Barah tulang boleh musnahkan tisu badan

Oleh Hafizah Iszahanid

WALAUPUN tidak berada dalam carta barah, pembunuh utama di kalangan warga Malaysia, barah tulang antara penyakit yang harus diketahui kerana kebiasaannya faktor mencetuskan barah ini berpunca daripada darah yang tercemar. Jika dilihat secara keseluruhannya, kita memiliki 206 tulang di dalam badan yang memiliki pelbagai fungsi. Pada kebiasaannya barah akan berlaku pada mana-mana bahagian tulang yang sering mengalami pertumbuhan.

Kebanyakan barah tulang sebenarnya bukan barah (benign) tetapi sesetengah memang barah (malignant). Benign tumor biasanya tidak merebak ke bahagian lain dan jarang memerlukan rawatan seumur hidup. Walaupun ia mungkin berulang tetapi boleh dibuang melalui pembedahan.

Pakar bedah ortopedik Hospital Pusrawi, Dr Mohd Ismail Maulut, berkata benign bone biasanya membabitkan benjolan pada tulang yang abnormal dan kebanyakannya tidak memerlukan rawatan jika tidak sakit. Malah kadang kala ia boleh hilang dengan sendirinya. ‘Walaupun ia tidak bahaya tetapi masih juga memerlukan rawatan jika sakit kerana ada kes benign berubah menjadi barah. Perlu diingat, kadang kala benign tumor tidak ada gejala dan selalunya ditemui secara kebetulan, ‘ katanya.

Malignant tumor pula yang disifatkan sebagai barah, ia berkemampuan untuk ‘menakluk ‘ dan memusnahkan tisu yang sihat berdekatannya. Sel barah juga boleh mencemarkan aliran darah hingga menyebabkan barah merebak ke bahagian tubuh yang lain. Keadaan ini dikenali sebagai metastasis.

Kata Dr Ismail, barah yang bermula di dalam tulang dikenali sebagai barah tulang primary. Ia selalunya ditemui di tangan dan kaki tetapi boleh juga terjadi di mana-mana bahagian tulang di badan. ‘Kanak-kanak dan golongan remaja cenderung untuk berhadapan dengan masalah ini berbanding golongan dewasa, ‘ katanya.

Barah tulang primary dikenali sebagai sarcomas dan terdapat dalam pelbagai jenis dan terjadi di bahagian tisu tulang yang berlainan. Sarcomas yang biasa menyerang adalah osteosarcoma, Ewing’s sarcoma dan chondrosarcoma. ‘Osteosarcoma adalah barah tulang yang biasa menyerang golongan muda belasan tahun dengan golongan lelaki lebih terdedah kepadanya berbanding perempuan. Ia akan terjadi di hujung tulang kerana sebagai orang muda di situlah tisu tulang baru tumbuh, ‘ katanya. Ewing’s sarcoma pula katanya, biasa terjadi di kalangan mereka berusia antara 10 ke 25 tahun. Ia akan bermula di tengah tulang besar seperti tulang pinggul atau tulang yang panjang di bahagian atas lengan dan paha.

Chondrosarcoma biasa terjadi di kalangan orang dewasa. Barah jenis ini terbentuk di bahagian tisu sekeliling sendi. Di kalangan golongan dewasa juga giant cell tumor mungkin boleh terjadi. ‘Sebenarnya kanser yang terjadi di dalam tulang agak jarang berlaku. Ia tidak mudah merebak dari satu bahagian tulang ke bahagian tulang yang lain. Jika keadaan ini berlaku, ia tidak dipanggil barah tulang kerana setiap jenis barah dinamakan mengikut organ atau tisu yang terjejas, ‘ katanya.

Jika sel darah sudah terjejas dengan penyakit barah yang lain ia akan turut menjejaskan tulang dan boleh menyebabkan tulang patah. ‘Kita panggil keadaan ini barah tulang secondary. Antara barah yang boleh menjejaskan tulang adalah barah payu dara, paru-paru, prostat, buah pinggang dan tyroid, ‘ katanya.

Secara am kata Dr Ismail, punca barah tulang tidak diketahui tetapi ia mungkin terjadi kerana faktor genetik, radiasi seperti nuklear dan trauma. Tetapi dalam kebanyakan kes, tiada sebab yang spesifik. ‘Cumanya apa yang boleh kita katakan pesakit barah tulang meningkat di dalam keluarga tetapi setiap tahun ia hanya membabitkan lima dari sejuta pesakit, ‘ katanya.

FAKTA: Rawatan

Pembedahan, radioterapi dan atau kimoterapi.

Pesakit selalunya dirujuk kepada doktor yang memiliki kepakaran dalam pelbagai rawatan barah. Ini termasuk pakar bedah tulang dan radiasi oncologist.

Kemungkinan untuk barah terjadi lagi di tempat yang sama masih ada selepas pembedahan. Kerana itu pakar bedah akan membuang barah dan sebahagian tulang yang sihat dan tisu berdekatan tulang yang bermasalah. Jika barah tulang terjadi di lengan atau kaki, pakar bedah akan hanya membuang barah dan bahagian berdekatan dan mengantikan sendi yang dibuang dengan alatan besi.

Kimoterapi biasanya membunuh sel barah. Ia diambil melalui oral atau suntikan ke otot atau salur darah. Radioterapi juga memusnahkan sel barah dan menghentikannya dari tumbuh. Dalam sesetengah kes, ia menjadi pilihan berbanding pembedahan.


Gejala

Gejala barah tulang selalunya terbentuk dalam masa yang lama kerana ia bergantung pada jenisnya, bahagian tulang yang terjejas dan saiz barah itu. Rasa sakit terutama pada waktu malam. Bengkak pada tulang

Apa yang perlu anda tahu ?

Barah jarang terjadi di dalam tulang. Tidak mustahil barah boleh merebak dari tulang ke bahagian lain di dalam badan.

Kesakitan adalah tanda yang kerap dikaitkan dengan barah tulang.

Diagnosis barah tulang selalunya disokong dengan penemuan dari rekod perubatan dan pemeriksaan, darah, ujian x ray dan ujian patologis. Rawatan barah tulang bergantung pada jenis, lokasi, saiz, usia dan keadaan kesihatan pesakit selain keadaan barah itu.

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Penyakit, Uncategorized. Bookmark the permalink.

14 Responses to Barah tulang boleh musnahkan tisu badan

  1. ewing sarcoma berkata:

    saya baru sahaja melakukan kimotrapi dan selepas itu saya melakukan pembedahan pada paha kiri saya.saya mengidap kanser tulang iaitu ewing sarcoma.
    1.adakah kanser ini akan hidup semula pada masa akan datang selepas rawatan?
    2.adakah ia boleh merebak ke tulang lain atau salur darah?

  2. jamilah abd karim berkata:

    saya mengalami sakit yg amat sangat pada sendi pinggul kiri saya setiap mlm sahaja…tengah mlm sakit ini akan berkurangan..adakah ini tanda2 awal barah tulang.saya masih blum berjumpa dgn dok..tq

    • zainura66 berkata:

      jamilah,

      ada baiknya anda membuat pemeriksaan di hospital terlebih dahulu. Ada kemungkinan juga terdapat sumbatan toksin di bahagian tersebut yang mengganggu aliran darah di tempat itu yang menyebabkan anda berasa sakit.

  3. Ewings berkata:

    Adik sy dsahkn mhidap kanser ewing sarcoma. Dye tlh mjalani kemoterapi..dye kerap demam.Kanser di peha kanan..umor 15thn. Adakah adik sy boleh bebas dari kansernya?

    • zainura66 berkata:

      Ewings, insyaallah dan bertawakkallah kepada tuhan serta sentiasa bagi sokongan dan semangat kepada adik, ok.

  4. Ewings berkata:

    Sy hrp tlg bg jwpn..dan brp peratus kesembuhan bg pyakit ewings sarcoma dn kberkesanan kemotrapi?

    • zainura66 berkata:

      Ewings, jangan terlalu runsing dengan masalah yang dihadapi adik ini. Kematian tidak boleh ditafsirkan oleh sesiapa pun melainkan tuhan. Jika saya tetapkan tentang kesembuhan adik anda bermakna saya lebih berkuasa dari tuhan pula. Kemoterapi adalah kaedah bagi menyingkirkan sel-sel kanser tersebut. Kita hanya boleh berdoa kepada tuhan agar adik anda sembuh dengan segera.

    • Ewings berkata:

      Trime kasih ats pndangan Puan..Sy risau krne dye satu2nya adik sy..Amin…mdh2n pyakit kanser bleh smbuh..

      • zainura66 berkata:

        Ewings,

        Sama-sama. Penyakit kanser bukanlah hanya bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata, malah memberi sokongan moral serta sentiasa memberi pandangan positif kepada adik juga merupakan penawar kepada penyakit yang dialaminya.

  5. SAIFUL berkata:

    pada bulan 11/2012..saya mengalami keretakan pada tulang bwh buku lali..sy pergi ke pakar tulang dan check-up di situ. dktr yg merwat sy hanya mengatakan terapat satu serpihan tulang kecil pada kwsn buku lali(atas/bwh tidak pasti)..kemungkinan..sakit yg saya alami disebabkan oleh geseran drpn tandon terhdap serpihan tulang tersebut dan tidak menjejaskan. masalahnya sekarang, smpi saat ini, kwsn buku lali tersbut masih sakit dan saya tidak mencankung dan tidak boley berlari dan berjalan seperti biasa. sekiranya saya berjalan jauh, pada malam hari saya akan mengalami lenguh dan bisa mencucuk2 dibhgn tersebut. kdg2 kedua2 kaki saya terasa lenguh. saya tersgt2 buntu sekarang..
    TQ..

    • zainura66 berkata:

      SAIFUL,

      anda boleh mencuba tuam di bahagian tersebut dan rasa jika ada perubahan. Jika tidak anda boleh urut dan cari apa punca sebenarnya di kawasan tersebut samada tulang atau garam toksin yang berkumpul di situ.

  6. Selamat pagi, doktor. Saya ingin meminta penjelasan doktor tentang keadaan anak saudara saya.

    Beliau adalah anak bunsu perempuan kepada adik bunsu saya. Dia merupakan anak perempuan tunggal di dalam keluarga adik saya. Baru berumur 5 thn lebih. Tarikh lahir beliau adalah pada 14.11 kelak. Anak saudara saya ini didiagnosis menghidap Ewing sarcoma. Ia tumbuh seeprti benjolan di sebelah kiri sebelah mata kiri beliau. Ketumbuhan itu adalah di luar bahagian otak beliau. Selepas saya membaca maklumat doktor di atas dan melalui pembacaan dari sumber lain saya lihat tanda-tanda yang ditunjukkan seperti bertentangan dengan keadaan anak saudara saya ini. Dia menunjukkan ketumbuhan kecil itu baru tahun lepas dan sekarang ini dalam minggu ini ketumbuhan beliau membesar seperti ada satu ketumbuhan sebesar kepala di situ. Dulu semasa ketumbuhan itu sebesar bola tennis anak saudara saya dapat berlari bermain dan bercakap dengan cerdiknya. Sekarang anak saudara saya sedang baring terlantar di hospital sekarang di Paed Oncology dibantu dengan sistem pernafasan tanpa dapat bertutur kata. Ketumbuhan itu membesar sehingga ke paras dalam mulut beliau menyebabkan menyukarkan untuk makan dan bernafas sendiri. Saya mohon doktor memberikan penjelasan tentang keadaan ini kerana menimbulkan pertanyaan sama ada ini Ewing sarcoma @ penyakit lain.

    • zainura66 berkata:

      Puan Jasrin Edwin, saya bukanlah seorang doktor perubatan namun bidang saya adalah urut terapi berpengalaman lebih dari 15 tahun. Kita perlu faham bahawa ketumbuhan terdiri dari 2 kategori iaitu ketumbuhan kanser dan ketumbuhan bukan kanser. Anak saudara puan besar kemungkinan menghadapi ketumbuhan kanser dan itulah menyebabkan iaa membesar dengan sangat cepat sebab sel-sel kanser membiak dua kali ganda pada setiap saat.

Tinggalkan komen