Kencing manis

Apa itu kencing manis ?

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi.
Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

Penyakit kencing manis tidak seharusnya menjadi satu penghalang kepada kehidupan yang biasa dan tidak ada sebab mengapa pesakit tidak boleh hidup seperti manusia biasa. Carilah penawar kencing manis yang sesuai dengan anda. Insyallah ia boleh dikawal dan mengelakkan komplikasi penyakit lain seperti penyakit buah pinggang dan gangrene.

Tanda-tanda kencing manis

Setiap pesakit penyakit kencing manis biasanya akan mengalami tanda tanda kencing manis dan gejala kencing manis yang berlainan. Di antara tanda tanda awal penyakit kencing manis yang biasa dialami adalah:

* Merasa amat haus ataupun dahaga (haus berlebihan)
* Keletihan / Sentiasa letih
* Mengalami penurunan berat badan dengan secara mengejut
* Penglihatan menjadi kabur
* Otot lemah
* Gatal pada tempat kemaluan
* Mengalami penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas
* Pening-pening
* Bertambah selera makan
* Lidah menjadi kering
* Nafas berbau manis

Walaupun begitu, terdapat kesndi mana pesakit kencing manis tidak mengalami tanda-tanda sakit kencing manis. Dengan kata lain, anda boleh menghidapi penyakit diabetes tanpa apa-apa tanda atau gejala.

Cara pengawalan

Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah:

Pemakanan
Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.

Senaman
Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.

Penjagaan berat badan
Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.

Pemeriksaan diri sendiri
Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Penyakit. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen