Ketahui 10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang

Tidak ramai yang mengetahui apakah tanda-tanda awal seseorang itu menghidap penyakit buah pinggang. Jom ketahui apakah tanda-tanda simptom tersebut.

Ramai daripada kita yang sebenarnya mempunyai penyakit buah pinggang, tetapi kita tidak menyedarinya. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti gejala penyakit lain. Jadi bagaimana untuk mengetahui yang anda mempunyai penyakit buah pinggang? Untuk mengetahuinya mari kita lihat tanda-tanda awal penyakit buah pinggang untuk dikongsikan di bawah :

1. Perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat pada kekerapan pembuangan air kencing samada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

2. Keletihan melampau sepanjang masa.
Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan.

4. Mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

5. Ada rasa seperti logam di dalam mulut.
Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

6. Mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

7. Berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

8. Kesukaran untuk bernafas.
Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

9. Berasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah
. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

10. Kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Jadi sekiranya anda merasakan anda mungkin mengalami masalah buah pinggang, jalan yang pasti untuk mengetahuinya hanyalah dengan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Sumber : Melayukini.net –

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Penyakit. Bookmark the permalink.

6 Responses to Ketahui 10 Tanda Awal Menghidap Penyakit Buah Pinggang

  1. siti yasmin berkata:

    Saya sebenarnya saja je x pe la i hope who guys yg ada sakit ni supaya sentiasa bersabar ok!

  2. Zahid berkata:

    bagus gak ada blog nih..dapat jugak aku beberapa info…kebetulan 5-6 hari ni memang ada masalah kencing. Rasanya kena pergi klinik jugak…terima kasih

    • zainura66 berkata:

      Zahid,

      anda boleh mencuba amalkan minum teh mahkota dewa bagi masalah kencing tak lawas atau masalah buah pinggang

  3. maysara berkata:

    Saya mengalami skit blakang,lenguh lenguh di blakang kemudian merasa letih sepanjang masa,apabila sy makan pg automatik sy mengalami skit perut yg teramat. Kekadang lebeh kerap buang air besar. Oleh kerana terlampau skit perut,aku hanya menjolok kerongkong hnggalah sy termuntah mkanan yg saya mkn. Kmudia skit perut bkurangan kejang di perut,jika sy tdk perlakukn seperti itu, perut sy akan merasa pedih dan rasa nk pitam,juga air kncing menjadi kekuningang yg terang,apakah sy mengidap buah pnggang? Atau pnykit laen? Tlg jwb. Amat diperlukan.

    • zainura66 berkata:

      Maysara, masalah yang anda hadapi adalah ketegangan urat saraf yang melihatkan sistem penghadaman sehingga melibatkan sistem pernafasan anda. Mengapa anda harus menyiksa tekak anda untuk memuntahkan segala isi perut bagi meredakan perut ? Ini Zalim namanya sebab orang lain punya masalah, orang lain pula yang kena.

  4. saifatimah berkata:

    salam sy nak tnye sikit ya.. sy mgalami sakit mcm no9 2 yg sakit blakng belah bwah tp sbelah knan.. lama dah sy mgalami sakit tu.. makin lama makin sakit.. apabila sakit sy hentak guna tngan.. n asl malam sy takleh nak tdo sbb rasa gilu pun ade… ada kah e2 tanda2 batu karang? dan sekarang saya mgalami sakit d atas buah dadah sbelah kanan jgak.. tp ari2 sy dah xray kat bhagian dada tp doc kata tkde pape.. so i hope u dpt bgi jawapn..tq

Tinggalkan komen