.photodewasa.com/

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Ketahui fungsi-fungsi bibir



Di antara fungsi-fungsi bibir ialah :-


1. Makan dan minum

Untuk menjaga agar makanan tidak tercecer keluar, merasakan panas dan dingin makanan adalah di antara fungsi bibir. Bayangkan jika kita tidak memiliki bibir, sudah pasti makanan akan terkeluar sebelum dikunyah! Bibir adalah seperti benteng pada mulut kita. Begitu juga dengan minum, tanpa bibir tentu air akan meleleh keluar dari mulut serta tidak dapat menyedut ‘straw’ kan.

2. Percakapan

Sebutan yang jelas adalah sangat penting terutamnya bila kita menyampaikan atau becakap dengan orang lain. Jika sebutan kita tidak jelas, maka adalah sukar bagi orang lain untuk memahami apa yang kita cuba sampaikan atau cakapkan itu. Cuba kita sebutkan huruf M, P, B, F, V, W dan Y Dapatkah kita sebut dengan baik tanpa adanya bibir ? Mungkin boleh, tetapi agak sukar bagi orang lain untuk memahaminya bila kita bercakap dengannya.

3. Untuk memberi senyuman.

Sedekah bukan hanya dalam bentuk wang ringgit mahu pun harta benda. Senyuman yang diberikan oleh kita kepada orang lain juga di anggap sedekah. Namun biarlah memberi senyuman itu betul pada tempatnya ! Dengan senyuman juga dapat ‘mencairkan’ perasaan orang yang sedang marah.; tetapi ada juga yang tidak menyenanginya malah menempelak kepada orang yang memberi senyuman itu. Yang penting niat kita untuk memberi senyuman itu……

4. Ciuman Teruskan membaca

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Usikan Bibir Kebaya

Melayukini.net – Kisah Seram – Usikan Bibir Kebaya | Kisah seram yang ingin dikongsikan kepada anda yang bertajuk Usikan Bibir Kebaya. Jom layan cerita di bawah ini.

Sejak dari pagi lagi, anak-beranak Haji Solehin sibuk menyiapkan hidangan untuk majlis tahlil arwah yang akan diadakan selepas Maghrib nanti. Masing-masing telah diberikan tugas khas yang perlu diselesaikan sebelum menjelang senja. Semua kesepuluh anak Haji Solehin telah berkampung di rumah pusaka arwah sejak dua hari lepas. Masa itulah mereka membersihkan rumah yang telah ditinggalkan semenjak kematian Haji Solehin dan mula mengumpul kayu api di bawah bangsal untuk memasak.

Di Kampung Sungai Sengkela, kalau anak-beranak Haji Solehin pulang serentak, barulah suasana kampung bertukar wajah. Bayangkanlah keriuhan sepuluh orang anak dengan bilangan cucu mencecah 40 orang dan beberapa orang cicit. Rumahnya riuh-rendah dengan suara kanak-kanak bersorak riang bermain bola, suara si ibu memarahi anak dara yang lambat mandi dan suara si bapa yang sibuk mengarah tapi mata asyik melekat pada kaca televisyen.

Ketika memasak sambal sotong di bangsal tepi pokok jambu, anak ketiga Haji Solehin, Kamariah, mula bercerita kisah zaman kecilnya sambil tangan sibuk mengacau kuah sambal. Turut membantunya di bangsal ialah seorang anak daranya dan tiga orang anak saudara yang baru tiba dari Temerloh, Pahang.

“Kamu semua nampak tak pokok kundang yang lebat berbuah di tepi parit tu?,”soal Kamariah sambil mengalih-alihkan kayu api.

“Dulu, masa arwah tok kamu masih ada… dia pernah bercerita tentang perempuan cantik yang sering ditemui di situ. Yang peliknya, hanya lelaki sahaja yang pernah melihat perempuan cantik tu. Arwah Wan kamu sendiri tak pernah berjumpa dengannya,” kata Kamariah. Teruskan membaca

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Jiwa wanita menurut bibirnya

Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya. Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui kerana ia juga menyatakan jiwanya :

1. Bibir Segar Dan Kemerahan

Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita. Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali. Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki. Teruskan membaca

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Kenali jenis-jenis bibir dan bentuknya



Di antara jenis-jenis dan bentuk bibir yang dikenali adalah seperti berikut :

1. Close Points
2. Wide Swags
3. Flat Tops
4. Duck Bills
5. Roller Coaster
6. Lower Over-Enlarged
7. Top Over-Enlarged
8. Wide Flares

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Bibir

Apa itu Bibir ?

Bibir
merupakan sebahagian dari anggota tubuh badan yang terletak di bahagian muka yang boleh dilihat di mulut manusia dan juga sesetengah haiwan. Bibir yang lembut, bergerak dan berfungsi sebagai pembukaan untuk suapan makanan dan dalam artikulasi suara dan bicara. Bibir manusia adalah organ indra sentuhan dan sangat peka bila digunakan dalam berciuman dan tindakan-tindakan lain yang berhubungan dengan hubungan seksual.

Terdapat tiga aspek perbezaan bibir pada lelaki dan wanita dan oleh bentuk alaminya iaitu : saiz (tebal atau nipis), kelengkungan (melengkung atau lurus) dan kedudukan (keluar atau dalam).

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Guru miang raba punggung pramugari cun dalam kapal terbang

Seorang guru sekolah dari Emiriah Arab Bersatu telah mencabul tiga orang pramugari ketika dalam penerbangan Singapore Airline dari Dubai ke Singapura bersama keluarganya.

Semalam, Ahmad Abdullah Saleh Alyasi, 41, telah didenda $10,000 (RM24,890) setelah mengaku dua kali memegang punggung dua orang pramugari berusia 27 tahun pada 19 Ogos lepas.

Sebelum kedua-dua insiden itu, beliau turut meraba peha seorang pramugari berusia 23 tahun dan tuduhan ini termasuk dengan hukuman yang telah dikenakan ke atasnya.

Mahkamah diberitahu pada pukul 4 pagi, ketika seorang pramugari yang sedang melayan anaknya, Ahmad mengambil kesempatan memegang punggung pramugari tersebut ketika melintas dihadapannya.

Pramugari tersebut menjeling ke arahnya dan dia hanya meminta maaf dan berlalu begitu sahaja. Teruskan membaca

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Punggung oh punggung ……

Sejak seminggu dua kebelakangan ini perkataan punggung telah menjadi begitu populer di kalangan masyarakat negara kita. Hampir setiap hari punggung muncul dalam meddia-meddia masa. Punggung dipermain-mainkan oleh akhabr-akhabr – akhbar kecil dan besar, ditayang dan dilisankan di kaca-kaca tv untuk tontonan ramai.

Perkataan punggung telah menjadi begitu populer, sama dengan perkataan liwat yang dipromosikan oleh meddia-meddia massa kita selama bertahun-tahun lamanya, dan sampai sekarang masih lagi belum ditamatkan.

Aduhai anggota punggung yang merupakan salah satu anggota fizikal yang penting itu telah terlibat dalam kutukan, kecaman dan cercaan sehingga ada yang telah terkeluar dari kenormalannya atau kelogikannya.

Punggung telah melibatkan banyak orang, dari atas ke bawah, pemimpin-pemimpin peringkat tinggi, pertengahan dan bawahan-bawahan dan juga orang ramai yang menjadi jung gendang dan jung palu untuk menjadikan air bertambah keruh, justeru mudah untuk menangkap ikan. Teruskan membaca

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Video senaman punggung ….mari bersenam

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen