PENGENALAN

Nama sebenar ialah Zainura binti Zulkifli dan lebih dikenali sebagai Wannura di alam maya.

Mendapat pendidikan awal SRK dan SMJK Convent Teluk Intan Perak kemudian di SMK Assunta, Jalan Changi, Petaling Jaya, Selangor dan lulus Sijil Peperiksaan Malaysia serta tingkatan 6 di Bukit Bintang Boy School di Petaling Jaya dalam aliran sains tulen.

Tamat pengajian di bidang Perakaunan pada tahun 1988 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor Darul Ehsan dan pernah berkhidmat di jabatan akaun di Assembly Services Sdn Bhd, anak syarikat UMW Toyota Shah Alam, Selangor selama 9 tahun sehingga tahun 1996 dan banyak dalam pengkosan(costing). Pernah berkhidmat selama 2 tahun iaitu pada 1996-1998 bekerja di syarikat jualan langsung di Utusan Baiduri Sdn Bhd sebagai pengurus akaun.

Menamatkan perkhidmatan makan gaji dan mula mempelajari Seni Urut Terapi Sifuli di Kampung Subang pada awal tahun 1998 apabila bonda yang dikasihi telah mengalami strok dan mengamalkan Seni Urut Terapi Sifuli sehinggalah sekarang.

UTRA TERAPI telah ditubuhkan di Shah Alam Selangor pada akhir tahun 1998. UTRA adalah daripada singkatan ejaan nama Sifuli iaitu Urut Terapi Rozli Ali. UTRA TERAPI adalah pengkhususan kepakaran Seni Urut Terapi Sifuli di bidang sakit puan dan tuan serta rawatan ibu sebelum dan selepas bersalin.

UTRA TERAPI pernah membantu salah seorang daripada pelajar Seni Urut Terapi Sifuli untuk membuka sebuah pusat refleksologi bernama “Jiwa Refleksologi” yang berpusat di Tingkat 1, Wisma Karamunsing, Kota Kinabalu Sabah pada tahun 2001 yang kini tiada lagi disebabkan oleh pengurusnya telah kembali ke rahmatullah.

Pada tahun 2002, UTRA TERAPI telah berpindah ke Ipoh Perak dan membuka pusat rawatan di premis D’lore Salun, Taman Ipoh Jaya sehinggalah tahun 2010, Wannura Terapi pula telah ditubuhkan setelah memperolehi pengiktirafan Master Seni Urut Terapi Sifuli di Ipoh.

Pada tahun 2012, Zainura Zulkifli telah menerima anugerah Grand Master Terapi Sifuli dan mempunyai ratusan pesakit terutama untuk rawatan ibu selepas bersalin. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Seni Urut Terapi Sifuli Malaysia selama 9 tahun. Beliau juga merupakan Pengarah di Wannura Kampus sebagai pusat perkhidmatan dan pengajian Terapi Sifuli serta menerbitkan buku-buku ilmiah yang ditulis oleh Sifu Rozli Ali.

Setelah dinilai, terampil dan mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) beliau telah berjaya memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 dalam bidang Urut Terapi pada tahun 2015.

Pada tahun 2017, telah berjaya mengikuti kursus latihan asas kapasiti serta kursus pemantapan dan layak menjadi ahli MamaCare Perak serta memegang jawatan sebagai penolong setiausaha.

Pada tahun 2018, telah mendapat pengiktirafan dari pihak JPK setelah berjaya terampil dalam pengambilan Operasi Latihan Vokasional tahap 3 yang melayakkan untuk menjadi tenaga pengajar kemahiran di bidang Urut Terapi.

Mengadakan perkhidmatan urut terapi serta rawatan ibu selepas bersalin sejak tahun 2014 hinggalah sekarang di antaranya Pusat Rawatan Mrs Ho Feminine Care Center dan kini di Mummy & Baby Confinement Home di Canning Garden Ipoh pula.

14 Responses to PENGENALAN

  1. Mohamad Hashim berkata:

    Salam. Saya nak beli minyak ni. camane ye….

  2. zainura66 berkata:

    Salam,

    boleh berhubung melalui email saya di zainura66@gmail.com.

    Terima kasih dan salam hormat.

  3. Azlina berkata:

    Salam,

    Saya berminat dengan urutan badan WannurA. Di mana lokasinya?

  4. suraya binti sarudin berkata:

    saya berminat untuk mengikuti kursus terapi wannura ini, bagaimana, dimana lokasiya dan bila kursus ini akan di jalankan?

    • zainura66 berkata:

      Saya telah membalas email Puan Suraya dan sila rujuk kepada email tersebut. Sekian terima kasih.

  5. nizam berkata:

    saya pun nak belajarkursus terapi.. bila lagi kursus yer dan yuran berapa?

  6. Zalina berkata:

    Salam kak, sy ade hntr email dkt zainur66 hopefully akk reply asap

    • Zalina berkata:

      Yg dekat zainura.zulkifli pun ade jgk sy hntr

      • zainura66 berkata:

        Zalina, hanya dengan membuat biopsy ( ujian ke atas sampel sel yang diambil) sahaja yang boleh mengesahkan samada anda mengalami kanser atau tidak. Agar sukar bagi saya membuat sebarang andaian jika kes ini saya tidak melihatnya sendiri. Ketumbuhan/ Kelenjar/ Benjolan/ Lumph terdapat 2 jenis iaitu benigna (ketumbuhan bukan kanser) dan malignan (ketumbuhan kanser). Ada kala benjolan terhasil dari timbunan kotoran tubuh badan di bahagian nodus limfa (lymph nodes) yang membengkak tetapi jika terdapat jangkitan kuman ia boleh terasa sakit atau pun sebaliknya. Saya hanya boleh memberi jawapan yang tepat setelah memeriksanya sendiri.

        Ada beberapa gejala awal kanser payudara yang boleh dilihat atau dirasai dan ia juga boleh diperiksa sendiri sebelum ke doktor. Di antara gejala awal tersebut seperti puting tetek termasuk ke dalam, bentuk payudara yang abnormal, keluarnya cecair seperti nanah dari puting payudara, payudara berasa panas dan tangan yang sentiasa rasa lenguh.

  7. salam..di mana lokasi wannura terapi??..sy ad antr email dkt zainura66..tp x ad rspon..hope akak dpt bls..

  8. juwita puspita berkata:

    salam,

Tinggalkan komen