14 Persediaan menyambut bayi : ROHANI

1.SUJUD SYUKUR
– Anak merupakan anugerah dari Allah SWT
– Anak adalah amanah dan tanggungjawab kepada kedua ibubapa.
a) Firman Allah dalam surah Al-Tahrim ayat 6:

…. ياأَيُّهَاالَّذِينَآمَنُواقُوا أَنفُسَكُمْوَأَهْلِيكُمْنَارً
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu
daripada api neraka…..”

b) Rasulullah s.a.w. pula telah bersabda:
Maksudnya : “Setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap kamu
akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya” (Riwayat Bukhari)

2. AMALAN SOLAT HAJAT
3. AMALAN MEMBACA AL QURAN (seperti Surah Luqman, Surah Yusuf , Surah Maryam, Surah al Ikhlas,
Surah al Falaq dan Surah al Nas)
4. AMALAN DOA-DOA DAN ZIKIR :

Surah Ibrahim ayat 40:

رَبِّاجْعَلْنِيمُقِيمَالصَّلاَةِوَمِنذُرِّيَّتِيرَبَّنَاوَتَقَبَّلْدُعَاء
Maksudnya : “ Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya
Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Mengamalkan :
Doa Kanzul `Arsy
Doa Akasyah
Doa Haikal
Doa ketika ingin melahirkan anak.

5. Sentiasa Bertaubat, Beristigfar Dengan Solat Taubat.
Ketika sedang hamil, suami isteri digalakkan sentiasa beristigfar (memohon ampun) terutama setiap kali
selepas solat fardhu. Selain itu, amalkan
Solat Taubat
Solat Tahajjud
Solat Hajat
supaya pasangan itu sentiasa di dalam keadaan bersih dan suci imannya.

6. Membaca Zikrullah ( Tasbih, Tahmid, Takbir Dan Tahlil )

Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya : “Dua kalimah yang disukai oleh Allah dan ringan diucapkan pada lidah namun berat pada
timbangan iaitulah kalimah “Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Azimi”

7.  Memperbanyakkan Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

8. Menghadiri Majlis Ilmu Dan Majlis Berbentuk Kebajikan

9.  Menjauhkan Diri Daripada Majlis-Majlis Yang Berunsur Maksiat Dan Mungkar.

10. Membaca Buku-Buku Doa Dan Kisah Teladan Seperti Lelaki Soleh Dan Wanita Solehah.

11. Hindari Membaca Dan Menonton Bahan-Bahan Negatif Dan Lucah .

12. Menggunakan Kata-Kata Atau Perkataan Yang Positif

13. Menjauhkan Perkataan Yang Negatif

14. Halawah Muhasabah – perbincangan antara suami isteri seperti menceritakan kelemahan masing-masing
dan tegur-menegur di dalam perkara-perkara yang boleh mejejaskan keharmonian rumahtangga.

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen