Darah tinggi

Apa itu darah tinggi ?

Tekanan darah tinggi atau hipertensi telah menjadi penyakit yang umum bagi ramai orang pada masa kini, apalagi bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Tekanan darah tinggi atau hipertensi menjadi salah satu faktor penyebab stroke, serangan jantung dan juga gagal ginjal. Dan akibat terburuk dari penyakit ini adalah kematian. Oleh itu, jika boleh, penyakit ini harus dicegah. Jika anda memiliki tekanan darah yang tinggi, anda sebenarnya dapat mengendalikan penyakit ini. Bagaimana cara mencegah dan mengendalikan darah tinggi atau hipertensi?

Tekanan Darah

Sebelum membincangkan mengenai tekanan darah tinggi atau hipertensi, ada baiknya anda mengenal terlebih dahulu tentang tekanan darah. Saat anda melakukan pemeriksaan fizikal atau pemeriksaan doktor, biasanya ada alat khusus yang digunakan oleh doktor untuk memeriksa tekanan darah. Alat untuk memeriksa tekanan darah disebut sphigmomanometer atau dikenal juga dengan tensimeter. Ada tensimeter digital dan ada juga tensimeter air raksa yang masih umum digunakan untuk pemeriksaan klinik.

Doktor akan melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan menyuruh anda duduk atau berbaring, kerana itu posisi terbaik untuk mengukur tekanan darah. Doktor biasanya akan mengikat kantung udara pada lengan kanan kecuali pada lengan tersebut terdapat cedera. Setelah itu, dilakukan pengukuran tekanan darah. Perbezaan antara tekanan sistolik dan diastolik disebut tekanan denyut.

Memeriksa Tekanan Darah

Saat memeriksa tekanan darah, ada dua angka yang biasanya disebut misalnya 120/80. Apa yang dimaksud angka-angka tersebut?

Sistolik
Angka pertama (120) iaitu tekanan darah sistolik, yakni tekanan saat jantung berdenyut atau berdetak (sistol). Sering disebut tekanan atas.

Diastolik
Angka pertama (90) iaitu tekanan darah diastolik, yakni tekanan saat jantung beristirehat di antara saat pengepaman. Sering disebut tekanan bawah.

Apa yang dimaksud dengan tekanan darah? Tekanan darah iaitu tekanan yang dialami darah pada pembuluh arteri ketika darah di pam oleh jantung ke seluruh anggota tubuh manusia. Tekanan darah dibuat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya terdapat dua angka yang akan disebut oleh doktor. Misalnya doktor menyebut 140-90, maka maksudnya adalah 140/90 mmHg. Angka pertama (140) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung atau pada saat jantung berdenyut atau berdetak, dan disebut tekanan sistolik atau sering disebut tekanan atas. Angka kedua (90) menunjukkan tekanan saat jantung beristirehat di antara pengepaman dan disebut tekanan diastolik atau sering juga disebut tekanan bawah.

Setelah mengetahui tekanan darah, pasti anda ingin mengetahui apakah tekanan darah anda termasuk rendah, normal atau tinggi. Berikut ini adalah kumpulan tekanan darah berdasarkan angka hasil pengukuran dengan tensimeter untuk tekanan sistolik dan diastolik:

Mengapa Tekanan Darah Meningkat?

Apa yang menyebabkan tekanan darah boleh meningkat? Sebagai contoh, jika anda sedang menyiram pokok dengan paip getah. Jika anda menekan hujung paip getah tersebut, maka air yang keluar akan semakin laju. Hal itu kerana tekanan air meningkat ketika paip getah ditekan. Selain itu, jika anda memperbesar kepala paip air, maka aliran air yang melalui getah paip akan semakin kencang kerana aliran air yang meningkat.

Hal yang sama juga terjadi dengan darah anda. Jika pembuluh darah anda menyempit, maka tekanan darah di dalam pembuluh darah akan meningkat. Selain itu, jika jumlah darah yang mengalir bertambah, tekanan darah juga akan meningkat.

Penyebab Darah Tinggi

Ada beberapa hal yang boleh menyebabkan seseorang menghadapi tekanan darah tinggi. Ada faktor penyebab tekanan darah tinggi yang tidak dapat anda kendalikan. Ada juga yang dapat anda kendalikan sehingga boleh mengatasi penyakit darah tinggi. Beberapa faktor tersebut antaranya ialah :

1. Keturunan
Faktor ini tidak boleh anda kendalikan. Jika seseorang memiliki orang-tua atau saudara yang memiliki tekanan darah tinggi, maka kemungkinan ia menderita tekanan darah tinggi lebih besar. Statistik menunjukkan bahawa masalah tekanan darah tinggi lebih tinggi pada kembar seiras daripada yang kembar tidak seiras. Sebuah penelitian menunjukkan bahwa ada bukti gen yang diturunkan untuk masalah tekanan darah tinggi.

2. Usia
Faktor ini tidak boleh anda kendalikan. Penelitian menunjukkan bahwa jika usia seseorang bertambah, tekanan darah pun akan meningkat. Anda tidak dapat mengharapkan bahwa tekanan darah anda saat muda akan sama ketika anda bertambah tua. Namun anda dapat mengendalikan agar jangan melewati batas atas yang normal.

3. Garam
Faktor ini boleh anda kendalikan. Garam dapat meningkatkan tekanan darah dengan cepat pada beberapa orang, khususnya bagi penderita diabetes, penderita hipertensi ringan, orang dengan usia tua dan mereka yang berkulit hitam.

4. Kolesterol
Faktor ini boleh anda kendalikan. Kandungan lemak yang berlebih dalam darah anda, dapat menyebabkan timbunan kolesterol pada dinding pembuluh darah. Hal ini dapat membuat pembuluh darah menyempit dan akibatnya tekanan darah akan meningkat. Kendalikan kolesterol anda sebaik mungkin.

5. Obesitas / Kegemukan
Faktor ini boleh anda kendalikan. Orang yang memiliki berat badan di atas 30 peratus berat badan ideal, memiliki kemungkinan lebih besar menderita tekanan darah tinggi.

6. Stres
Faktor ini boleh anda kendalikan. Stres dan keadaan emosi yang tidak stabil juga dapat meningkatkan tekanan darah tinggi.

7. Rokok
Faktor ini boleh anda kendalikan. Merokok juga dapat meningkatkan tekanan darah menjadi tinggi. Kebiasan merokok dapat meningkatkan risiko diabetes, serangan jantung dan stroke. Kerana itu, kebiasaan merokok yang terus dilanjutkan ketika memiliki tekanan darah tinggi, merupakan kombinasi yang sangat berbahaya yang akan mengalami penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung dan darah.

8. Kafein
Faktor ini boleh anda kendalikan. Kafein yang terdapat pada kopi, teh maupun minuman cola boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah.

9. Alkohol
Faktor ini boleh anda kendalikan. Minum alkohol secara berlebihan juga menyebabkan tekanan darah tinggi.

10. Kurang Olahraga
Faktor ini boleh anda kendalikan. Kurang olahraga dan bergerak boleh menyebabkan tekanan darah dalam tubuh meningkat. Olahraga teratur mampu menurunkan tekanan darah tinggi anda namun jangan melakukan olahraga yang berat jika anda menderita tekanan darah tinggi.

Mencegah dan Mengatasi Darah Tinggi

Untuk mencegah darah tinggi bagi anda yang masih memiliki tekanan darah normal ataupun mengatasi darah tinggi bagi anda yang sudah memiliki tekanan darah tinggi, maka disarankan amalan berikut ini dapat anda lakukan :

~ Kurangi penggunaan garam dalam makanan anda. Jika anda sudah menderita tekanan darah tinggi sebaiknya anda menghindari makanan yang mengandung garam.

~ Amalkan makanan yang mengandung kalium, magnesium dan kalsium. Kalium, magnesium dan kalsium mampu mengurangi tekanan darah tinggi.

~ Kurangi minum minuman atau makanan beralkohol. Jika anda menderita tekanan darah tinggi, sebaiknya hindari minum alkohol secara berlebihan. Untuk lelaki yang menderita hipertensi, jumlah alkohol yang dibolehkan maksima 30 ml alkohol sehari sedangkan wanita 15 ml sehari.

~ Olahraga secara teratur boleh menurunkan tekanan darah tinggi. Jika Anda menderita tekanan darah tinggi, pilihlah olahraga yang ringan seperti berjalan kaki, berbasikaL, lari santai dan berenang. Lakukan selama 30 hingga 45 minit sehari sebanyak 3 kali seminggu.

~ Makan sayur dan buah yang berserat tinggi seperti sayuran hijau, pisang, tomato, lobak, melon dan jeruk.

~ Jalankan terapi anti stres agar mengurangi stres dan anda mampu mengendalikan emosi anda.

~ Berhenti merokok juga berperanan besar untuk mengurangi tekanan darah tinggi atau hipertensi.

~ Pantau kadar kolesterol anda.

~ Pantau diabetes anda.

~ Hindari ubat yang boleh meningkatkan tekanan darah. Minta nasihat doktor jika anda menerima pengubatan untuk penyakit tertentu, untuk meminta ubat yang tidak meningkatkan tekanan darah.

Darah Tinggi dapat Dikendalikan

Tekanan darah tinggi atau hipertensi bukan suatu penyakit yang tidak dapat dihilangkan. Anda boleh mengendalikannya dan mencegah darah tinggi.

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Penyakit, Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen