BAYI BERUMUR : 9 – 12 bulan

Jenis Perkembangan

Fizikal * Beransur dari memegang barang dengan kedua-dua belah tangan ke memegang barang di
antara jari telunjuk dan ibu jari

Kognitif * Mula bercakap dengan bunyi yang menyerupai satu suku kata, dan akan menyambungnya
seperti gaya ucapan

Emosi * Memberikan senyuman yang paling lebar kepada orang yang disukainya

Sosial * Menyukai permainan mudah seperti ba-baa-chak

Tabiat tidur

Tidur yang tipikal pada usia ini

Sekarang, bayi anda mungkin akan tidur lebih kurang 10 sehingga 12 jam pada waktu malam dan di siang hari dia akan lena sekejap, selama sejam setengah atau dua jam dua kali sehari. Pastikan dia mendapat tidur secukupnya – tidur adalah penting bagi perkembangannya. Kekalkan rutin waktu tidur yang konsisten seberapa yang boleh. Jika rutin bayi anda terganggu, anda akan mendapati sukar untuk menidurkannya pada waktu malam dan dia mungkin akan terjaga lebih kerap.

Bagaimana untuk menenteramkan bayi anda supaya tidur

Pada peringkat ini anda digalak untuk terus membina teknik-teknik yang telah diamalkan oleh anda berdua pada masa umurnya enam hingga sembilan bulan, di mana ianya meliputi: Mengadakan rutin waktu tidur yang konsisten Anda dan bayi anda akan mendapat manfaat jika diwujudkan waktu malam, satu rutin waktu tidur yang tetap.

Anda boleh memilih cara yang diguna ramai – memandikan bayi anda, membacakan kepadanya cerita pengantar tidur dan menyelimutkan dengan selesa – atau main bersama permainan yang nyaman. Ikutilah rutin yang sama pada setiap malam; bayi suka rutin yang konsisten dan merasa lebih aman jika mereka boleh menduga apa yang akan berlaku. Memastikan rutin tidur malam dan tidur siang yang tetap Menidurkan anak akan menjadi lebih mudah jika anda berusaha mengekalkan rutin yang sama setiap hari. Jika dijadi rutin di mana bayi dilenakan, diberi makan, bermain dan bersiap sedia untuk tidur pada masa yang sama pada setiap hari, adalah besar kemungkinan yang bayi anda akan tidur tanpa sebarang kesulitan.

Biarkan bayi tidur dengan sendirinya Jika anda mahu bayi anda tidur sepanjang malam tanpa terjaga, bayi harus berlatih untuk tidur dengan sendiri. Sekiranya bayi perlu dibuai, diayun atau disusukan untuk tidur, dia akan mengalami masalah untuk tidur semula apabila terjaga pada waktu malam dan mungkin akan menangis. Jika ini berlaku, dapatkanlah informasi lanjut dengan membaca bahagian beberapa penyelesaian masalah tidur di seksyen di bawah untuk mengetahui mengenai pelbagai strategi yang dicadangkan oleh pakar bagi menyelesaikan masalah ini.

Beberapa penyelesaian masalah tidur

Apakah respon yang paling membina jika bayi anda terjaga setelah ditidurkan? Pakar-pakar mempunyai pendapat yang berlainan mengenai isu ini. Cuba lihat beberapa cadangan di bawah daripada pelbagai pakar dan pilih strategi yang terbaik buat anda.

Penyelesaian 1
Lakukan rutin pemeriksaan yang mudah. Jika anak anda menangis, pergi ke biliknya untuk memeriksa. Usap belakangnya dan beritahu dia bahawa segalanya baik tetapi sekarang adalah waktu tidur. Jangan angkat dia dan memeluknya; baik berlembut tetapi tegas. Kemudian beredar. Tunggu lebih kurang lima minit, kemudian pergi jumpanya sekali lagi. Lakukan sebegini berulang kali sehingga dia tertidur dan setiap kali panjangkan masa sebelum menemuinya kembali.

Penyelesaian 2
Binalah bersama bayi perkaitan-perkaitan yang sesuai dengan satu rutin tidur yang konsisten. Jangan pangku atau ayunkan anak anda untuk tidur, dan jangan menyusukan dia, jangan berikannya botol atau puting untuk menidurkannya. Walaupun cara-cara ini berkesan untuk jangka masa yang pendek, ia akan menyebabkan bayi anda bergantung kepada sesuatu untuk membuatnya tidur dan tidak akan membantunya tidur dengan sendiri. Jika bayi anda tidak dapat tidur, cuba biarkan dia menangis untuk jangka masa yang agak lama dan panjangkan tempoh ini secara berperingkat, bermula dengan lima minit, naik ke 10 minit dan seterusnya sebelum anda pergi kepadanya. Selepas setiap jarak waktu, duduklah bersama bayi anda selama dua hingga tiga minit, sambil menenangkannya, bercakap dan mengusap belakangnya. Jangan angkat atau ayunkannya.

Penyelesaian 3
Bantu bayi anda belajar untuk tidur semula dengan sendirinya. Jika dia menangis, tunggu dulu selama lima minit kemudian barulah pergi ke biliknya, tenangkannya dan lakukan ini setiap lima hingga 10 minit sehingga dia tidur. Pastikan dia okey, tetapi jangan buka lampu di dalam biliknya, jangan ayunkannya atau berjalan dengannya dan jangan berikannya makanan (minuman air dibenarkan) atau membawa dia tidur bersama anda. Buat semua ini secara ringkas dan cepat dan elakkan daripada memberi ganjaran apabila bayi menangis. Dia mungkin akan tenang sebaik sahaja melihat anda; ramai kanak-kanak pada usia ini mengalami ketakutan berpisah dan hanya perlu diyakinkan yang anda berada di situ. Cubalah beberapa strategi. Renggangkan pintu bilik bayi sedikit supaya dia boleh mendengar anda dan menjadi tenang, atau tenangkannya dengan memberinya objek transisi seperti selimut sebagai ganti diri. Seberapa boleh, jangan mengambil jalan mudah dengan memberikannya puting. Puting boleh terlucut daripada mulutnya, dan jika dia tidak dapat mencarinya, akhirnya dia akan menangis dan memanggil anda.

Penyelesaian 4
Perbaharui rutin malam anda (atau mulakan satu rutin jika belum ada). Tetapkan waktu tidur yang sama dan relakskan bayi anda dan pastikan anda bersikap tegas tentang masa tidur. Anda boleh menyusukan bayi anda atau memberikan dia botol jika itu termasuk dalam rutin tidurnya, tapi jangan tinggalkan botol itu dalam kot bersamanya, sebab ini akan menyebabkan gigi reput kelak. Letakkan dia dalam kot sebelum dia lelap sebab jika tidak, dia akan bergantung kepada anda untuk menidurkannya dan tidak akan boleh tidur dengan sendiri. Jika dia memanggil anda pada waktu malam, jangan angkat dia dari kotnya. Anda boleh selimutkan dia, usapkan atau tenangkan dia (apabila dia mencapai hari jadi pertamanya dan risiko kematian kot telah berkurangan, anda boleh berikannya objek transisi seperti anak patung beruang) tetapi buatlah yang paling minimum. Tujuannya adalah untuk menggalakkan bayi anda kembali tidur dengan sendiri. Penyelesaian 5 Tenangkan bayi anda sehingga dia tidur. Ayunkan dia dan baring bersamanya sehingga anda sedar yang dia sudah tidur nyenyak. Anda juga boleh cuba menukar waktu tidur siang kepada waktu yang lebih awal dan memendekkannya. Kekalkan rutin tidur bayi dan bertegaslah tentang ini. Biar anak anda mengerti bahawa bila sampai waktu tidur, dia mesti tidur. Untuk membantu, cuba setkan penggera jam untuk berbunyi lima minit sebelum waktu tidur bayi – dengan cara ini, arahan itu seakan-akan datang dari luar, bukan dari anda. Jika bayi terjaga pada waktu malam, anda harus fleksibel. Jangan biarkan bayi anda menangis; sebaliknya cuba cari punca dia terjaga (mungkin lampin kuyup, lapar, rutin yang terganggu pada waktu siang, hidung tersumbat, atau mungkin pijama yang tidak selesa). Tambahkan masa dia rapat bersama anda pada waktu siang (denganmenyusu, mendukungnya dalam anduh dan sebagainya) dan biarkan ayahnya juga memainkan peranan pada waktu malam bersama anda supaya kedua-dua ibu bapa boleh menenangkan dan membantu bayi lena. Tiada cara yang “betul” untuk menggalakkan anak anda bertenang dan boleh tidur sepanjang malam. Anda perlu memilih penyelesaian yang dijangkakan adalah terbaik untuk anda dan keluarga anda.

Beberapa masalah yang mugkin timbul

Bermula pada kira-kira usia lima atau enam bulan, bayi anda mula mencapai beberapa tahap perkembangan penting, termasuklah duduk, bergolek dan mungkin juga merangkak, bangun sendiri dan mula melangkah beberapa depa. Pada usia ini, dia sedang memperbaiki dan mengembangkan kemahiran-kemahiran tersebut dan ini menyebabkannya merasa terlalu terangsang untuk tidur atau mungkin akan terjaga pada waktu malam untuk berlatih. Jika dia tidak dapat menenangkan dirinya untuk tidur semula, dia mungkin akan menangis dan memanggil anda. Jika begitu, kebanyakan pakar menyarankan anda menjenguk bayi anda, namun begitu, terdapat beberapa pendapat berlainan tentang apa yang harus dilakukan selepas itu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah pilihan-pilihan yang terbuka, sila rujuk bahagian beberapa penyelesaian masalah tidur di bawah. (Nota ringkas: Peringkat pencapaian di sini tidak sama dengan peningkatan dalam pertumbesaran bayi, oleh itu menyusukan bayi tidak akan membantunya untuk tidur dengan lebih baik; malah ia mungkin akan melengahkan dan membuatkan masalah itu bertambah buruk.) Bayi anda juga mungkin akan terjaga dengan lebih kerap pada waktu malam sebab takut berpisah – dia rindukan anda apabila anda tiada di sisinya dan risau yang anda tidak akan kembali. Dia akan tenang sebaik sahaja anda masuk ke biliknya dan menegurnya. Jika dia tidak kembali tenang dengan segera, sila lihat di bawah untuk mengetahui beberapa penyelesaian yang dicadangkan oleh pakar.

Makanan bayi mengikut usia: 9-12 bulan

Ini adalah masa terbaik untuk memulakan amalan makan sekeluarga. Selama ini, tujuan anda adalah untuk membiasakan bayi dengan amalan makanan pejal dan memudahkannya makan bersama ahli keluarga yang lain. Susu formula atau susu badan masih merupakan komponen penting dalam diet bayi anda. Namun begitu, di akhir tahun pertama bayi, makanan pejal telah menjadi bahagian penting dalam nutrisinya. Kini, bayi lebih mudah menelan makanan, dia mempunyai lebih banyak gigi, dan telah hampir hilang refleks merodok lidah dan terjeluak (tongue thrust and gag reflexes) dan ini bermakna dia tidak lagi perlu diberikan makanan lembik.

Kemahiran bayi makan dengan sendirinya juga semakin berkembang setiap hari. Pada usia sembilan bulan, jika diberi peluang, dia mungkin sudah cuba menggunakan sudu untuk menyuap dirinya sendiri, walaupun tidak begitu berjaya. Tetapi, di akhir bulan ke-10 pula, dia akan berjaya dalam sebahagian daripada usahanya memasukkan sudu ke dalam mulutnya.

Anda haruslah membantu dia dan memberi galakan dengan membiarkan dia memegang sudu sambil anda menyuapkannya. Sekarang tibalah masa untuk memperkenalkan makanan yang dicincang halus dan yang dicincang kasar. Bayi anda kian sudah mengambil makanan pejal tiga kali sehari di samping susu, dan mengambil snek seperti buah-buahan di selang waktu makan utama. Bayi belum lagi mempunyai gigi geraham untuk mengunyah makanan dengan baik sehingga dia berusia antara 18 dan 24 bulan, tetapi cara gusinya mengisar makanan dengan efisien agak menakjubkan. Bayi anda akan berasa tenang apabila asyik menggigit-gigit makanan jejari yang cukup keras, tetapi pastikan anda memilih sesuatu yang akan larut setelah dikisar oleh gusinya memandangkan risiko tercekik. Berhati-hatilah semasa memberi makanan yang bulat dan kecil seperti buah anggur – anda mungkin mahu menunggu sedikit masa sebelum memberikan makanan seperti itu kepada bayi. Cuba berikan kerak roti yang dibakar keras, juga hirisan buah epal tanpa kulit, dan karot yang dimasak sekejap.

Rujukan : http://www.babycenter.com.my

Kenderaan bagi Peringkat 1 (4 bulan hingga 12 bulan – mengikut kesesuaian)

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to BAYI BERUMUR : 9 – 12 bulan

  1. I rarely leave comments, but i did some searching and wound up here BAYI BERUMUR :
    9 – 12 bulan | Wannura Terapi. And I do have a couple of questions for you if you usually do not mind.
    Could it be just me or does it look as if like a few of the remarks appear like they
    are written by brain dead folks? 😛 And, if you are posting on additional sites, I’d like to follow anything fresh you have to post. Would you make a list of the complete urls of all your public pages like your twitter feed, Facebook page or linkedin profile?

  2. Christine berkata:

    When I initially commented I clicked the “Notify me when new comments are added” checkbox and now each time a comment is added
    I get four emails with thhe same comment. Is there any
    way you can remove mee from that service? Thanks a lot!

Tinggalkan komen