Barah organ jantina wanita

BARAH diketahui ramai sebagai pembunuh utama di antara penyakit-penyakit. Bilangan kematian di kalangan pengidap sakit barah semakin meningkat setiap tahun.

Bila seseorang itu mengidap barah, dia sudah dikatakan tidak mempunyai harapan untuk hidup lama. Harapannya untuk sembuh juga tipis.

Tetapi para doktor berpendapat, barah masih dapat dirawat jika ia dapat dikesan di peringkat awal. Lagi awal barah dapat dikesan, lagi besar peluang untuk pesakit itu sembuh.

Sebab-sebab utama kejadian barah sebenarnya belum lagi dapat diketahui. Para doktor dan pakar-pakar sains masih terus giat berusaha membuat penyelidikan atas kejadian barah dan rawatan-rawatan sebaik mungkin dan berkesan.

Bagaimanapun, anda dapat mengesan kejadian barah melalui tanda-tandanya. Kadangkala kejadian barah tidak mempunyai tanda. Kerana itu sebaik-baiknya anda dikehendaki berjumpa doktor untuk pemeriksaan barah setahun sekali.

Barah sebenarnya ialah pertumbuhan sel-sel dalam anggota tubuh manusia yang tidak teratur. Terdapat banyak jenis barah, kesemuanya tumbuhan malignant- tumbuhan merbahaya !. Tumbuhan ialah bengkak atau pun kerana tumbuhan tisu yang banyak dan tidak teratur.

Tumbuhan malignant – kadangkala bermula sebagai ulcer yang kronik. la tumbuh dengan tidak tentu arah dan mula meresap ke tisu di sekelilingnya atau pun dibawa ke lain-lain bahagian dalam tubuh melalui saluran darah dan limpid dan bertapak serta tumbuh di situ.

Kerana ini barah berkemungkinan merosakkan organ dan tisu yang sangat penting di dalam tubuh manusia, menyebabkan sakit yang teruk dan kematian. Antara barah yang dialami manusia ialah barah pundi kencing, tulang, darah (disebut juga leukemia), usus besar dan bahagian asus pada dubur, saluran makanan, buah pinggang (orang dewasa), bibir, paru-paru, mulut dan lidah, kulit, perut, pangkal tenggorok.

Organ jantina kaum wanita seringkali diidapi barah. Antaranya barah pintu rahim, ovari, saluran peranakan, buah dada, rahim dan pukas.

Dalam satu banci yang dijalankan antara tahun 1968 dan 1970 di Singapura, terdapat 2,897 orang wanita di sana telah mendapat barah di organ jantina mereka.

Barah pintu rahim merupakan satu tempat di organ jantina wanita yang kerap kali dihinggapi barah.

Sementara itu di England, setiap 100 wanita yang mengidap barah pintu rahim, seorang menemui maut.

Menurut doktor itu lagi, lazimnya barah pintu rahim ini diidapi oleh wanita-wanita yang sudah berumah tangga dan berusia antara 50 hingga 55 tahun. Risiko yang dihadapi oleh wanita-wanita yang belum berkahwin ke atas barah ini ialah tiap-tiap 20,000 orang seorang mengidapnya.

Bagaimanapun, tiap-tiap 2,000 orang wanita yang telah mendirikan rumah tangga, seorang didapati mengidap barah pintu rahim.

Wanita yang mengadakan hubungan jantina yang pertama ketika berusia 17 tahun, dia menghadapi risiko dua kali ganda besarnya. Wanita-wanita yang mengadakan hubungan jantina dengan beberapa orang lelaki sebelum mendirikan rumah tangganya pula menghadapi risiko yang 4 kali ganda besarnya. Tetapi menurut doktor itu lagi, di kalangan wanita-wanita pelacur pula mereka jarang mengidap barah pintu rahim kerana mereka menggunakan alat-alat merancang seperti kondom dan diaphargm.

Bagaimanapun isteri-isteri orang-orang profesional menghadapi risiko yang lebih kurang 10 kali ganda dari isteri-isteri buruh dalam menghadapi barah pintu rahim.

Setiap wanita harus memerhatikan tanda-tanda awal kejadian barah ini. Sesuatu kadar buang lendir yang berair dari faraj yang berlangsung lebih dari sehari atau dua harus diperiksa oleh doktor.

Pendarahan atau bintik-bintik pendarahan terjadi sesudah hubungan jantina atau pembilasan. Sesuatu pendarahan yang tidak normal juga patut menimbulkan curiga.

Jika anda mendapati sebarang tanda-tanda yang mencurigakan, pergilah mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. Kadangkala tanda-tanda ini bukan pula bererti barah.

Seseorang wanita harus mendapatkan pemeriksaan punggul dan pemeriksaan hapusan (pap smear) sekurang-kurangnya sekali setahun dan setiap enam bulan jika dicurigai mempunyai tanda-tanda kejadian barah.

Barah pintu rahim merupakan satu kejadian barah yang merbahaya kepada kaum wanita. Tetapi pintu rahim ini rnudah dapat dilihat dan diperiksa dengan syarat ia dapat dikesan di peringkat awal.

Rawatan moden telah disediakan untuk mengubati barah di hospital-hospital besar.

Kemudian terdapat pula wanita yang mengidap barah rahim. Barah ini lazimnya diidapi oleh wanita yang telah berusia 60 tahun ke atas. Barah rahim ini acap kali timbul di rongga rahim. Tanpa rawatan penyakit ini akan membawa maut kepada pesakitnya. Antara tanda-tanda yang dapat anda perhatikan akan kejadian barah dalam organ jantina wanita ini ialah pendarahan yang tidak normal dan tidak ada hubungan dengan haid.

Menurut doktor itu juga, pemeriksaan hapisan atau pap smear selalunya tidak mempunyai kesan dalam mengesan barah rahim ini. Doktor akan mengadakan pemeriksaan D & C di mana pembesaran dan pengerokan mulut rahim akan dilakukan. Sementara itu pula barah ovari biasa di kalangan mereka yang berusia 80 tahun ke atas. Tanda-tanda awal yang dapat dilihat ialah bengkak di bahagian bawah perut. Kejadian barah ovari ini akan hanya dapat dikesan jika doktor membuat pemeriksaan dalam organ jantina wanita.

Barah ini merupakan barah yang mengecewakan. Hanya 24 peratus pesakit ovari yang berada di peringkat pertama telah dapat dikesan, 6 peratus yang berada di peringkat kedua dan 70 peratus berada di peringkat ketiga dan keempat.

Berbagai rawatan akan dilakukan untuk merawat barah ovari. Jika perlu doktor akan melakukan pembedahan di mana rahim, saluran fallopian dan ovarinya akan dikeluarkan.

Barah faraj pula lazimnya diidapi oleh mereka yang berusia 60 tahun ke atas. Barah salur peranakan jarang berlaku. Baru-baru ini dalam satu kajian yang dibuat di Amerika Syarikat, barah ini diidapi oleh gadis belasan tahun. Doktor berpendapat ini mungkin ada kaitan ketika ibu gadis itu mengandung mereka telah memakan sejenis ubat yang memberi kesan kemudian ke atas anak itu bila meningkat dewasa.

Doktor itu seterusnya memberitahu, rawatan-rawatan moden yang disediakan di hospital-hospital besar itu termasuklah pembedahan, radiotherapy, chemotherapy, dan immunotherapy. Bagaimanapun cara-cara rawatan yang akan digunakan untuk merawat pesakit barah organ jantina ini akan ditentukan terlebih dahulu oleh doktor-doktor pakar mengikut peringkat, sejauh mana barah itu telah meresap dan mempengaruhi organ jantina wanita itu.

Barah ini di peringkat dari peringkat satu bagi barah yang diperingkat paling awal hinggalah ke peringkat keempat dimana barah itu sudah menjadi teruk. Rawatan radiotherapy itu ialah memancarkan radium ke kawasan yang dihinggapi barah. Kadangkala pesakit itu terpaksa pula menjalani pembedahan. Bagaimanapun pembedahan mengeluarkan tumbuhan atau pun ke atas organ jantina wanita ini akan hanya dilakukan oleh doktor-doktor pakar.

Dalam pembedahan yang dilakukan, kadang kala doktor terpaksa pula mengeluarkan rahim, saluran fallopian dan ovari pesakit tersebut untuk menyelamatkan nyawanya dan mengelakkan dari merebak ke lain-lain bahagian.  Menurut doktor itu, sebelum sebarang pembedahan dilakukan ke atas pesakit doktor akan membuat berbagai pertimbangan serius.

Jika pembedahan dilakukan ke atas wanita muda dan bersuami, doktor akan memelihara ovarinya kerana hormon yang dikeluarkan oleh ovari mempengaruhi hidup sehari-harian wanita itu. Tanpa ovari wanita muda akan lekas kelihatan tua dan berkedut.

Bagi wanita yang bersuami, doktor itu menegaskan, pertimbangan besar diberikan ke atas organ jantinanya agar dia dapat meneruskan hubungan jantina.

Katanya, pembedahan yang dilakukan ke atas organ jantina yang dihinggapi barah tidak memberi kesan ke atas aktiviti hubungan jantina pesakit itu. Seseorang wanita yang telah menerima rawatan hendaklah di bawah perhatian doktor sekurang-kurangnya selama 5 tahun. Mereka yang dapat hidup terus melebihi 5 tahun sudah dianggap pulih.

Rujukan : http://bernama548.blogspot.com

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen