Masalah kelelakian

Sebelum ini entri saya adalah mengenai masalah keperempuanan dan kali ini saya akan menulis entri mengenai masalah kelelakian pula. Bila ada sakit puan, sudah tentulah ada sakit tuan pula kerana kehidupan kita yang dijadikan berpasangan serta seimbang di antara zahir dan batin. Hal sebegini adalah sangat penting bagi golongan lelaki untuk lebih prihatin terutamanya bagi lelaki yang ingin beristeri atau yang mempunyai isteri untuk kebahagiaan kerukunan rumahtangga yang berkekalan , lelaki yang pernah beristeri (duda) untuk mencari pasangan yang baru dan juga kepada lelaki yang berkemampuan zahir dan batin untuk menambahkan kuota. Ini semua sebenarnya untuk tujuan kesihatan kehidupan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat .

Jadikanlah entri ini dan entri-entri yang berikutnya sebagai panduan atau tambahan ilmu kepada mereka yang benar ingin tahu.

Pada tahun 1994, kajian ke atas lelaki berumur di Massachusetts mendapati bahawa lebih setengah bilangan lelaki berusia antara 40 hingga 70 tahun menghadapi masalah untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan (ereksi). Ia juga berlaku di kalangan pemuda berusia 20an dan 30an. Manakala, penyelidikan pasaran menunjukkan bahawa usia purata penghidap penyakit lemah tenaga batin atau erectile dysfunction (ED) di benua Asia lebih muda dengan penghidap di negara China bermula ketika berusia 42 tahun ; Jepun dan Malaysia, 44 tahun. Secara rambang, kira-kira 100 juta lelaki di seluruh dunia dianggarkan menghadapi masalah lemah tenaga batin. Malah hampir sejuta lelaki di Malaysia akan menghadapi masalah tersebut.

Lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan. Ia merupakan satu masalah yang meluas namun jarang diperkatakan di kalangan lelaki terutamanya di dalam masyarakat Asia.

Bagi masyarakat Asia, adalah sesuatu yang amat mengaibkan untuk memperkatakan tentang penyakit ini secara terbuka. Banyak beranggapan ‘kejantanan’ lelaki terletak pada kehebatan mereka di ranjang. Justeru kerana tidak mahu diperolok-olokkan kawan-kawan, maka penghidap lemah tenaga batin lebih rela menderita dalam diam. Lebih memburukkan keadaan andai mereka juga keberatan untuk membincangkan isu ini dengan pasangan atau mendapatkan nasihat doktor atau pakar dalam bidang ini.

“Lelaki yang mempunyai masalah lemah tenaga batin perlu mengambil langkah permulaan untuk mengetahui bahawa mereka tidak perlu menderita dalam diam. Walaupun, ia merupakan penyakit serius tetapi boleh diubati. Lebih baik menemui pakar urologi atau sakit tuan jika terdapat tanda awal masalah tersebut agar dapat dirawat segera,” kata Pendaftar Perbidanan Pusat Rawatan Islam, Dr Mohd Daud Yahya.

Kebanyakan orang merujuk penyakit ini sebagai mati pucuk mungkin disebabkan anggapan negatif yang tertanam di benak mereka sejak sekian lama. Justeru kebanyakan lelaki mengelakkan diri daripada mendapatkan bantuan doktor. Sesetengahnya pula bimbang bahawa ujian yang dijalankan untuk mendiagnosa masalah lemah tenaga batin akan menyebabkan ketidakselesaan. Tambahan pula lelaki tidak tahu apa yang boleh diharapkan jika mereka mendapatkan rawatan dan akibatnya menimbulkan kekecewaan.

“Sebahagian besar pesakit di Asia, merangkumi 47 % cuba mendapatkan rawatan sendiri melalui perubatan tradisional seperti minum air tongkat Ali, memakan ikan linang, serbuk badak sumbu dan ubat-ubat tradisional lain. Cara-cara tradisional boleh juga membantu seperti urutan terapi, dapat membantu daya ketegangan apabila bekalan darah dapat mengalir ke buah zakar serta boleh membantu meningkatkan libido (ghairah seks). Amalan memakan ubat-ubat tradisional boleh juga meningkatkan libido tetapi bukan untuk ketegangan.

Untuk mendapatkan kepuasan seks, libido dan ketegangan perlu jalan seiring. Dianggarkan 3 8 % pesakit menunggu sehingga lebih enam bulan sebelum meminta bantuan doktor sementara dua pertiga lagi menunggu sehingga 12 bulan, jelas Dr Daud.

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Penyakit. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen