Panduan bagi wanita Menopouse

Beberapa panduan untuk wanita putus haid (menopouse) ialah:

* Minum air yang mencukupi
Minum 6-8 gelas air sehari – ini akan mengaruh tindakbalas kimia di dalam badan. Ia juga menolong penghasilan tenaga daripada karbohidrat, protein dan lemak disamping meningkatkan pergerakan nutrien di dalam badan.

* Makan dengan kuantiti yang banyak makanan jenis ini
Roti, nasi, makanan bergandum dan pasta – ia mengandungi kanji yang membolehkan penghasilan tenaga dan protein untuk pembinaan otot dan tisu
badan. Ia juga membekalkan vitamin B1, zink dan besi. Selain itu, ia juga mengandungi serat yang penting untuk usus yang sihat. Sayur-sayuran dan buah-buahan – ia mengandungi kanji, sedikit gula, vitamin, mineral dan serat. Ia juga kaya dengan vitamin C dan dan vitamin A. Serat yang ada dalam makanan jenis ini menolong mengurangkan paras kolesterol darah.

* Makan dengan kuantiti sederhana makanan jenis ini.
Daging, ikan, kacang, telur, susu, keju dan susu masam – ia mengandungi protein yang digunakan untuk membina dan membaiki otot, darah dan tisu badan yang lain. Terdapat juga vitamin di dalam makanan jenis ini iaitu riboflvin, niasin dan tiamin dan vitamin B12. Zink dan besi boleh didapati di dalam daging manakala kalsium boleh didapati di dalam susu, keju dan susu masam. Makanan ini juga mengandungi lemak. Oleh itu, pilih susu, keju dan susu masam yang rendah lemak.

* Makan dengan kuantiti sedikit makanan jenis ini.

Mentega, margerin dan minyak – mengandungi lemak yang tingi dan boleh meningkatkan paras kolesterol darah. Gula – mengandungi karbohidrat yang menolong membekalkan tenaga tetapi tiada vitamin, serat atau protein Garam – Dijumpai di dalam banyak makanan, jadi tidak perlu menambahkannya ke
dalam makanan yang diambil. Ini kerana pengambilannya secara berlebihan meningkatkan pengumpulan cecair dan seterusnya meningkatkan tekanan darah. Kafein – adalah suatu agen perangsang yang ditemui di dalam kopi, teh, cokelat dan minuman berkabonat. Ia boleh menyebabkan ketidak-
selesaan, tekanan, peningkatan dan ketidakstabilan degupan jantung, diambil di dalam dos yang tinggi. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan frekuensi ‘hot flushes’ , ketulan di dalam payu dara, kesakitan payu dara dan kehilangan kalsium serta vitamin dan mineral yang lain. Oleh itu, cuba kurangkan jumlah pengambilannya perlahan-lahan kerana ia boleh menyebabkan simptom penarikan seperti sakit kepala dan ketidakselesaan jika
diberhentikan secara tiba-tiba.

* Nutrisi tambahan Evening Primrose Oil
– bahan ini kaya dengan asid lemak tak tepu, terutamanya asid linolik dan asid gamma linolik. Pengurangan asid gamma linolik boleh mengganggu sindrom sebelum haid, keadaan sakit sendi, emosi serta keadaan kulit rambut, kulit dan kuku.Ia juga boleh membantu mengawal ‘hot flushes’, kekeringan vagina dan kegatalan kulit.

Kepentingan senaman ialah untuk menjamin kesihatan tulang dan jantung, mengawal berat badan, membantu memperbaiki emosi serta mengurangkan risiko penyakit jantung, kegemukan, peningkatan tekanan darah, kencing manis dan osteoporosis. Wanita yang jarang bersenam biasanya akan mengalami sakit belakang yang teruk, tidak dapat tidur malam, kekejangan dan ketidakstabilan. Mereka juga akan mengalami peredaran darah yang lemah, otot yang lemah, sesak nafas dan pengurangan ketumpatan tulang. Kemurungan juga boleh berlaku.

Senaman akan meningkatkan paras HDL di dalam badan. Semasa bersenam, hormon andorfin akan dilepaskan oleh otak. Ia adalah hormon yang membuatkan seseorang itu berasa seronok. Antara senaman yang boleh dilakukan ialah bersukan, aerobik, gimnastik, berbasikal, berenang atau berjalan selama tidak kurang 30 minit 3 kali sehari. Yoga dan Tai Chi juga digalakkan.

Rujukan : http://wanitamingguan.blogspot.com

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

1 Responses to Panduan bagi wanita Menopouse

  1. protein berkata:

    I think the admin of this site is really working hard in favor
    of his web page, because here every information is quality based information.

Tinggalkan komen