Jenis-jenis pendarahan luarbiasa

~ Pendarahan yang banyak atau jumlah melebihi 80 ml (hipermenorrhea atau menorrhagia) adalah tidak normal.

~ Pendarahan amat sedikit (kurang dari 10ml) dikenali sebagai hipomenorrhea.

~ Pendarahan berpanjangan (metrorrhagia, juga sebagai meno-metrorrhagia) tidak lagi menunjukkan pola selingan yang jelas. Pendarahan kegagalan uteria (Dysfunctional uterine bleeding) merujuk kepada aliran luar biasa yang disebabkan oleh hormon, biasanya anovulation.

Kesemua pendarahan tidak normal memerlukan perhatian perubatan; ia mungkin menunjukkan ketidak seimbangan hormon, fibroid pada uterus atau masalah lain. Disebabkan wanita yang mengandung mungkin berdarah, ujian kehamilan mungkin membentuk sebahagian daripada penilaian pendarahan tidak normal.

1.Pendarahan boleh berlaku pada pertengahan pusingan haid (intermenstrual bleeding), sebelum haid (premenstrual staining) atau selepas haid (postmenstrual staining) dan ini mungkin sedikit sahaja dan tidak memerlukan tuala wanita. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh masalah ketidakseimbangan hormon atau mungkin juga disebabkan oleh tekanan jiwa atau emosi. Wanita yang mengamalkan kaedah cegah hamil yang mengandungi hormon seperti pil perancang boleh mengalami masalah seperti ini. Begitu juga dengan penggunaan ubat hormon untuk rawatan penyakit pada anggota peranakan. Ia juga mungkin menandakan sejenis ketumbuhan atau jangkitan kuman pada kemaluan dan anggota peranakan. Setiap wanita yang mengalami pendarahan yang luar biasa dan tidak tentu masa perlu mendapatkan nasihat dan pemeriksaan dari doktor.

2.Perdarahan selepas persetubuhan. Ini adalah satu tanda yang merbahaya kerana ia mungkin menandakan penyakit kanser pangkal rahim khususnya jika ia berlaku pada wanita dalam lingkungan umur 30an dan telah berkahwin dan telah pun mendapat anak. Pendarahan selepas persetubuhan juga mungkin disebabkan oleh penyakit lain yang bukan kanser seperti luka pada pangkal rahim (cervical erosion), ketumbuhan bukan kanser atau jangkitan kuman. Pemeriksaan daripada doktor khususnya ujian ‘pap smear’ adalah sangat penting.
3.Perdarahan lepas putus haid. Tidak semua pendarahan seperti ini disebabkan oleh kanser. Pendarahan ini mungkin disebabkan oleh suatu keadaan dalam faraj yang kekeringan iaitu “atrophic vaginitis” iaitu satu keadaan yang disebabkan oleh kekurangan hormon estrogen. Ia tidak merbahaya dan boleh dirawat dengan ubat hormon estrogen.

Sumber : 1. Dr Hamid Arshat (Pakar sakit puan)
2. ms.wikipedia.org

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Penyakit. Bookmark the permalink.

4 Responses to Jenis-jenis pendarahan luarbiasa

  1. ciza berkata:

    Ingin tahu.

    Baru2 ini lbh kurang dlm tempoh 40 hari sy ad mngmbil ubat penggalak susu untuk mjd ibu susuan iaitu maxalon dan pulin. Sy juga ad mbuat suntikan. Selain itu sy mngmbil susu anmum; tetapi tidak sampai setitis susu yg kluar, itupun apbila bbrp kali sy pam.

    Namun semuanya sy sdh tidak mngmbil semua tu krn sudah khilngan ank susuan.

    Persoalannya, ketika dlm proses tersebut, period saya lewat seminggu. Minggu 1 daeah hitam. Minggu dua mulai merah. Minggu 3 hitam. Sehingga ke hari ini ( hari ke-24 ) period masih belum habis.

    Adakah itu ksn perubahan hormon?
    Apa yg perlu sy lakukan?
    Adakah ia merbahaya?

    Semoga pihak tuan/puan dapat membantu.

    Terima kasih.

    • zainura66 berkata:

      Diza, setiap ‘benda asing’ yang diambil atau dimasukkan ke dalam tubuh badan kita akan mengalami perubahan. Pil/ suntikan hormon ada memberi kesan kepada hormon si pengambilnya. Di sini menunjukkan hormon anda tidak normal dan terjadilah masalah tersebut.

  2. Najah berkata:

    Maaf bertanya..

    Saya masih belum berkahwin dan selalunya haid saya akan datang pada setiap bulan selama 10 hari. Namun, pada bulan April yang lepas, saya tidak haid sehinggalah pada 9 Mei. Haid saya berhenti pada 18 Mei, 3 hari selepas itu keluar semula darah. Pada mulanya sedikit, tetapi lama kelamaan ianya berupa seperti darah haid yang semakin banyak dan hilang pada 2 Jun. Semalam, pada 7 Jun darah kembali keluar dan banyak. Saya tidak pasti mengapa ianya berlaku.

    Sila bantu

    • zainura66 berkata:

      Najah, anda mengalami masalah lantai pelvik yang rendah hingga melibatkan kitaran haid yang tidak normal.

Tinggalkan komen