AKTIVITI

Menyertai Kursus Asas Penyusuan Susu Ibu Negeri Perak 2021

Bertarikh 26 Ogos 2021(Khamis) secara atas talian (aplikasi Zoom) yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Manjung, Perak yang bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari yang dihoskan oleh Puan Huda Maisa.

Penceramah yang telah dihadiri oleh Puan Siti Mariam bt Ali; Ketua Cawangan Bahagian Pemakanan, Jabatan Pemakanan JKN Perak, Puan Dr. Hairin Anisa; Pakar dalam bidang penyusuan ibu dan juga Puan Connie Tan; selaku motivator dan kaunselor bagi ibu-ibu selepas melahirkan anak dalam memggalakkan penyusuan ibu kepada bayi mereka.

Mamacare

Program Kesedaran Kanser Wanita & Kesejahteraan Keluarga anjuran Lppkn Negeri Perak serta sesi berkenalan dengan Pengarah baru kami iaitu Puan Nurfahana Lee Binti Mohd Zulkifli Lee bersama ahli-ahli Mamacare Perak pada 8 Oktober 2020 di UTC Ipoh , Perak.

Masih berada dalam keadaan Covid-19

Aktiviti bulanan Mamacare di Car Free Day

Admin selaku penolong setiausaha Mamacare Perak juga terlibat dengan program ini.

Program Bengkel Terapi Kesihatan Diri di Sekolah Kebangsaan Gelong Gajah, Beruas, Perak pada 10 Oktober 2013 anjuran Persatuan Seni Urut Terapi Sifuli Malaysia, Wannura Kampus dan Wannura Terapi.

Pengasas kaedah terapi Sifuli selaku Pengerusi Persatuan Seni Urut Terapi Sifuli Malaysia sedang memberi penerangan kepada pelajar-pelajar mengenai terapi diri.
Pelajar-pelajar lelaki dan perempuan diberi tunjukajar tentang terapi diri.
Cikgu Kamar Azura juga membantu kami memberi tunjukajar kepada pelajar mengenai terapi diri.
Penyampaian sijil penghargaan kepada Cikgu Kamar Azura kerana kerjasama yang telah diberikan. Beliau juga merupakan AJK dan ahli Persatuan SIFULI.