Kanak-kanak berumur 5 tahun

Perkembangan kanak-kanak 4 hingga 5 tahun

Pada peringkat ini perkembangan bahasa amat pesat berbeza dengan kanak-kanak yang berumur 3 tahun. Ini kerana kanak-kanak sudah tahu menggunakan bahasa pada keadaan dan suasana tertentu. Mereka banyak bercakap, suka tanya dan suka bermain ayat. Cara mereka menjawab pertanyaan meleret dan pandai memberi komen pada seseorang.

Pada umur 5 tahun, penerimaan bahasa lebih berkesan. Kanak-kanak menggunakan bahasa dengan lebih kritis dan khusus tetapi kurang yakin pada diri sendiri. Oleh itu, ibu bapa harus menggalakkan pergaulan anak mereka dengan masyarakat luar seperti bermain bersama-sama rakan sebaya di luar. Mereka sudah dapat menyebut umur mereka dengan betul. kanak-kanak mula belajar membaca. Kajian telah dibuat bahawa kanak-kanak pada usia ini telah ada kebolehan membaca. Hasil kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak yang mendapat kelas pertama adalah mempunyai ciri-ciri berikut:

Ø  Penglihatan yang baik.
Ø  Pendengaran yang baik.
Ø  Kecerdasan yang normal.
Ø  Mempunyai sahsiah yang matang.
Ø  Aktif dan cergas.
Ø  Faham dan pandai menggunakan perbendaharaan kata
Ø  Berminat dan berkebolehan untuk belajar dan mendengar cerita.
Ø  Memberi penuh tumpuan terhadap sesuatu kerja.
Ø  Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Kanak-kanak berumur 5, 6 dan 7 tahun selalunya amat teruja untuk memulakan persekolahan dan tanggungjawab baru mereka, kecuali sebilangan kecil kanak-kanak yang sebelumnya tidak dibiasakan dengan berkawan di Taska atau tadika.

Pada umur begini, ibubapa adalah insan yang paling penting di dalam hidup mereka. Adalah penting untuk menentukan had-had yang dibenarkan dan memastikan mereka tahu apa yang diharapkan daripada mereka. Lakukan dengan dengan suara yang lembut, sabar, jelas dan konsisten. Setiap kanak-kanak perlu berasa istimewa dan diambil berat dalam jagaan anda. Kanak-kanak pada usia begini sangat mengembirakan hati. Mereka suka menjadikan diri mereka berguna kepada orang-orang dewasa.

Perkembangan Fizikal – Tumbesaran mereka adalah perlahan tetapi berterusan. Mereka telah mahir mengawal otot-otot penting. Kebanyakan mereka sudah mempunyai deria pengimbangan yang baik. Mereka boleh berdiri dan berjalan di atas kayu palang-pengimbang. Mereka suka melakukan persembahan berbentuk fizikal, seperti bergantungan di ‘monkey bar’ dan menggunakan ‘walking turtle’. Mereka berasa gembira menguji kekuatan dan kemahiran otot. Mereka suka melakukan lompat tali atau ‘skipping’, berlari, bergulingan, dan menari bersama muzik. Mereka boleh menangkap bola kecil, mengendali butang dan zip pakaian. Mereka boleh belajar mengikat tali kasut, menulis nama, meniru lakaran dan bentuk termasuk nombor dan huruf. Mereka menggunakan sudu-garfu dan alatan dengan betul dengan pantauan.

Perkembangan Sosio-Emosi – Mereka memikir tentang diri mereka lebih dari tentang orang lain sehingga umur mereka 7 hingga 8 tahun. Mereka selesa bermain dalam kumpulan tetapi kadang-kandang memerlukan masa bermain bersendirian. Ramai kanak-kanak punyai seorang kawan karib dan musuh permainan. Mereka lebih selesa bermain bersama kanak-kanak yang sama jantina. Mereka selalu mengacum sesame mereka. Mereka lakukan ini kerena 2 sebab; membantu mereka memahami peraturan dan mendapat perhatian orang dewasa. Mereka tidak menyukai kritikan dan kegagalan. Paling baik adalah untuk membuatkan mereka bersaing dengan diri sendiri, bukan dengan kanak-kanak lain. Mereka boleh menolong untuk tugasan-tugasan mudah. Mereka berkehendakkan kasih-sayang daripada ibubapa. Mereka mula memahami perasaan dan kehendak orang lain. Mereka mungkin mula pandai bermain atau menjaga kanak-kanak lebih muda. Bagi mereka, baik dan buruk adalah apa yang ibubapa dan guru mereka gariskan. Mereka mula memahami tentang kejujuran, membina citarasa jenaka dan mula berminat dengan irama-irama yang pelik. Mereka akan kecewa jika kelakuan atau kerja sekolah mereka dikritik atau tidak dipedulikan.

Perkembangan Kepintaran – Mereka boleh membezakan kiri dan kanan. Kemahiran bercakap dan menyatakan kehendak mereka berkembang dengan amat pantas.Kejayaan di sekolah adalah penting. Mereka bercakap tentang diri mereka dan keluarga kepada sesiapa sahaja. Ketika bermain, mereka belajar menggunakan perkataan-perkataan yang tepat dan bahasa yang mereka belajar di sekolah. Mereka mula memahami masa dan hari dalam seminggu. Mereka menyukai irama-irama dan lagu-lagu pelik dan jenaka. Tempoh tumpuan mereka semakin panjang. Mereka boleh mengikuti cerita-cerita yang lebih panjang. Mereka boleh belajar huruf dan perkataan. Selalunya pada umur 6 tahun, mereka sudah boleh membaca ayat-ayat mudah.

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen